Semalam, SM Sung Siew mencatat sejarah lagi dalam STPM di mana sekolah nie dikategorikan dalam 12 buah sekolah di Sabah yang mencatat 100% kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2010.
Menurut Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin, pelajar cemerlang STPM 2010 telah dianugerahkan kepada Syivero Patrick dari SM Kota Merudu yang memperolehi empat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan dan Sejarah B+. Herannya, macamana boleh dianugerahkan pelajar cemerlang sedangkan ada ramai lagi pelajar STPM yang dapat lima A. Ada sesiapa yang tahu? Hihi...maklumlah aku tak ambil STPM aku direct jer dulu... Apa-apa pun, Tahniah buat mereka semua yang cemerlang. Sesungguhnya kecemerlangan itu hanya layak untuk orang yang layak...
Aku bukan apa. Memang aku tak pernah ambil STPM pon. Yang aku kisah sekarang ialah tentang sekolah SM Sung Siew nie ha.Hihi...x-sekolah aku tuh. Maklum larh, dari tadika lagi aku memang sekolah kat Sung Siew nie. Tadika Sung Siew, Sekolah Rendah Sung Siew dan Sekolah Menegah Sung Siew.
Tahniah juga buat 11 buah sekolah yang lain iaitu SMK Agama Limauan, Kimanis, Papar ; SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu; SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu; SMK Keningau II, Keningau; SMK Kunak Jaya, Kunak; SM Ken Hwa, Keningau; SM St.Patrick, Tawau; SMJK Tiong Hua, Sandakan; SM La Salle, Kota Kinabalu dan SMK Jambatan Putih, Tawau.
0 Komen Terbaik:
Post a Comment