Aku penasaran betul nie! Semalam baru habis baca novel Ketika Cinta Bertasbih 1 Karangan novelis no.1 di Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Memang! Memang betul aku belum lagi pernah tengok lagi filem Ketika Cinta Bertasbih 1 nie. Yang aku dah tangok hanyalah part yang kedua iaitu Ketika Cinta Bertasbih 2. Aku panasaran sangat nak tahu cerita kat part 1 tuh so thats why larh aku baca novel dia. Tapi tetap juga panasaran mahu tengok yang dilayar perak punya.
Nak download pon tak dapat. Internet slow sangat. Maklumlah effek banjir baru-baru nie. Tuhan saje tahu betapa aku panasaran. Hihi. Lalu tadi aku pun menggagahkan diri aku untuk pergi mencari Dvd KCB1 nie. Dengan tangan yang masih berbalut aku gagah juga untuk mencari dvd KCB nie. Masya Allah, dah berapa tempat dah aku tanya dah semua kedai yang aku masuk satu pon tak boleh harap. Semua kedai yang aku masuk tuh takde jual Dvd KCB nie!!! Biar betul? Kenapa satu kedai kat sini pon takde jual filem yang aku cari tuh? Yang ada Ayat-ayat Cinta saja! Hish!
Apa yang harus aku buat? Terpaksa bersabar larh. Eee, memang bestlah cerita KCB nie. Dan aku baru dapat tahu, rupanya tahun lalu di Indonesia ada siarkan satu Sinetron Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan Special. Sinetron nie merupakan kesinambungan dariapada fiilem KCB2. Lagilah aku panasaran nak tengok dan nak download!!! Kenapa kat Malasyai sinetron nie belum ditayangkan? Aku harap sinetron nie dapat ditayangkan di Malaysia sebelum menyambut bulan Ramadhan yang akan datang. Khikhikhi...tengok, betapa panasarannya aku dengan KCB nie.Aku tak peduli tangan aku berbalut ka apa ka, aku sanggup cez Ketika Cinta Bertasbih punya pasal...
Ok, sekian. Kalau boleh tolong komen larh ya. Bagi idea ke. Ke nak kongsi tentang KCB nie ke. Ke korang nak bagi pendapat tentang KCB nie ( bagi yang dah tengok KCB1 & KCB2 atau pon belum boleh komen juga). Ya...komen kat bawah ya..
0 Komen Terbaik:
Post a Comment