TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, February 28, 2011

Tutorial Iklan ChurpChurp Bergerak

3 Komen Terbaik
Salam semua, Hurm kelmarin tak dapat nak update entry cez macam biasalah internet kat sini kejap laju kejap slow. Jangan kan nak update entry, nak blogwalking pon lagi larh tak dapat. Maaf semua, INSYAALLAH hari nie aku akan balas balik semua kunjungan korang yang kelmarin tuh. Maaflah, lambat balas ya [jangan marah, nanti kena jual..hihi]

Ok, hari nie aku nak tunjuk sikit [bukan nak menunjuk-nunjuk ok] bagaimana nak buat iklan churp churp macam kat atas nie. Bagaimana nak buat gambar bergerak seterusnya memanfaatkan iklan churp churp korang seperti macam di atas. Kebarangkalian kena click itu juga tinggi tau...hehe. Aku bukan saja-saja nak buat tutorial nie, tetapi kelmarin ada yang menanyakan soal bagaimana nak buat iklan churp churp bergerak-gerak. Orang dah tanya kan mestilah kita jawab...bukan nak tunjuk pandai just nak berkongsi saje...hihi..

Jom start! First, macam biasa pergi Page Elements > Add Gadgets > Html/Javascript. Kemudian copy code yang ada di bawah nie dan paste kan dekat Html/Javascript tadi.

<marquee direction="left" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="150" height="200">

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>

</marquee>


Penerangan ;-

Arah pergerakan gambar : Boleh diubah mengikut kesesuaian. Contoh seperti right, up, down.

Kelajuan pergerakan gambar : Juga boleh diubah. Semakin tinggi nombor, semakin laju pergerakan gambar tersebut.

Link untuk dibuka : Link iklan churp churp korang atau pon link yang hendak dibuka ketika gambar diklik.

Url gambar : Url gambar iklan churp churp korang atau pon gambar lain yang hendak dipamerkan.

Untuk capture gambar iklan churp churp tuh, korang boleh guna software Ducklink Screen Capture.

Ok, selesai. Harap tutorial nie dapat membantu sesiapa saje terutamanya kawan kita Dwaty... (^_^)

Saturday, February 26, 2011

Renungannn

0 Komen Terbaik
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf. Dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu betanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al dan Isam pun bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim menjawab : "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin".

Isam bertanya kembali : "Bagaimanakah wudhu zahir dan batin itu?". Hatim lalu berkata : " Wudhu' zajir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuhdu' dengan air. Sementara wudhu' batin itu ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara ;-

  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang [riya]
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata : "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH ada di hadapanku, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim" dan aku menganggap bahawa solatku kali nie adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun". Apabila Isam mendengarnya, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim...

p/s: Semoga solat kita sentiasa diterima ALLAH...AMIN..

Special Awards!

4 Komen Terbaik
Hari sabtu macam nie merupakan hari orang-orang berehat dan juga hari yang rasanye paling rancak untuk para blogger buat bw. Hari nie aku nak bagi award kat 2 orang follower aku yang bertuah iaitu follower yang ke-300 dan follower yang ke-400. Siapa dia yang bertuah nie? Jom check it out...


Follower yang ke-300 iaitu En.Khairul. Jom terjah blog En.Khairul nie. Macam-macam cerita ada kat situ. Jom...>>En.Khairul<<

Attn en.khairul: Sudilah amek award nie ye.
....................................................................................................................................


Follower yang ke-400 iaitu En.Redwan @ Wan-91. Jom terjah blog En.Wan_91 nie. Jom terjah >>Wan_91<<

Attn en.wan_9l: Sudilah amek award nie ye..

Thanx kepada semua yang follow! Sesiapa yang dah follow blog nie boleh larh amek award untuk semua follower dekat sini. Harap dengan adanya award yang tak seberapa nie, kita semua hepy dan semangat untuk berblogging. Berblogging itu best tauu... ;)

♥ dilawi♥giveaway ♥

0 Komen Terbaik
GA lagi... Sejak kebelakang nie ramai blogger yang buat GA, Contest & Segmen. Best larh dorang nie. Aku pon kekadang kepingin nak buat GA sendiri. Hehehe . Ok tak nak cakap panjang, GA kali dianjurkan oleh Dilawi. Aku memang tak tau apa-apa sal GA nie kalau bukan kerana Cik Kemetot yang tag aku semalam. Bagi aku, kalau kita dah kena tag tuh rasanya moleklah [wah, ayat tuh...] kita join sama. Bukan nak kejar hadiah ke apa, tapi just for fun. Tapi kalau boleh menang pon apa salahnya. Ahaks! Hihi...betul3..


-klik gambar untuk join-

Syarat-syarat:

1. Mesti Follow Dilawi [dah follow]
2. Letak banner kat entry & sidebar
3. Tag dua orang kawan
4. tinggalkan link kat blog Dilawi


p/s : Biar pon tarikh tutup GA nie pada 28/2/11...aku tetap juga nak join cez dah kena tag kan... hehe

Friday, February 25, 2011

Segmen - Saya dan Nama Blog

6 Komen Terbaik

Jom ramai-ramai join Segmen Cik Alinkiwi - Segmen : Saya dan Nama Blog! Klik banner kat atas kalau nak join ye...

Thanx kepada Cik Alinkiwi cez inform sal segmen nie dan thanx juga kepada Novelgurl kerana sudi tag saya [ayat skem A tuh, hihi].

Ok, Jom start Segmen! 

Kalau korang tengok nama domain [blogspot] dan juga nama blog aku nie, dua-duanya sama iaitu "Macam Macam Cerita Ku". Kat header pon boleh nampak perkataan "Macam Macam Cerita Ku". Nak tahu kenapa aku guna perkataan "Macam Macam Cerita Ku" nie? Alkisahnya begini... aku start create blog nie pada tahun 2009. Time tuh memang blur sangat pasal blog nie. Tak tahu bagaimana nak mula, tak tahu nak tulis apa, tak tahu macam mana nak follow [terukk kan?], dan macam-macam lagi larh. Masa tuh aku tak guna nama blog yang sekarang aku pakai nie. Masa tuh aku guna nama sendiri iaitu rosekhoo87.blogspot.com/ dan entry yang aku posted pula adalah lebih bersifat keperibadian. [ala, ala2 diary larh konon-tempat meluah]. Masa demi masa pon berlalu, blog aku tetap contain yang macam tuh. Kira blog syok sendiri...Hehe...

Oleh kerana aku terlalu explore dengan blog nie, finally 1 Jan 2010 blog aku nie aku namakan sebagai "Macam Macam Cerita Ku" dan domain yang sama macam2ceritaku.blogspot.com/. Kenapa "Macam Macam Cerita Ku"? cez di sini, kat blog aku nie, aku nak kongsi macam macam cerita yang boleh dikongsi kepada kawan-kawan dan orang lain. Aku tak terhadkan kepada satu niche jer. Kerna blog nie aku buat atas dasar just for fun.

Lepas habis kontrak sebagai Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2010 tahun lalu, ada kawan aku yang sejawatan dengan aku tuh bernama Dex, si Dex nie pon datang menziarahi blog aku dan dia kata "Cantik blog kau rose, tapi tak update"... Apa perasaan aku time dia cakap macam tuh? Ya Allah, malunyaa... ntah malu apa, tapi tuh larh...sehingga sekarang kalau blog aku nie tak update entry terbaru...aku rasa malu sangat. Hehehe...dan selepas menerima teguran berhemah dari En.Dex tuh, sekarang aku dah rajin update entry. Bukan itu saje, start 1.1.2011 tahun nie aku rasa baru aku rasa best sangat dengan dunia blog nie! Memang best kan? Korang pun rasa macam tuh ker? Best tang mana? Best cez dapat jalan-jalan kat blog orang lain dan baca entry mereka. Macam macam ada. Blog semua color-color. Best! Dan yang paling best follow memollow nie. Hehe..I like. Sebelum nie aku memang tak rajin nak follow atau pon mollow orang lain. Tapi, bila tengok blog orang lain yang follower mereka cecah beribu-ribu tuh...aku pon rasa macam nak juga! Membakar semangat larh katakan!

Ha, tuh saje larh alkisakh blog aku nie. Nama blog aku nie tak seberapa. Biasa-biasa jer. Ada tadi time aku blogwalking, aku terjumpa satu blog yang aku rasa sangat kreatif dari segi nama blog tersebut. Blog tuh namanya "Ketika dakwat pen habis" [kalau tak silaplah tapi lebih kureng macam tuh larh]. Biar apa pon nama blog korang, berbloglah dengan berhemah. Hihi...

Dan secara rasminya aku nak tag 3 insan iaitu Cik Nurun, Cik Diana dan Cik LeeSha


Happy Birthday!

5 Komen Terbaik
Ok ker? Tajuk bukan main bahasa orang puteh tapi bila masuk entry bahasa kita pula. Hehe...maklumlah "Bahasa Jiwa Bangsa" hehe. Saje jer nak buat entry khas untuk wish my sister birthday. I ada dua orang kakak saje. Dan tanggal 25 Feb nie merupakan birthday kakak aku yang second. 


Aku dah wish juga tadi via SMS dan FB. Bak kata orang wish banyak-banyak dan tak henti-henti tuh INSYALLAH di makbulkan ALLAH. So, tak salah kan nak wish lagi? Hehe... nie wish aku untuk birthday my sister yang dikenali sebagai "Julie"...

  • Semoga panjang umur dan sentiasa sihat tubuh badan. AMIN
  • Semoga sentiasa murah dan murah dan murah rezeki. AMIN
  • Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. AMIN
  • Semoga diterima segala amalan tanpa perhitungan. AMIN
  • Semoga sentiasa terbuka pintu Syurga untuknya dan tertutup neraka baginya. AMIN
  • Semoga segala doanya di makbulkan. AMIN
  • Semoga sentiasa bahagia meskipun dikala kesulitan. AMIN
  • Semoga hidupnya barakah selalu. AMIN

AMIN...AMIN YA RABB... Hepy Besday Liey... 


p/s: entah kek mana nie. Aku rembat jer kat google. Hihi...crdt ya...

Rahsia Bulan Kelahiran

0 Komen Terbaik
Tak nak cite panjang lebar, jom tengok rahsia-rahsia orang yang lahir bulan April nie menurut Datuk Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah; [untuk ketahui rahsia bulan kelahiran, korang boleh guna application kat FB korang. Nie link nya : Rahsia Bulan Kelahiran]


- Sangat aktif dan dinamaik
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian
- Sangat diplomatik (pandai memujuk)
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
- Sangat berani dan tiada perasaan takut
- Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Cuba kawal perasaan
- Kecenderungan bersifat pendendam
-Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit sekitar kepala dan dada 
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu

# Review balik semua rahsia yang diungkapkan di atas ; Ya, aku lahir bulan April. Memang! Aku selalu cepat membuat keputusan dan akhirnya menyesal sendiri. [hope benda nie aku dapat ubah] Punya daya mental yang kuat? Betul! [aiseh, angkat bakul yer ;D], Betul...dulu masa study, waktu quiz yang melibatkan teori, aku boleh hafal hampir separuh daripada buku untuk satu2 modul. Tuhlah masa lec bagi balik quiz, kawan2 duk hairan tengok jawapan aku cez 100% macam dalam buku.hehe. Suka diberi perhatian? Erm, rasanya taklah sangat cez kalau ada yang memerhati aku, apa lagi aku pon macam cacing kepanasan yang tak boleh duduk diam. Sangat diplomatik? Erm, pun rasanya taklah sangat. Tapi boleh larh...

Yup, aku suka sangat berkawan. Dan pandai menyelesaikan masalah kawan-kawan. Tapi masalah sendiri aku tak pandai selesaikan [tolonggg]. Sangat berani dan tiada perasaan takut? 70% salah! Aku taklah berani sangat. Suka perkara yang mencabar? Rasanya taklah. Aku suka perkara yang sederhana jer. Yup, I memang seorang yang pengasih dan penyayang. Kasih dan sayang terhadap my parents and my family and friends. Him? Tarak! Sopan santun dan pemurah. Ya juga Tapi kekadang bila dah naik angin kus-kus, sifat pemurah tuh bertukar menjadi pemarah. Hihi... Emosi aku cepat terusik. Kecenderungan bersifat pendendam? Inilah yang selalu yang kalau boleh aku nak elak sangat tapi aku nie insan biasa. Ya, aku akui. Memang. Tapi aku juga berharap dan buat masa nie aku tengah belajar untuk sentiasa mengikhlaskan dan jangan berdendam. [jgn ada syaitan yg menggangu dan mengugat iman dahlah...] Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain? Betul lah tuh. Tetapi kekadang aku rasa down takde siapa yang tolong. [sediihnyee..] A'a, aku selalu sakit sekitar kepala dan dada. Kenapa erk? Harap takde apa-apa effek larh ye. Lastly, sangat cemburu dan terlalu cemburu? Erm...part nie aku tak nak jawab. Biarlah Rahsia (wah...hihi).

So, apa yang aku boleh katakan tentang rahsia bulan kelahiran yang telah dikaji oleh Datuk Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah nie dengan aku adalah 83.4% betul!. So, bagaimana dengan korang yang lahir bulan April nie? Dah check? Yang bulan lain pon boleh check juga. Dapatkan application nie kat FB korang. Sekali sekali buat review tentang diri sendiri nie best juga, cez kita tahu betul ke hasil kajian individu tersebut tentang bulan kelahiran kita. Mana yang positif kita terima. Mana yang negatif kita ubah... Jomlah review diri sendiri... all the best ;D

Thursday, February 24, 2011

Awards Untuk Semua Follower

19 Komen Terbaik
Salam semua...hari nie aku nak bagi award kat semua mereka-mereka yang dah follow blog aku. Bukan apa, ianya sebagai tanda perhargaan gitu. Tak kisahlah aku follow korang dulu ka atau pon korang dulu follow aku. Sama jer bagi aku. Kerana follower larh aku selalu meng'AKTIF'kan diri untuk terus berblog. Tanpa Follower siapalah aku nie.Hehe Hari tuh aku ada buat satu award untuk semua follower dan aku simpan kat sidebar. Aku lupa pula time tuh aku pasang widget "Disable right click", so takde seorang pon yang ambil award tuh. ( :( sedihh...).

So, kali nie hopefully korang sudi larh terima award yang tak seberapa dari aku nie yer... dan thanx semua. Keep in touch ya! Harap semuanya sentiasa SEMANGAT untuk berblog. Meh ambil award kat bawah. Copy paste jer. Simpan kat blog korang yer...


p/s: copy paste award di atas then simpan kat blog korang ok? Kalau sudi bagilah comment sekali sekala...hehe. Thanks! Sayang korang semua... =)

AF 9 - Top 40 [Undian Terkini]

2 Komen Terbaik
Ha, amacam? Korang dah undi ke Top 40 peserta AF 9 nie? Jom tengok update terkini undian Top 40 peserta AF kat bawah ;


Dan macam biasa, pemilihan Top 25 adalah berdasarkan keputusan 50% daripada panel Astro dan 50% lagi dari undian orang ramai.

Undian nie FREE jer, korang just tonton video klip 40 peserta tersebut then undilah. Korang boleh undi sekali jer. Just daftar sebelum mengundi. Nak mengundi ker? Meh UNDI di sini.

Tuesday, February 22, 2011

SM Sung Siew Tercatat Lagi Dalam Sejarah STPM

0 Komen Terbaik

Semalam, SM Sung Siew mencatat sejarah lagi dalam STPM di mana sekolah nie dikategorikan dalam 12 buah sekolah di Sabah yang mencatat 100% kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2010. 

Menurut Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin, pelajar cemerlang STPM 2010 telah dianugerahkan kepada Syivero Patrick dari SM Kota Merudu yang memperolehi empat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan dan Sejarah B+. Herannya, macamana boleh dianugerahkan pelajar cemerlang sedangkan ada ramai lagi pelajar STPM yang dapat lima A. Ada sesiapa yang tahu? Hihi...maklumlah aku tak ambil STPM aku direct jer dulu... Apa-apa pun, Tahniah buat mereka semua yang cemerlang. Sesungguhnya kecemerlangan itu hanya layak untuk orang yang layak...

Aku bukan apa. Memang aku tak pernah ambil STPM pon. Yang aku kisah sekarang ialah tentang sekolah SM Sung Siew nie ha.Hihi...x-sekolah aku tuh. Maklum larh, dari tadika lagi aku memang sekolah kat Sung Siew nie. Tadika Sung Siew, Sekolah Rendah Sung Siew dan Sekolah Menegah Sung Siew.

Tahniah juga buat 11 buah sekolah yang lain iaitu SMK Agama Limauan, Kimanis, Papar ; SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu; SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu; SMK Keningau II, Keningau; SMK Kunak Jaya, Kunak; SM Ken Hwa, Keningau; SM St.Patrick, Tawau; SMJK Tiong Hua, Sandakan; SM La Salle, Kota Kinabalu dan SMK Jambatan Putih, Tawau.

Monday, February 21, 2011

Join FaceBlog

2 Komen Terbaik
Nie short entry jer. Bukan apa, just nak gtau...tadi time blogwalking terjumpa pula dengan FaceBlog nie. Apa Faceblog tuh? Meh baca kat baca nie, aku copypaste jer.Hihi

l
l
l
v

"SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH"

Kalau ada yang rasa nak join silalah klik gambar kat atas tuh yer.. (^,-)

Top 40 Peserta AF 9 Perlu Undian

0 Komen Terbaik
Hasil daripada ujibakat yang telah di adakan di dua lokasi utama iaitu di Sabah & Kuala Lumpur, seramai 40 peserta ujibakat Akademi Fantasia telah dipilih untuk musim yang ke-9 ataupun untuk musim yang terakhir nie. [kira yang bertuah larh nie...].

Dan sekali lagi untuk julung kalinya, pihak Astro memberi peluang kepada orang ramai untuk mengundi peserta sebelum proses saringan. Sebanyak 40 video klip ujibakat oleh 40 peserta yang terpilih itu mengharapkan undian masyarakat Malaysia. Dan daripada 40 peserta nie, hanya 25 peserta yang mempunyai undian yang tertinggi saja yang akan diserap. Bagi korang yang nak undi sila singgah ke laman nie. Tempoh undian nie bermula dari 18 Feb sehingga 3 Mac 2011. Top 25 nie akan dipilih berdasarkan keputusan 50% daripada panel Astro dan 50% lagi dari undian orang ramai. Undian nie FREE saje, korang just tonton video klip 40 peserta tersebut then undi larh. Just daftar saje sebelum mengundi.. Nak mengundi? Meh Undi kat sini..."UNDI"

Persandingan Farish Aziz (Tahniah!)

1 Komen Terbaik

Semalam, dengan sekali lafaz saja, Farish Aziz yang popular menerusi drama Kau dan Aku di Astro Ria, Sah bergelar suami kepada Zahrah. Pengacara dan juga pelakon nie, Farish Aziz ,27, selamat diijabkabulkan dengan tunangnya iaitu Zahrah Fowzi, 27, seorang peguam di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu jumaat lalu.

Menurut sumber, Farish Aziz membawa mas kahwin RM100 dan tujuh barang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Majlis persandingan itu bermula pada pukul 8 malam yang dihadiri oleh ahli keluarga dari kedua-dua pihak, rakan-rakan serta beberapa rakan artis yang turut memeriahkan majlis persandingan tersebut. Antara artis yang hadir membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis itu ialah barisan artis AF seperti Marsha, Zahid, Velvet, Toi, Aizat dan Farhan.

Dalam majlis tersebut, Farish Aziz berkata mereka telah bercinta sejak zaman persekolahan lagi sebelum mengikat tali pertunangan empat bulan yang lalu. Wah, bestnye kalau dapat bercinta-cinta macam Farish Aziz nie...bercinta dari bangku sekolah dan akhirnya kahwin. Kuat betul cinta dorang nie. Hihi... TAHNIAH!

Sumber - Utusan.

Sunday, February 20, 2011

Giveaway Pertama - Jom Blogwalking Contest

0 Komen Terbaik
Ha, mari ramai-ramai kita pakat Join Giveaway Pertama dari Abg Teror sempena tiga bulan berblogging. Thanx cez abg teror sudi juga datang kat blog saya/aku nie dan gtau pasal giveaway pertama beliau. Hurm, sebenarnya aku salut giler dengan abg teror nie yalah baru 3 bulan berblogging follower beliau fuhh dah mencecah angka 1335 [waktu malaysia:20 Feb 2011 - 0532 AM]. Traffic lagi larh confirm selalu up punya. Aku rasa abg teror patut dapat semua tuh dalam masa 3 bulan cez dia seorang yang pemurah tau! Pemurah kenapa? Cez abg teror memberikan khidmat Percuma membuat header blogger. So, korang janganlah segan-segan datang kat blog abg teror nie cez dalam blog abg teror tuh banyak benda yang bermanfaat untuk para blogger! Meh pergi blog Abg teror... dan Sekali lagi Jom Join GA abg teror. Klik pada gambar kat bawah untuk mengetahui lebih lanjut ok? Peace... (^,-)

6 Tanggapan Salah Mengenai Penyakit Mental

2 Komen Terbaik
  • Semua Pesakit Mental adalah Tidak Siuman
Kebanyakan penyakit mental tidak menyebabkan pengidapnya menjadi tidak siuman. Hanya sebahagian kecil sahaja iaitu yang mengidap penyakit psikosis yang melibatkan gangguan kewarasan, itupun kebanyakan daripadanya adalah bersifat sementara dan boleh dirawat.
  • Semua Penyakit Mental disebabkan Faktor Genetik atau Keturunan
Di samping faktor keturunan, terdapat banyak faktor lain yang berperanan menyebabkan terjadinya penyakit mental. Buktinya, tidak semua mereka yang berpenyakit mental mempunyai anggota keluarga yang sakit serupa, begitu juga ramai daripada mereka mempunyai sejarah penyakit mental dalam keluarga tetapi tidak mengidap penyakit berkenaan.
  • Pesakit Mental hanya boleh dirawat di Institusi Psikiatri atau Hospital Mental saja
Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat diluar institusi psikiatri. Malah kebanyakannya dapat dirawat sebagai pesakit luar. Yang dirawat di Hospital hanyalah mereka yang sakit teruk atau mereka yang mengalami 'relapse' [penyakit berulang] kerana memakan ubat.
  • Pesakit Mental selalu Mengganas dan perlu Diasingkan
Jumlah pesakit mental yang mengganas adalah sangat kecil. Keadaan ini bersifat sementara saja dan terjadi kerana penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan dan ianya bukanlah disengajakan. Dengan rawatan yang sempurna, pesakit mental akan menjadi lebih tenang, terkawal dan mereka tidak perlu disisihkan dari masyarakat.
  • Pesakit Mental merupakan Orang yang Lemah Semangat dan suka menurut perasaanya
Pesakit mental bukan orang yang lemah semangat. Mereka kelihatan lemah semangat dan menurut perasaan akibat penyakit yang mereka alaminya.
  • Pesakit Mental mempunyai 'split personality' kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat. Oleh itu mereka tidak boleh dipercayai.
Tanda-tanda yang ketara pada seseorang pesakit mental adalah akibat penyakit dan bukannya akibat 'split personality'.

-Walaupun punca penyakit mental tidak diketahui secara pasti, usaha mencegah panyakit mental ini masih dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui langkah-langkah intervensi awal terutama bagi mereka yang berisiko tinggi. Langkah-langkah pencegahan yang dapat dilakukan ialah pengendalian tekanan mental yang positif, peningkatan pemahaman kesihatan mental dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Siapakah Teman Terbaik?

0 Komen Terbaik
Siapakah teman terbaik dalam hidupku?
Saat aku memerlukan seseorang untuk curahan perasaanku
Tidak ada satu pun di sisiku.
Yang dulu pernah bersumpah mengaku teman selamanya
Kini tiada lagi
Mereka pergi dengan kehidupan yang mereka kecapi bahagia bersama yang lain...

Siapakah teman terbaik dalam hidupku?
Saat aku merasa jatuh lalu tertimpa tangga 
Tidak ada seorang pun memapah dan mengubatiku
Ku biarkan saja rasa sakit kerana jatuh dan luka tertimpa tangga itu 
Kerana aku merasa putus harapan untuk mengharapkan sokongan

Siapakah teman terbaik dalam hidupku? 
Saat air mata ini menitis ke pipi dengan rasa hangat
Tidak ada seorang pun yang tahu di kala malam
Tidak ada seorang pun yang tahu dan ingin tahu...
Hanya Sang Pencipta saja mengetahui dan juga...
Diaryku...

dicipta oleh : Rose Johari - di kala merasa putus asa kerana jatuh lalu tertimpa tangga dan tiada yang tahu dan ingin tahu. [dicipta saat mata tidak dapat lelap]

Saturday, February 19, 2011

Pengeluar Gadget iPhone Mungkin Hidup 6 Minggu Lagi

0 Komen Terbaik
Korang tau tak? Steve Jobs iaitu pengasas komputer Apple dan juga pengeluar gadget iPod, iPhone dan iPad mungkin akan hidup enam minggu lagi ekoran kanser pankreas yang dihadapinya. Akbar National Enquirer menyiarkan gambar Jobs yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan yang dalam jumlah yang banyak. Dalam gambar yang disiarkan akbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jeans.

Juga menurut akbar tersebut, berat pengeluar gadget iPhone itu dikatakan merosot dari 79.37 Kg sebelum kanser kepada hanya 58.96 Kg. Menurut seorang pakar perubatan Dr.Gabe Mirkin "Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi". Seorang lagi pakar perubatan Dr.Samuel Jacobson memberitahu kepada akbar tersebut bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir. "Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi untuk hidup" katanya.

Dianggarkan harta kekayaan Jobs bernilai AS$6 billion (RM18.26 billion)- Sumber Kosmo.

Friday, February 18, 2011

Minta Kerjasama Semua...

0 Komen Terbaik
Salam dan Hi semua. Aku ada buat satu "Soal Selidik" berkaitan dengan filem dan drama (sinetron) Indonesia yang sedang ditayangkan di TV mahupun di Astro. Kaji selidik nie adalah bertujuan untuk ingin mengetahui sejauh mana filem-filem dan drama dari Indonesia tersebut diterima oleh masyarakat di negara kita. Tak susah mana pon untuk isi soal selidik nie. Cuma ada tiga soalan mudah untuk korang jawab...

-Ni adalah paparan untuk tiga soalan soal selidik tersebut-

Di atas nie merupakan soalan-soalan untuk soal selidik tersebut. Dan korang boleh nampak yang real dekat sidebar iaitu selepas part follower kat sebelah nie. Nama juga soal selidik so takde hadiah apa-apa larh cez nie bukan contest, betul tak? Hihi... Harap sangat dengan kerjasama korang semua untuk meluangkan masa yang aku kira tak lebih dari 1 minit kot. Mereka yang dah jawab soal selidik nie aku ucapkan bebanyak terima kasih. Dan kepada yang belum sila larh isi ya... Hasil kajian untuk soal selidik nie akan aku umumkan kemudian. So, nantikan bersama untuk hasil kajian nie. Betul ke filem/drama dari Indonesia best? Ha, jawab jangan tak jawab...hehehe...

Thursday, February 17, 2011

Mak Dara 1st Giveaway (GA) - Tajuk Drama

18 Komen Terbaik
Hari nie aku nak join "Mak Dara 1st Giveaway ". Siapa Mak Dara nie? Eleh, tentu korang kenal. Nama sebenar Mak Dara nie ialah Adza Irdawati Adenan tetapi lebih dikenali sebagai Mak Dara. Mak Dara merupakan seorang penulis skrip drama dan filem. Ingat lagi tak drama "Nek Nak"? Haa, Mak Dara nie larh penulis skrip drama tersebut. Hebat gitu! Mak Dara ada buat satu Giveaway. Namanya juga penulis skrip, so Giveaway Mak Dara yang 1st nie pon adalah berkaitan dengan skrip iaitu reka satu "Tajuk Drama". Sila klik gambar di bawah kalau nak join GA nie. Ok...


Apa syarat-syarat untuk join Giveaway nie? Tengok kat bawah. Syarat-syarat yang cukup mudah untuk kita sertai:-
  • Mesti  mempunyai blog.
  • Follow blog Bicara Mak Dara
  • Berikan Satu TAJUK DRAMA
  • Masukkan banner dia atas ke dalam entry dan sidebar kemudian linkkan entry korang ke entry "Mak Dara 1st Giveaway"..
  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan anda untuk menyertai Giveaway nie.
  • Setelah siap entry anda, tinggalkan URL entry korang di ruangan komen entry "Mak Dara 1st Giveaway".
Seperti mana yang Mak Dara suruh iaitu reka satu Tajuk Drama untuk join Giveaway nie, So...Tajuk Drama yang aku reka ialah "Tersingkap Purdah Cinta". Wahh...entah pe2 jer tajuk aku nie. Tapi takpe larh, tuh just nak cukupkan syarat jer tuh untuk join GA nie.Hehe..

So, di sini aku dengan rasminya tag tiga orang sahabat blogger iaitu:-


Aktif Semula Bersama Churp Churp

0 Komen Terbaik
Wah, dah lama aku tak buka akaun churp churp aku nie. Lebih kureng 4 bulan aku tak buat assignment yang diberikan oleh pak cik churp churp nie. Rasa menyesal pula. Aku tuh bukan apa, sebelum nie aku sempat merajuk dengan pak cik churp churp nie cez income aku tambahnya sen-sen jer untuk satu assigment. (nie larh manusia tak bersyukur... MasyaAllah). Bila pikir-pikir balik, patutlah dapat ciput-ciput jer cez time tuh tak ramai follower. Tak sampai seratus follower pon. Kan pak cik churp churp nie bayar assingnment yang dibuat dan diklik berdasarkan bilangan follower kita kat Twitter tuh. 

Tiga hari yang lalu aku dapat dua assignment. Mungkin korang pon dapat jugakan? Siapa lagi aktif lagi senanglah pak cik churp tuh bagi assignment. Dalam dua assignment tuh aku hanya buat satu jer. Yang satu lagi aku ignored [wah, berani-berani ya...]. Bukan apa, assignment tuh intipatinya adalah mendukung hari kekasih hari tuh. Tuh larh aku tak buat. Kang tak berkat apa yang aku dapat nanti...

Tadi, bila check lagi akaun churp churp aku nie, wah...ada perubahan! Ternyata assignment aku baru-baru nie dah kena published. Akaun aku yang sebelum nie berjumlah RM4.69 terus jadi RM6.55. + RM1.86. Alhamdulillah.Wah, betul-betul ada kemajuan nie. Hihi...tuh tandanya Twitter aku dah ramai yang follow iaitu 565 orang.[eleh orang lain lagi ramai follower rose...]. Thanx semua..hihi. Tak sabar nak tunggu assignment yang selanjutnya...

Wednesday, February 16, 2011

Main Buang-buang Akhirnya Kena Buang

1 Komen Terbaik
Ada satu cerita nie. Mungkin korang dah pernah dengar dan juga mungkin belum pernah dengar. Cerita nie bagi aku lucu. Kawan aku pernah cerita kat aku. Cerita dia macam nie. Ada tiga orang sahabat yang berlainan negara iaitu orang putih (dari California), seorang lagi dari Filipina dan orang yang ketiga dari Sabah. Tak tahu macam mana mereka bertiga nie boleh berkawan. 

Nak dipendekkan cerita larh kan, satu hari waktu mereka lagi jalan-jalan di suatu taman, kawan mereka yang asal dari Filipina tuh tengah merokok. Belum habis sebatang dihisapnya lalu dibuangnya rokok tuh dan dia mengeluarkan lagi sebatang rokok dan membakar rokok tersebut. Perkara tuh diulangi oleh orang Filipina tersebut sebanyak lima kali berturut-turut sepanjang mereka berjalan. Perkara tuh diperhatikan oleh kawannya yang lagi dua tuh (orang putih & orang dari Sabah).

Kerana panasaran ingin tahu, orang putih tuh bertanya kepada kawannya yang dari Filipina tuh "Hey!, kenapa kau buang rokok kau yang belum habis kau Hisab tuh? Sudah lima kali mengulanginya. Membazir tau!" (macam tuhlah pertanyaan orang putih tuh - dalam versi melayu)

Lalu kawan mereka dari Filipina tuh pon menjawab dengan lagaknya "Apa susah? Membazir apanya? Rokok nie aku buang macam mana pon tetap tak akan habis kerana rokok nie dibuat dinegara aku. Berlambak rokok jenama nie di negara aku tau! (rupanya rokok Suria..hihihi)

Kemudian kawan mereka yang orang putih nie pulaa buat tabiat. Waktu nie dia tengah pakai seluar jeans dan baju jenama Levi's. Lalu dibukanya seluar dan bajunya tuh. Dibuangnya jeans dan bajunya tuh ke lantai. Tinggal boxer jer yang menutupi dirinya kini. Orang putih tuh tersenyum. Kini, kawan mereka yang dari Sabah tuh pula yang hairan & bingung.
Orang Sabah tuh bertanya kepada orang putih tersebut "Hey, kenapa pula kau buka dan buang baju & seluar jeans kau tuh? Sudah buang tabiat?". Lalu orang putih tersebut menjawab dengan kebanggaan "Eleh, apa mahu hairan? Baju dan jeans jenama macam nie banyak di negaraku. Lagi pula, aku banyak baju dan seluar jeans jenama Levi's nie di rumah ku".

Orang Sabah tadi yang melihat perangai kedua-dua sahabatnya tuh kini mulai sakit hati. Dalam hatinya berbisik "oh, kau ingat korang berdua jer boleh berlagak ya? Tunggu kau". Lalu orang Sabah tuh pun maju rapat ke arah kawannya yang dari Filipina tuh, diangkatnya kawannya tuh dengan setenaga yang dia ada kemudian dibuangnya kawannya tuh ke lantai. Kawannya tuh pon menggerang kesakitan. Yala, lantai tuh beb...sakit.Hehe..

Orang putih tuh pon hairan lalu bertanya "Eh, you...kenapa kau buang si S (orang Filipina tadi tuh) ha? You dah gila ka? Orang dari Sabah tuh pon menjawab dengan senyuman sinis "Eleh, nie baru satu jer aku buang. Di Sabah, tempat aku tuh...berlambak orang Filipina tau! Sebab tuh lah aku buang dia. Tak kuasa aku!". Hehe.. 


p/s: Jangan ada yang terasa dengan cerita dia atas. Itu semua adalah gurauan semata. Peace ya...

Tuesday, February 15, 2011

Sejarah Memperingati Maulidur Rasul

2 Komen Terbaik
Generasi pertama kaum muslimin tidak pernah menetapkan tarikh atau waktu khusus bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak pula pernah memikirkan bentuk perayaan, ayat-ayat al-quran atau al-hadith yang perlu ditulis dikain rentang seperti yang diadakan sekarang. Kerana kaum muslimin ketika itu berpandangan bahawa keagungan dan kemulian Nabi Muhammad SAW tidak perlu dibimbangi akan lenyap atau dilupai oleh masyarakat muslim. Generasi pertama itu berpendapat tidak perlu untuk mengadakan kegiatan-kegiatan untuk memperingati hari kelahiran Baginda, kerana keadaan islam ketika itu masih murni, akidah mereka juga kukuh dan kesetiaan mereka kepada Nabi Muhammad SAW amat kuat, berbanding dengan masyarakat selepas itu.
Menurut Ibnu Jubair (540-614H), dalam kitabnya Rihlah (perjalanan), peringatan Maulidur Rasul yang pertama dipercayai berlaku di Kota Mekah al-Mukarramah. Menurut pengamatnya, pada setiap 12 Rabiulawal, rumah Rasulullah dibuka untuk dikunjungi oleh semua masyarakat mendapatkan berkat.

Pada abad ke07H, sejarawan Abu al-'Abbas al-Azafi dan anaknya Abu Qassin al-Azafi, telah mencatatkan dalam kitab al-Durr al-Munazzam, iaitu pada setiap 12 Rabiulawal tidak ada aktiviti lain yang dilakukan seperti jual beli kecuali kaum muslimin sibuk mengunjugi rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada hari itu juga pintu Kaabah dibuka dan boleh dikunjungi oleh masyarakat islam.
Pada abad ke-8H, Ibnu Batutah juga mencatatkan dalam kitabnya al-Rihal, bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat dan pada 12 Rabiulawal, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, pintu Kaabah dibuka oleh ketua kaum Syaibah, pemegang kunci pintu Kaabah. Pada hari Maulidur Rasul, qadhi dari mazhab Syafi'e Najmuddin Muhammad ibn al-Imam Muhyiddin membahagi-bahagikan makanan golongan syarif (keturunan Rasulullah) dan kepada semua penduduk Kota Mekah.

Peristiwa memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW terus berjalan setiap tahun di Kota Mekah dan Madinah sehingga tahun 1917M. Tradisi berkenaan dihentikan oleh kerajaan, meskipun masih berlangsung di rumah-rumah kebanyakan di Hijaz dan oleh seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.

Bagi kebanyakan kerajaan dunia Islam seperti Malaysia, majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, dijadikan sebagai acara rasmi kerajaan dengan sambutan yang meriah setiap kali menjelang 12 Rabiluawal setiap tahun. Memperingati Maulidur Rasul SAW adalah relevan kerana kegiatan berkenaan adalah manifestasi dari perintah Allah yang mewajibkan hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur dan mengingati nikmat kurnia-Nya, lebih-lebih lagi rahmat yang paling agung dalam sejarah tamadun manusia.

Tidak terdapat mana-mana nas al-Quran mahupun Hadith Sahih yang melarang untuk mengadakan majlis peringatan Maulidur Rasul. Bahkan peringatan Maulidur Rasul sentiasa dan perlu diadakan dan diperbaharui selaras peredaran masa dan zaman hanya saja selama kegiatan tersebut tidak dicampuradukkan dengan kegiatan maksiat.

Salam Maulidur Rasul kepada semua...

Monday, February 14, 2011

Ketika Cinta Bertasbih Punya Pasal

0 Komen Terbaik
Aku penasaran betul nie! Semalam baru habis baca novel Ketika Cinta Bertasbih 1 Karangan novelis no.1 di Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Memang! Memang betul aku belum lagi pernah tengok lagi filem Ketika Cinta Bertasbih 1 nie. Yang aku dah tangok hanyalah part yang kedua iaitu Ketika Cinta Bertasbih 2. Aku panasaran sangat nak tahu cerita kat part 1 tuh so thats why larh aku baca novel dia. Tapi tetap juga panasaran mahu tengok yang dilayar perak punya.
Nak download pon tak dapat. Internet slow sangat. Maklumlah effek banjir baru-baru nie. Tuhan saje tahu betapa aku panasaran. Hihi. Lalu tadi aku pun menggagahkan diri aku untuk pergi mencari Dvd KCB1 nie. Dengan tangan yang masih berbalut aku gagah juga untuk mencari dvd KCB nie. Masya Allah, dah berapa tempat dah aku tanya dah semua kedai yang aku masuk satu pon tak boleh harap. Semua kedai yang aku masuk tuh takde jual Dvd KCB nie!!! Biar betul? Kenapa satu kedai kat sini pon takde jual filem yang aku cari tuh? Yang ada Ayat-ayat Cinta saja! Hish!

Apa yang harus aku buat? Terpaksa bersabar larh. Eee, memang bestlah cerita KCB nie. Dan aku baru dapat tahu, rupanya tahun lalu di Indonesia ada siarkan satu Sinetron Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan Special. Sinetron nie merupakan kesinambungan dariapada fiilem KCB2. Lagilah aku panasaran nak tengok dan nak download!!! Kenapa kat Malasyai sinetron nie belum ditayangkan? Aku harap sinetron nie dapat ditayangkan di Malaysia sebelum menyambut bulan Ramadhan yang akan datang. Khikhikhi...tengok, betapa panasarannya aku dengan KCB nie.Aku tak peduli tangan aku berbalut ka apa ka, aku sanggup cez Ketika Cinta Bertasbih punya pasal...

Ok, sekian. Kalau boleh tolong komen larh ya. Bagi idea ke. Ke nak kongsi tentang KCB nie ke. Ke korang nak bagi pendapat tentang KCB nie ( bagi yang dah tengok KCB1 & KCB2 atau pon belum boleh komen juga). Ya...komen kat bawah ya..

Follower Ke-222

1 Komen Terbaik
Salam semua. Akhirnya, yang aku tunggu-tunggu tertunai juga. Tertunai? A'a tertunai. Hihi, sebelum nie aku ada buat entry khas untuk follower yang ke-100 Jan lalu. Kali nie aku bukan mencari follower yang ke-200 tetapi follower yang ke-222. Kenapa 222? Hurm, bagi aku nombor nie unik dan juga merupakan nombor genap. [ala,kau nie rose...semua orang pon tahu itu nombor genap, tuh pon nak kecoh.hehe] Semalam baru tercapai hajat untuk mencari follower yang bertuah tuh. So, macam biasalah, aku nak buat entry khas dan nak bagi award kepada follower aku yang ke-222 tuh. Siapa yang bertuah jadi follower ke-222 tuh?


Nie follower aku yang ke-222. Nama dia Hisyam Nozi. Tak banyak yang aku dapat korek mengenai si Hisyam nie. Apa yang aku tahu dia seorang yang noob. (noob? apa tuh? hehe). Tapi ikhlas dan Budak Baik. Nie apa yang aku bacalah tentang dia di dalam blog dia tuh. Dengar khabar sebelum nie dia memang guna blogspot juga tapi finally dia wordpress dah. Tahniah larh kepada Hisyam cez dah ada blog sendiri dengan Hosting sendiri dengan menggunakan domain nama sendiri. Nak tahu lagi lanjut tentang En.Hisyam kita nie? Ha, jemputlah ke blognya >>> Hisyam92.com/

Kepada Hisyam, thanks cez sudi juga follow blog saya yang tak berapa nie. Nie ada award untuk Hisyam kat bawah sebagai tanda penghargaan gitu. Harap sudilah terima ye.(aisemen..khikhikhi). Copy jer award kat bawah nie. Dan thanx juga kepada mereka yang dah follow aku. Nanti aku akan buat satu Award untuk semua follower aku sebagai tanda pernghargaan. Dan juga sedang menanti follower yang bertuah iaitu... (mana boleh bagi tahu, tak suprise larh nanti hehe)

Sunday, February 13, 2011

Sejuta Cinta Marshanda Lirik

0 Komen Terbaik
Syadunya time aku dengar lagu tema Sinetron Sejuta Cinta Marshanda nie. Penuh emosi betul lah lagu nie. Jom layan lirik lagu Sejuta Cinta Marshanda yang dinyanyikan sendiri oleh Marshanda ciptaan Charly vokalis ST12 dalam Sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang ditayangkan sekarang di TV3 Isnin hingga Khamis jam 2 petang.

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi tuk selamanya
Tuk selamaya

Mungkin kini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan 
Sudah suratan

c/o
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku di sini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis kerna hidup tanpa dirimu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi tuk selamanya
Tuk selamanya

Ulang c/o

Luar Biasa Shahir

0 Komen Terbaik
Hari nie dah hari ahad. Esok semua dah masuk kerja lagi. Tapi tangan aku masih juga belum sembuh. So, di hari ahad nie jom layan lirik lagu dari single terbaru Shahir nie yang berjudul "Luar Biasa". Aku dah dengar lagu nie kat you tube tapi tak berapa feel larh. Mungkin telinga aku nie belum familiar dengan lagu nie al maklumlah lagu baru.Tapi lirik dia best semacam gitu...

-Gambar credit kat Shahir AF8 Facebook-

Segala yang mengalir
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam tanganmu
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala 
Senyumanmu mengusikku
Oh mengapa 
tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

c/o
Luar biasa
Landah senja suria
Padamu

Lalu menusukku
Luar biasa
Suara siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri

Bagao dimensi dan hipokrasi berselari
Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Kucupanmu berlagu merdu

(repeat c/o)

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kiash kita
Luar biasa tampak dimatanya
Lalu menusukku

Luar biasa
Penjara
Siksaa sesalan
Dikucupnya virus

Saturday, February 12, 2011

Fatwa Menyambut Hari Kekasih

1 Komen Terbaik

Entry nie sengaja aku buat kerana dua hari lagi orang-orang di dunia nie akan menyambut satu hari yang begitu special (bagi segelintir) di mana hari tuh dianggap kemuncak kasih bagi orang-orang yang tengah hangat bercinta. Bukan saja muda mudi yang merayakannya, bahkan mereka yang dah tua pun alias selingkuh pon turut merayakannya. Hish hish hish... Ada apa dengan hari kekasih nie? Bagi aku hari kekasih nie wajib disambut oleh mereka yang non muslim kerana ianya tidak bertentangan dengan agama mereka. Hari nie mungkin hari bersejarah bagi mereka yang non muslim so thats why dorang celebrate. Tapi kita yang muslim nie? Tak de sebab kita nak sambut kerana takde kena mengena dengan kita mahupun agama kita. Minta maaf kepada mereka yang non muslim kalau ada yang terasa. Takde niat nak menyinggung. Entry nie hanya dikarang khas kepada mereka yang muslim saja dan sekadar ingin ingat mengingati sesama muslim kerana itu memang tanggungjawab para muslim dan muslimah.

Ada comment yang aku baca di satu blog yang memaparkan berkaitan dengan hari kekasih nie. Di mana comment tersebut berbunyi "ya la 2…apa yg pling pnting,,hari kekasih ne adlah hari istmewa bt psngan2 couple kt luar sna..xde kna-mngena pn ngan hari mymbut kjtuhan islam knon…jgn la brfkiran smpit tul…heyyy..". Menghairankan, ada juga orang muslim yang boleh kata macam tuh? Berfikiran sempit? Sebenarnya dia yang sempit! Banyak lagi hari yang boleh kita jadikan hari kekasih. Bahkn kalau betul-betul berkasih, hari-hari pun boleh jadi kekasih jugalah! Tapi pastikan dengan cara yang betullah kang tak pasal-pasal kena tangkap pula oleh Jais bukan polis. Kang baik-baik boleh kahwin secara berbayar jadi tak berbayar pula. Kahwin Free. Nauzubillah, semoga dijauhkanlah kita daripada perkara-perkara yang dapat mendatangkan aib nie.

Lagi pun, JAKIM telah mengeluarkan fatwa berkaitan hari kekasih nie. Iaitu berbunyi "Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut".

Untuk maklumat lanjut berkaitan fatwa ini sila pergi ke Portal Rasmi e-Fatwa. Atau pon klik sini dan sini.
Related Posts with Thumbnails