TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, February 21, 2011

Persandingan Farish Aziz (Tahniah!)


Semalam, dengan sekali lafaz saja, Farish Aziz yang popular menerusi drama Kau dan Aku di Astro Ria, Sah bergelar suami kepada Zahrah. Pengacara dan juga pelakon nie, Farish Aziz ,27, selamat diijabkabulkan dengan tunangnya iaitu Zahrah Fowzi, 27, seorang peguam di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu jumaat lalu.

Menurut sumber, Farish Aziz membawa mas kahwin RM100 dan tujuh barang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Majlis persandingan itu bermula pada pukul 8 malam yang dihadiri oleh ahli keluarga dari kedua-dua pihak, rakan-rakan serta beberapa rakan artis yang turut memeriahkan majlis persandingan tersebut. Antara artis yang hadir membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis itu ialah barisan artis AF seperti Marsha, Zahid, Velvet, Toi, Aizat dan Farhan.

Dalam majlis tersebut, Farish Aziz berkata mereka telah bercinta sejak zaman persekolahan lagi sebelum mengikat tali pertunangan empat bulan yang lalu. Wah, bestnye kalau dapat bercinta-cinta macam Farish Aziz nie...bercinta dari bangku sekolah dan akhirnya kahwin. Kuat betul cinta dorang nie. Hihi... TAHNIAH!

Sumber - Utusan.

1 Komen Terbaik:

Nur Liyana said... [Reply]

wah....cantiknyer.....best2!!!

Related Posts with Thumbnails