TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Susu Sekolah Mat Pintar...

0 Komen Terbaik

Yeah yeah, sekian lama meninggalkan alam persekolahan ,sekian tuh juga larh tak pernah lagi dapat susu sekolah. Korang tahu kan susu sekolah tuh? Ala, yang sentiasa menjadi rebutan waktu sekolah dulu. Aku masih ingat lagi waktu aku darjah enam, time ketua kelas agih-agihkan susu sekolah boleh-bolehnya dia dan konco-konconya dapat lebih! Tak aci! Mentang-mentang ketua kelas, so dapat lebih larh? Kalau aku ingat-ingat, time aku sekolah dulu, ada yang sanggup mencuri dan membuka kotak susu sekolah tuh tanpa kebenaran guru. [bukan aku ok...hihi] Tengok...penangan susu sekolah waktu tuh. Hehe...al maklum larh, Free. Sedap pula tuh...hihi

Dan gara-gara susu sekolah jugalah, dulu waktu darjah enam seorang kawan aku yang berbangsa cina [lelaki] nak tumbuk aku. Khikhikhi, memang salah aku juga larh. Tapi nasib dia tak jadi mengamuk bila aku explain cerita sebenar. Ceritanya macam nie, time tuh dah habis exam UPSR. Syok-syok bergosip dengan kawan-kawan perempuan yang lain, tetiba aku kena lempar susu putih yang basi! yerk! Habis bau baju sekolah aku! Apa lagi, aku pon naik panas larh juga. Aku pungut kotak susu sekolah yang masih bersisa tuh, aku lempar kat budak lelaki yang lempar aku tadi. Tapi...oppss! Bukan budak tuh yang terkena! Ngam-ngam ada budak lelaki cina yang kebetulan bangun dari tempat duduknya. Hurm, nasib dia faham dan nak maafkan aku. Kalau tak...biru larh aku waktu tuh. Kejadian tuh berlaku mentang-mentang dah merdeka. So, budak lelaki kelas aku pon main lempar-lempar susu. Macam takde benda lain nak main. Last-last aku jadi mangsa...

Kelmarin, anak buah aku, Aleeya...dia bagi aku susu sekolah yang dia dapat di sekolah. Dia bawa pulang 8 kotak susu. Uii, boleh tahan banyaknya. Dulu-dulu, minimum pon boleh dapat dua. Tapi tak pelah, janji aku dapat susu sekolah lagi. Simpan dalam Ice box, sejuk lagi sedap diminum...ahaks!

Tuesday, February 22, 2011

SM Sung Siew Tercatat Lagi Dalam Sejarah STPM

0 Komen Terbaik

Semalam, SM Sung Siew mencatat sejarah lagi dalam STPM di mana sekolah nie dikategorikan dalam 12 buah sekolah di Sabah yang mencatat 100% kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2010. 

Menurut Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin, pelajar cemerlang STPM 2010 telah dianugerahkan kepada Syivero Patrick dari SM Kota Merudu yang memperolehi empat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan dan Sejarah B+. Herannya, macamana boleh dianugerahkan pelajar cemerlang sedangkan ada ramai lagi pelajar STPM yang dapat lima A. Ada sesiapa yang tahu? Hihi...maklumlah aku tak ambil STPM aku direct jer dulu... Apa-apa pun, Tahniah buat mereka semua yang cemerlang. Sesungguhnya kecemerlangan itu hanya layak untuk orang yang layak...

Aku bukan apa. Memang aku tak pernah ambil STPM pon. Yang aku kisah sekarang ialah tentang sekolah SM Sung Siew nie ha.Hihi...x-sekolah aku tuh. Maklum larh, dari tadika lagi aku memang sekolah kat Sung Siew nie. Tadika Sung Siew, Sekolah Rendah Sung Siew dan Sekolah Menegah Sung Siew.

Tahniah juga buat 11 buah sekolah yang lain iaitu SMK Agama Limauan, Kimanis, Papar ; SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu; SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu; SMK Keningau II, Keningau; SMK Kunak Jaya, Kunak; SM Ken Hwa, Keningau; SM St.Patrick, Tawau; SMJK Tiong Hua, Sandakan; SM La Salle, Kota Kinabalu dan SMK Jambatan Putih, Tawau.
Related Posts with Thumbnails