TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, January 31, 2011

Lee Chong Wei Tewas Lagi

2 Komen Terbaik
Hurm, korang ada tengok tak? Final badminton terbuka Korea Selatan 2011 semalam sekali lagi menemukan Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Aku harap sangat Lee Chong Wei menang lah semalam. Namun, sekali lagi takde rezeki, nak buat macam mana. Sekali lagi Lee Chong Wei tewas ditangan Lin Dan.

-gambar credit to Google-

Apa pun, aku sebagai rakyat Malaysia dan menyukai sukan nie sangat bangga dengan performance Chong Wei semalam. Kenapa? Uiii, jangan tak tahu...semenjak dua menjak selepas bergelar Juara Terbuka Malaysia ahad yang lalu, mutu permainan Chong Wei fuh memang hebat giler. Sampaikan semalam time final, Chong Wei berjaya mengheret Lin Dan ke set penentuan [set ke-3] dan hampir menang. Lin Dan tuh menang tipis jer iaitu 19-21, 21-14 dan 16-21. Hebat larh Chong Wei nie.  Tahniah... maju lah sukan untuk negara. Hehehe 

Sunday, January 30, 2011

Telefilem 7 Lagu

2 Komen Terbaik
Jangan lupa malam nie ye. Jangan lupa apa tuh? Eh eleh, Telefilem 7 Lagu larh. Jangan lupa tonton ok, malam nie [30 Jan 2011], Jam 10.00 Malam di channel 131 Astro Citra.


Telefilem 7 Lagu nie mengisahkan Farhan yang didapati bersalah oleh mahkamah  kerana membunuh bekas kekasihnya dan tunangnya. Sabrina merupakan seorang peguam bela dan membantu Farhan dari dikenakan hukuman tali gantung dengan mengirimkan 7 buah Lagu yang diciptanya. Apakah kaitan lagu itu? Lakonan Farid Kamil, Tiz Zakyah, dan Emelda Rosmila. 7 Lagu dalam telefilem nie lima lagu nyanyian Akim AF7 dan dua lagi nyanyian Ain AF8.

Ok, jangan lupa malam nie Ok?

Saturday, January 29, 2011

RM10,000 sebagai Hadiah?

5 Komen Terbaik
Di sebuah perkampungan iaitu kampung hulu belalang telah diadakan satu pertandingan berenang merentas sungai di mana di dalam sungai tersebut terdapat beberapa ekor buaya tua yang ganas-ganas. Sebanyak RM10,000 akan diberikan sebagai hadiah kepada penduduk kampung yang berani menerima cabaran tersebut. Syaratnya mudah sahaja iaitu barang siapa dapat berenang melalui sungai yang ada buaya tadi dan selamat sampai ke seberang akan mendapat hadiah RM10,000.
Namun, tidak ada seorang pun dari penduduk kampung yang datang ke pertandingan itu yang berani untuk berenang ke sungai yang mana di dalamnya terdapat buaya yang ganas-ganas. silap-silap bukan RM10,000 saja yang  melayang malahan nyawa sekali turut menjadi korban buaya tersebut.

Tidak semana-mana, tiba-tiba terjun seorang lelaki di antara orang ramai yang datang menyaksikan pertandingan tersebut. Punya main laju lelaki tersebut berenang sehinggakan buaya-buaya itu tak dapat mengejarnya. So, selamatlah lelaki tersebut hingga ke seberang. Apa lagi, orang ramai pun bersoraklah.

Lelaki tersebut pergi ke urusetia pertandingan tersebut. Ingat nak tuntut 10,000 tadi rupanya...

Urus Setia: Tahniah En., awak memang berani dan pantas. Ini dia 10,000 awak...
Lelaki tersebut: Saya datang ke sini bukan nak kan 10,000 nie,!!! Tapi saya mencari siapakah yang telah menolak saya tadi!!! Kurang ajar, kalau aku mati tadi di makan buaya siapa yg akan bertanggungjawab?

p/s: Laaaa, rupanya lelaki tadi takda niat pun nak join contest tuh. Tapi dia telah ditolak terjun ke dalam sungai tuh. Tuh lah pasal dia laju berenang... hihihihi...apala...

Friday, January 28, 2011

Resepi Kejayaan

0 Komen Terbaik
Salam semua, hari nie aku nak share satu resepi untuk berjaya. Dan rasanya resepi nie sesuai untuk mereke-mereka yang masih bergelar "Student", tak kisah larh student sekolah rendah ka, menengah ka, dan IPT pun boleh try resepi nie. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk berjaya:

Bahan-Bahan:

  • Buku secukup rasa (ikut selera masing-masing)
  • Semangkuk azam
  • Sepinggan kerajinan
  • Sebuah ketekunan (ulang kaji dan banyak bertanya kepada guru)
  • Segenggam harapan
  • Secangkir keinsafan (dihiris)
  • 1/3 cawan air mata
  • Beberapa buah pohon doa
  • Beberapa potong nasihat
  • Sedikit kasih sayang
  • Sedikit hasad dengki dan dendanm (dihancurkan dan dilumatkan) - jika perlu
  • Secebis malas (goreng dan dilumatkan)
  • Untuk hiasan : Sekuntum senyuman
  • Cadangan penyediaan : 2/3 malam
Cara-cara membuatnya:
  1. Buku dipotong lima (buat nota), basuh dan toskan (buat peta minda), gaul buku dengan azam. Biarkan seketika hingga mesra kedua-duanya.
  2. Ketekunan dan kerajinan diperah bersama 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha.
  3. Gaulkan bersama serbuk perasa keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan.
  4. Titiskan sedikit air mata, tumiskan keinsafan dan goreng hingga bangkit bau kesedaran. Masukkan bahan perasa yang telah digaul bersama. Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna lagi positif.
  5. Masukkan buku dan campurkan sedikit lagi usaha.
  6. Tambahkan lagi kerajinan. Tapiskan hampas malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus bersama dengan dendam dan hasad dengki sehingga lumat.
  7. Akhirnya masukkan kesungguhan. Tutupkan dengan keimanan dan tawakal.
  8. Apabila sudah berjaya, rasa nikmatnya. Kalau kurang sedap, tambah lagi ketekunan dan kesabaran hingga secukupnya.
  9. Masak lagi hingga pandai, kemudian angkat.
  10. Apabila sudah sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggan dan hiaskan dengan sekuntum senyuman dan kesyukuran kepada ALLAH

 Cubalah, INSYAALLAH berjaya (^_^)

Thursday, January 27, 2011

Cinta Pontianak Harum Sundal Malam

0 Komen Terbaik
Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu mereka berkata, kenapa? salah ker… kami bercinta?? Bukan kah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ni kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta...betul agama tidak melarang kita bercinta, tetapi ingat cinta yang disemai sekarang adalah cinta terlarang. AhHHHhh.. Jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggup ku rentasi, kalau saudari tak percaya ambilah kapak belahlah dada, pasti dihati saya tertera nama saudari, Insan paling dicintai....

Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal ia amat mustahil dilaksanakan. Yang menjadi persoalan mengapalah mereka yang mabuk bercinta dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya jika kita mencubainya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginan pula harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandaskan nafsu dan syaitan.

Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahalnya yang amat mahalnya. Namun pasti manusia sering terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal dari kasih dan sayang, yang mana ia terletak dibawah taklukkan ar-Rahman dan ar-Rahim. Sepertimana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima sehingga terlupa bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada kita. .

Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman. Yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang musnah, tanaman yang ditanam tidak terkecuali terkena serpihan rumpai yang disebarkan. Akhirnya akan terhasilah buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbagai nama, perkara aneh dan menjijikkan.

Apa yang tertera ini bukannya cinta.....semuanya nafsu. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkaan insan-insan durjana mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bila sekujur tubuh telah mengalah, adakah kamu pasti dia akan bertanggungjawab?? Sekarang bila kita tanya mungkin ia berkata ‘awaklah buah ati abang’. Tapi adakah kita pasti ayat ini akan berkekalan...ingat lidah manusia tidak bertulang. Teringat kata-kata orang kampung dulu..CINTAKU DITOLAK, DUKUN BERTINDAK...jangan sampai dukun bertindak maka jadilah seperti cinta Mariam,  bukan cinta tapi dendam........seorang pontianak harum sundal malam. Pulangkan...tapi tak boleh pulangkan dah....

Lee Chong Wei hampir Gagal

0 Komen Terbaik
-credit to Kosmo-

Datuk Lee Chong Wei yang baru saja bergelar juara Terbuka Malaysia 2011 Ahad lalu sedikit lagi dikejutkan oleh pemain Denmark, Jan O. Jorgensen pada pusingan pertama di Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan 2011 semalam. Jorgensen berjaya mengheret Datuk Lee Chong Wei hingga ke set penentuan sebelum beliau  berjaya mencatatkan kemenangan 21-9, 18-21, 21-16.
Datuk Chong Wei akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan dan Przemyslaw Wacha dari Indonesia dipusingan yang kedua hari ini. Manakala, Muhammad Hafiz Hashim gagal meneruskan kemaraan apabila tewas di tangan pemain Jerman, Marc Zwiebler 16-21, 13-21.
Begitupun, perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo tidak menghampakan apabila turut melangkah ke pusingan kedua kejohanan selepas mengetepikan cabaran Liu Xin dari China, 21-18, 21-15.
Bergu lelaki negara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock turut beraksi cemerlang apabila layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pasangan Jerman, Ingo Kindervater/Johannes Schoettler 21-13, 20-22, 21-18.

Google cari bakat tempatan

1 Komen Terbaik
JULIAN PERSAUD (kiri), Mukhiriz dan Sajith pada majlis mengumumkan pembukaan pejabat baru Google di Kuala Lumpur semalam.
Google Inc. [Google] kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.
Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu. Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.
"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.
"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur semalam.
Juga turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.-Kosmo-

Wednesday, January 26, 2011

Follower ke-100

1 Komen Terbaik
Salam semua, hari nie aku nak buat entry khas bagi menunjukkan rasa "Terima Kasih" aku kat korang semua yang jadi Follower kat blog aku nie. Thanx sangat-sangat. Nie membuatkan aku semakin rasa seronok dengan dunia Blogger. Sebelum nie aku tak rasa macam nie. Tapi, sejak dua menjak nie aku tetiba aktif pula nak buat blog walking. Start dari situ aku rasa dunia blogger memang best!!! Hehe...tak tahu nak cakap apa tapi real memang best weii...hehe...



Dan hari nie Follower aku dah cecah 100 org.[excited sangat, baru 100 kan? orang lain lagi banyak...ada yang beribu2 dah] Dan, orang yang ke-100 tuh ialah Blogger yang bernama J.E.L.A.H. Thanx Jelah. N congrats cez jadi follwer yang ke-100. Jom tengok profail Jelah nie:

Jom kita singgah kat blog Jelah... http://bahteraemass.blogspot.com/


Tuesday, January 25, 2011

Sinetron Kejora & Bintang

0 Komen Terbaik
Ha, Sinetron Bukan Diriku dah habis semalam. Apa gantinya? Jeng jeng jeng, satu lagi Sinetron yang kira baru juga larh iaitu 2010 di mana menampilkan sekali lagi Baim Wong [Erlangga], Alyssa Soebandono [Kejora], Rachael Amanda [Bintang], Lucky Perdana [Fitra] sebagai watak utama dalam sinetron nie dan turut menampilkan my fav actress iaitu Eva Anindhita. Lagu tema sinetron nie pula berjudul Rindu Setengah Mati oleh D'masiv Ft Kevin Aprilio.

Kejora, 19 tahun seorang anak kira bangsawan gitu. Mempunyai seorang adik perempuan iaitu Bintang, 15 tahun. Kejora tengah study di Hongkong-Singapore. Bapanya Pak Ryan merupakan seorang duda dan berkahwin lagi dengan seorang janda anak satu yang bernama Janet.

Erlangga, juga merupakan cucu kepada nenek Gautama, yang sangat kaya tetapi sombong, manja tetapi keras kepala. Janet adalah kekasihnya Erlangga. Tetapi Kejora tidak tahu. Kejora juga sudah punya kekasih, Joel yang materialistik dan Fitra [adik Joel] dalam diam-diam mengagumi Kejora.

Pada suatu ketika, Pak Ryan bankrupt. Jadi Pak Ryan bercadang untuk berpura-pura mati untuk mendapatkan insurans yang cukup besar.Kejora rasa sangat terpukul dengan kematian bapanya dan mereka diusir dari rumah mereka. Kemudia, Bintang pula tiba-tiba menghilang. Dan Kejora tidak tahu bahawa Bintang telah diculik oleh Hanifa. Kejora berusaha untuk mencari adiknya. Dalam masa yang sama, Fitra dan Erlangga jatuh cinta kepada Kejora.

Adakah Kejora dapat menemui adiknya yang hilang tuh? Siapa yang akan menjadi pilihan Kejora? Fitra atau Erlangga? Sama-samalah kita saksikannya...hehe.

Monday, January 24, 2011

Uji Bakat online AF9

2 Komen Terbaik
Wow, uji bakat AF9 yang dibuat secara online mendapat sambutan yang positif dari orang ramai. Hanya mereka yang Berani dan Positif jer yang mampu ikut uji bakat online nie. Berani? Kenapa mesti berani? Yalah, korang pun sedia maklumkan yang video-video peserta uji bakat nie akan ditayangkan secara online. So,  beribu-ribu pengunjung you tube dalam sehari. Dan ada comments yang kekadang kita sendiri baca pun sakit hati. Tuh larh aku katakan mereka nie Berani.


Buat masa nie, terdapat 50 lebih video uji bakat yang telah di upload oleh peserta uji bakat online. Dan antara 50 tuh, [sebenarnya tak sempat tengok 50 lebih video sekali gus], nie 5 video yang aku pilih secara rawak yang aku rasa best. Jom layan...

Amira Nasyrah, suara best! Amira Nasyrah pernah muncul dalam realiti TV Oa La La TV9 dan menang tempat ke-3. 


Aniff Alli, suara serak-serak wei. Sedap...hehe


Muhammad Aisar, Suara boleh lagi diperbaiki [ceh wah aku nie..hihi], aku suka lagu yang dia nyanyi nie. my favorite song!


Muhammad Wazini, suara ala-ala Jamal. Betul ke suara dia nie? Kalau betul, aku rasa dia ada peluang kot. ^_^


Zaki Zainal, wah berani giler dia nie. Suara pun sedap. Dahsyat!


Korang nak tengok video peserta lain tak? Ha, jom Klik Sini.

Saturday, January 22, 2011

Letak Iklan Nuffang disetiap Post

0 Komen Terbaik
Eee, aku ni banyak sangat habiskan masa dengan edit template blog aku nie. Asal jer buat Blog Walking then nampak blog orang yang color-color dan cun-cun belaka, nak juga buat. Tuh tandanya jeles larh tuh. Hehe... Tapi apa-apa pun, aku kena biasakan pakai template color putih macam nie. Senang cerita. Senang edit. Tak payah aku susah-susah nak cari dan download template yang cun-cun tuh, buat susah aku jer... Susah? Yelah, asal jer aku tukar template, iklan Nuffang aku pun hilang juga. Asal tukar template jer, iklan Nuffang takde. Asal jer iklan Nuffnag takde, template pun tertukar. Hehe...tak auto gitu. Terpaksa buka balik semua tutorial untuk pasang iklan Nuff balik...
Di sini aku nak kongsi macamana nak letak iklan Nuffnang disetiap post. Aku kongsi nie bukan apa, supaya esok lusa kalau aku tukar template lagi...tak payah aku susah-susah buka tutorial untuk pasang iklan Nuffnang nie, so, anytime aku boleh refer kat entry aku nie jer,... hehe...

Step 1: Pergi Dashboard > Edit HTML > Tick kotak Expand Widget
Step 2 : Tekan Ctrl + F dan copy paste nie <data:post.body/>
Then, paste kan kod nuffnang [Saiz Large Rectangle] korang kat bawah . Contoh macam kat bawah:


<data:post.body/>

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript"> 
nuffnang_bid = "48ab1d5ceb33eee70b51f2556486296a";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->


Gantikan kod nuffnang dengan kod nuffnang korang.[kod nuffnang - Large rectangle]



Ustaz Amirul

0 Komen Terbaik
Hurm, macam busy betul aku dua tiga hari nie. Entah apa jer yang aku busy kan tuh.hehe... Ohya, semalam...sambil-sambil tunggu Jam 9 mlm, gara-gara nak tengok cerita hindi kat channel B4U 133 tuh, sebelum tuh aku tengok berita larh. Memamg biasalah jari nie asyik gatal tekan remote jer. Info kat TV3...Ustaz Amirul? Hurm, dalam hati aku..."takde cerita lain ker"...wah...cez baca info dia pun macam tak best jer...

Ustaz Amirul - Ashraf Muslim

Then, sebelum cerita hindi tuh main, aku move pergi Tv3 balik. Wahh, boleh-boleh aku melekat juga time tengok drama nie. Hehe...tadi kutuk..khikhikhi... Best larh drama Ustaz Amirul nie... entah kenapa aku boleh melekat satu jam tengok drama nie. Tapi aku suka. Tak sabar nak tengok next episod. Hehe. Korang tengoklah...best cite nie... terbaik...  Aku nak kongsi sedikit sinopsis tentang drama Ustaz Amirul nie:-

"Ustaz Amirul pulang ke kampung halaman setelah 13 tahun berada di Mesir, mendapat Sarjana Mahasiswa cemerlang, mengajar di sana dan kini kembali ke kampung halaman dengan tujuannya mencari kembali janjinya pada Adawiya iaitu cinta pertamanya semasa bersekolah lagi. Tetapi ibunya pula menuntut janjinya iaitu jika Ustaz Amirul berusia 30 tahun dan masih belum berpunya, maka jodohnya akan ditemtukan oleh ibunya. Berita kepulangannya menjadi bualan sekampung, ada yang suka, teruja mahu bertemu dan ada juga yang tidak senang dengan pujian melambung pada Ustaz Amirul. Semuanya perlu ditangani dengan tenang oleh Ustaz Amirul, terutamanya apabila dia berjumpa dengan ibu Adawiya iaitu Salmah yang masih membencinya..."

Menurut pengarah drama Ustaz Amirul nie [Ahmad Idham], drama nie merungkai tentang kisah hidup seorang ustaz yang tidak dapat lari dari nafsu dan perasaan sebagai seorang manusia biasa. Kisah cinta seorang ustaz yang dilemma kerana mencintai dua orang wanita. Drama nie membawa kita menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri sendiri.

Bagi aku, kalau drama-drama macam nie larh kan, seeloknya untuk pelakon wanita, carilah yang betul-betul berhijab. Aku Pasti best! So,  Jangan lupa tengok. ok? *_*

Friday, January 21, 2011

Anak-anak Sidek [Komik]

0 Komen Terbaik

Larh, tetiba aku rindu pula nak tengok kartun "Anak-anak Sidek" nie... Dulu, waktu sekolah rendah aku selalu beli buku komik nie. Tapi sekarang, entah mana dah buku komik tuh, satu pun tak nampak. Tetiba rasa menyesal pula, yalah cez langsung tak pandai jaga buku. Ingat buku tuh murah-murah ke? Kalau tak silap buku tuh harga dia dekat RM10 sebuah. Dulu-dulu RM10 tuh kira mahal larh. Sekarang RM10 nie macam sepuluh sen jer. Maklum larh taraf hidup dah meningkat dan mata wang negara pun dah naik dari tahun-tahun sebelumnya. Tengok jer zaman-zaman dahulu [bukan zaman Hang Tuah ok], zaman 60an & 70-an... secawan kopi kat warung baru 10sen. Sekarang? Mana ada 10sen wei... Hehe...


Tapi, apa-apa pun "Anak-anak Sidek" cartoon yang paling best. Pihak Penerbit kartun nie tak nak buat republish ke? Tolonglah buat...suka sangatlah cerita nie. Anak-anak Sidek merupakan salah satu sejarah di Malaysia di mana kelima-lima adik-beradik nie pernah mengharumkan nama negara ketika Piala Thomas 16 Mei 1992. Aku rasa kalau kartun nie ditayangkan semula sejajar dengan perkembangan IT masa kini tentu boleh menarik ramai peminat terutamanya dikalangan kanak-kanak dan mereka-mereka yang mencintai sukan badminton. Tengok Upin Ipin, kartun yang berlatarbelakangkan suasana kampung kini diminati ramai bukan saja di negara kita malahan negara jiran pun ada disiarkan. So, apa lagi? Hope lepas nie ada berita gembira larh tentang perkembagan komik anak-anak sidek nie erk... Love anak-anak sidek... (^_^)


Thursday, January 20, 2011

Sinetron Bukan Diriku

0 Komen Terbaik
Pelakon wanitanya ialah favorite aku iaitu Ririn Dwi Aryanti sebagai Alya

Wah, kelambatan betul entry aku nie tentang Sinetron yang sedang ditayangkan di Astro Ria yang menggantikan Sinetron Cinta Kirana baru-baru nie... Takpe, walau macamana pun aku still nak kongsi -,- Korang tengok tak? Hurm...best juga sinetron nie...jom layan sinopsis cerita nie...

Ryo dn Ayla, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah company advertising. Ryo seorang yang workaholic, dia susah sangat  menunjukkan perasaannya, bahkan kepada Ayla sekalipun. Kaerana sifatnya inilah, Ayla, tidak pernah tahu,bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Ayla selalu menganggap yang Ryo tidak begitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Ayla. Ryo bahkan kerap kali,melupakan janjinya dengan Ayla. Oleh kerana kesal dengan sikap Ryo, Ayla memutuskan Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Ayla. Ia berusaha berbaik semula dengan Ayla. Ketika Ayla ingin menyeberang jalan, sebuah kereta muncul dan hampir melanggar Ayla. Ryo berlari mendorong Ayla. Ayla selamat, namun Ryo yang mati.

Tapi cerita tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintai Ayla dan tidak ingin meninggalkannya. Ryo akhirnya masuk ke dalam jiwa Ariel, orang yang sudah melanggarnya dan menyebabkan dia mati. Ariel orang yang rela melakukan apa saja, untuk kepentingannya. Ariel merupakan anak pemilik perusahaan tempat Ryo bekerja.

Ryo yang sudah berada dalan jiwa  Ariel berusaha mendekati Ayla,tapi Ayla terus menolak kehadirannya karena Ayla sangat membenci Ariel. Kalau tengok cerita nie, korang pastikan akan terbayang filem Love is Cinta, sama jer konsepnya...

Bagaimana cerita selanjutnya? Adakah Ryo yang sudah menjadi Ariel, boleh merebut hati Ayla? Bagaimana dengan semua masalah Ariel yang harus diselesaikan oleh Ryo. Apakah, Ryo akan memberitahu Ayla,siapa sebenarnya dia?

Misteri kematian akan didedah

0 Komen Terbaik
Swee Len yang ditemui mati di Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu.
-Credit to Kosmo! Online-
Mayat pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 35, yang ditemui mati di Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu selamat tiba di rumahnya di Taman Oakland, Seremban 2 semalam.
Mayat Swee Len tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum dibawa ke kediamannya pada pukul 1.45 petang.
Mengikut jadual awal, suami mangsa, Cheng Ying Chet, 39, dan mayat mendiang isterinya sepatutnya tiba Jumaat ini namun, dia pulang awal dari Belanda kerana semua proses dokumen kematian Swee Len dapat diselesaikan lebih cepat.
Suami mangsa merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Kementerian Luar, MAS, pihak kedutaan dan Wisma Putra yang membantu menguruskan proses membawa pulang mayat isterinya.
Kini, misteri kematian Swee Len akan didedah dan sedang disiasat...

Hibur penumpang dengan gaya Popeye

0 Komen Terbaik
SALAH satu aksi watak Popeye yang ditunjukkan oleh William Chavarriaga di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia kelmarin.
-credit to Kosmo! Online-

Seorang pekerja pembersihan di Bogota, William Chavarriaga meraikan ulang tahun yang ke-30 menghiburkan penumpang lapangan terbang dan rakan-rakannya dengan membuat mimik muka dan lagak seperti watak kartun popular, Popeye.
Chavarriaga menghiburkan penumpang-penumpang dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia.
Menurutnya, dia akan terus menghiburkan para penumpang dan orang ramai kerana suka dengan perhatian yang diberikan kepadanya.
Chavarriaga yang berumur 49 tahun akan menghisap paip dan menunjukkan penumbuknya selain memiliki tubuhnya yang sasa. 

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet

0 Komen Terbaik
KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.
Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.
Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi
Persoalan;
- Adakah ini benar? Yelah, kalau kat internet nie macam-macam ada, tapi bukan semuanya 100% benar. Dan pula, orang yg mengkajinya tuh [org -org Perpustakaan John Rylands] islam ke dia? Mudah-mudahan kajian dorang ke atas kitab suci Al-Quran itu akan membukakan mata dan hati mereka tentang keindahan islam.
Kredit to Kosmo! Online...

Tuesday, January 18, 2011

Penantian Ku Sia-sia...

2 Komen Terbaik
Tengok tajuk entri nie, penuh dengan kata-kata Kecewa! Kecewa? Ya, itu larh yang aku rasa sekarang!!! Hampir 2 bulan lebih aku tunggu, dan last-last kecewa juga akhirnya. Kecewa kenapa? Hurm, awal bulan Nov tahun lalu aku ada pergi interview KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), dan aku sangat yakin aku boleh dapat jawatan S27 tuh. Kenapa aku boleh yakin? Hehe, cez parents aku ada link kat KEMAS tuh. Tapi, hari nie keputusan dia, iaitu dapat atau tidak. 2 orang kawan aku (kenal time interview hari tuh) dapat KEMAS tuh. Hurm, apa lah...KERAS betul rezeki aku nie. Aku pun tak tahu mahu kata apa lagi...kerana disaat nie aku lagi kecewa. Tapi, macam biasalah...kecewa macamana pun...aku susah mahu menangis. Mungkin hati aku nie sama Keras dengan Rezeki aku yang tak kunjung tiba. 

Aku tak menangis. Cuma rasa down sikit. Aku mula mencari kelemahan org lain yang mana senang-senang jer dapat kerja. Aku mula mempertikaikan amalan org lain yang tak seberapa yang mana orang tersebut juga senang-senang dapat kerja. Sekali lagi aku merasakan yang hidup nie tak bermakna lagii... Putus Asa? Ya, itulah aku sekarang...orang yang putus asa... iman ku yang setebal sehelai rambut kini makin rapuh dan rapuh. Nie ka dugaan ku? Nie ka cubaan bagi ku? Ya Allah, bimbinglah Hamba MU ini Ya Allah...jangan biarkan Syaitan menguasi aku disaat aku lemah ketika ini...

Dengar tak lagu nie? sayu kan? sesayu hati aku saat nie...=(


Contest Blog Paling Comel Cik Beela

2 Komen Terbaik
Oppsss, mesti korang ketawa gelak kan cez aku Join contest Cik Beela nie, kan? Ye larh...tengok jer tajuk entri nie "Contest Blog Paling Comel"...dan aku harus terima hakikat yang blog aku nie bukan dalam kategori blog yang comel pun. Tengoklah blog aku nie kesian, black & white gitu...pun begitu, aku masih juga nak join contest Cik Beela kita nie. Kenapa? Haa, sebab aku nak support kawan aku nie (blogger juga-dan blogger yg telah tag aku untuk join contest nie) iaitu Cik Eyka. So, siapa-siapa rasa yang blog dia Comel tuh, jom ramai-ramai join contest Cik Beela nie, kita meriahkan lagi contest nie sebagai sahabat blogger gitu. Dan siapa-siapa yang dah kena tag oleh Cik Eyka untuk join contest nie, aku harap korang pun join larh sama juga k? Mungkin blog korang tak juga comel, tapi marilah kita bagi support kepada Cik Eyka dan harap-harap cik eyka akan menjadi calon pemenang contest nie...hehe... Amin (^_^)


-Nie dia Blog Cik Beela, Jom Join -,-

Syarat-syarat untuk Join Contest Cik Beela nie:-

Mestilah Warga Negara Malaysia

Semua Jantina Diterima

Mesti ada blog! Takde Blog...akan ditolak!

Kena Follow blog cik beela, kalau tak nak follow takpe! Takde Paksaan...

Tag 4 org rakan anda, yang anda yakin boleh join sama


Tarikh Tutup: 5 Feb 2011, itupun melebehi 100 orang Penyertaan...

HADIAH? DUIT MENANTI ANDA!!!

So, dekat sini...secara rasminya aku nak tag 4 org sahabat blogger iaitu:





Monday, January 17, 2011

Lirik Tuhan Berikan Aku Cinta

0 Komen Terbaik
Lagu Tuhan Berikan Aku Cinta merupakan lagu dalam TeleFilem "La Iqra Ha Fiddin"... Best!

Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Aku yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di samping hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-MU
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-MU
Tuhan beri aku cinta

La Iqra Ha Fiddin

0 Komen Terbaik
Korang ada tengok cerita nie ke semalam kat Astro Prima [105], Jam 10 Malam. Terharu aku tengok cerita nie weii...memang mengalir juga larh air mata aku semalam. Memang menyentuh Jiwa & Perasaan & banyak mesej yang ingin disampaikan dalam cerita nie...
La Iqra Ha Fiddin [Tiada Paksaan Dalam Islam], begitu indahnya tajuk cerita nie begitu sayu lah juga jalan ceritanya. Mengisahkan tentang seorang doktor yang baru berpindah ke sebuah kampung iaitu Dr.Edward (Zack X-Faktor), yang mana sedang mencari ketenangan yang belum lagi ditemuinya. Dr.Edward jatuh cinta dengan Islam dan juga jatuh cinta kepada anak tok imam kampung tersebut iaitu Norlia (Sharifah Amani). Norlia merupakan pelajar keluaran Al-Azhar dan merupakan bekas tunang kepada samiri .

Norlia dan Samiri mempunyai pandangan yang berbeza dalam memperjuangkan agama Islam. Samiri juga meruapkan seorang pemuda yang agak terpesong dan salah dalam memperjuangakan Islam. Norlia juga mencintai Dr.Edward, tetapi Norlia menafikan perasaan cintanya itu kerana dia sedang mengidapi barah hati yang kronik dan akan mati. Norlia tidak mahu Dr.Edward kecewa lalu menolak cinta Dr.Edward. Cinta Dr.Edward tidak kesampaian apabila dia dibunuh oleh Samiri.


Dr.Edward sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dan dia memilih "Daud" sebagai nama Islamnya. Sebelum pemergian "Daud" atau pun Dr.Edward, dia sempat mewasiatkan 3 perkara kepada Sister Susan iaitu :

1. Mendermakan Matanya kepada Doraisamy
2. Mendermakan Buah Pinggangnya kepada Madam Wong
3. Mendermakan Hatinya kepada Norlia.

P/s: Mulianya orang yang bersifat seperti Dr.Edward nie kan? 

Rahsia Memotong Kuku

0 Komen Terbaik


Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya Ubat dan masuk kepadanya Penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya Kekayaan dan masuk kepadanya Kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya Gila dan Masuknya Sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya Sihat dan Masuknya Penyakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya Was-Was dan masuk kepadanya Kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya Gila dan masuk kepadanya sembuh dari Penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar daripadanya Dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan ibunya dan masuk kepadanya Rahmat daripada ALLAH S.W.T...

Oleh itu, jom kawan-kawan semua...kita potong Kuku pada setiap hari Isnin & Khamis. Dan lagi Afdal sekiranya kita memotong pada hari Jumaat. (^_^)

Korean Series - Love Story in Harvard

0 Komen Terbaik
Korang pernah tengok tak cerita nie? Aku tadi ada baca News Online kat Utusan tentang "Muzik Korea" mahu pun drama bersiri kini telah menjadi selera muzik remaja tempatan. Betul ke? Tepuk dada tanyalah selera...hehe... Memang betul pun... Best apa cerita-cerita & muzik Korea nie, Kan?  Bukan saja muzik & drama Korea yang menjadi kegilaan ramai...bahkan artis Korea yang handsome dan cantik serta halus mulus wajah mereka tuh larh yang menjadi salah faktor kenapa muzik & drama Korea senang diterima ramai oleh remaja tempatan, tak gitu? hehehe... Alang-alang bercerita pasal Korea, nie aku nak kongsi salah satu Korean drama yang best yang W.A.J.I.B korang tengok? Wajib? wah, terlebih sudah... (tagline stacy...hehe)


Drama nie memang besst weeii... 

Drama nie mengisahkan tentang kehidupan 3 orang pelajar dari Korea yang menuntut di University yang sama iaitu di Harvard University. Kim Hyun Woo ( Kim Rae Won) dan Alex Hong (Lee Jiong-jin) menuntut dalam bidang yang sama iaitu Undang-undang. Kim Hyun Woo & Alex Hong sama-sama menyukai seorang penuntut wanita tahun ketiga dalam bidang perubatan iaitu Lee Soo (Kim Tae Hee). 


Kim Hyun Woo seawal perjalanannya sebagai penuntut baru di Harvard University sangat kesian. Kesian kerana apa? Kesian kerana Profesor John.H Keynes (Profesor undang2 yang tegas) selalu mengabaikan dia ketika dalam kelas. Namun Hyun Woo tetap tekun dan akhirnya mendapat "Penghormatan" dari Profesor John.H Keynes serta classmate nya. Hyun Woo & Alex sentiasa bersaing dalam kelas dan persaingan semakin sengit apabila mereka berdua menyukai orang yang sama.

Hurm...sambungannya? Korang tengoklah cerita nie sendiri... Memang Best! Bagi yang dah tengok, apa pendapat korang tentang cerita nie? Best kan...? Hehehe...


Irwansahah akhiri zaman remajanya

0 Komen Terbaik
Wahh, betul ke tajuk aku nie? Akhiri zaman remaja? ke akhiri zaman muda? mana satu betul erk? Hehe... Kalau silap, minta diperbetulkan larh ye? 

Irwanshah, 25,  yang sebelum nie memang terkenal dengan lagu "Pencinta Wanita" dan juga filemnya yang famous dikalangan anak remaja beberapa tahun yang lalu iaitu "My Heart" & "Love is Cinta", kini telah berkahwin dengan seorang artis juga iaitu Zaskia Sungkar, 21, semalam. Menurut Jawa Pos, Irwanshah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta.

Gambar yang disiarkan akbar Jawa Pos semalam menunjukkan tangan Irwanshah dicium isterinya, Zaskia.
-Gambar kredit to Kosmo-

Saturday, January 15, 2011

Rahsia Hari Lahir Wanita

2 Komen Terbaik


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan kepercayaan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini merupakan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita (Kita) dalam seminggu hari kelahiran Kita mereka. Jom tengok sifat-sifat korang di sini:-


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikatkepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
p/s: Jangan percaya...nie semua hanya ramalan Tajul Muluk saje, ok? Peace...


Related Posts with Thumbnails