TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, March 11, 2011

Artis melawak pasal Tsunami di Jepun

2 Komen Terbaik
Betul ke nie? Ada juga artis yang boleh melawak time orang ramai tengah ketakutan gara-gara Tsunami yang berlaku di Jepun petang tadi. Biar pun Tsunami yang melanda di Jepun, tapi ketakutan jelas terasa oleh semua orang termasuklah family aku yang berada di KL. Dan kami yang berada di Sabah nie pon tengah takut dan tengah berjaga-jaga cez amaran tsunami telah dikeluarkan di mana kemungkinan Sabah juga turut mendapat tempiasnya. Palis-palis. Semoga ALLAH melindungi kami semua rakyat Sabah di sini. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku. Doakan kami di sini ya... AMIN.

Oh ya, berbalik kepada tajuk entry tadi...tak sangka ada artis yang boleh melawak dengan bencana alam yang paling dahsyat ketika nie. Siapa artis tuh? Hurm, menurut sumber yang aku baca di Mediamalaya.com, artis yang dimaksudkan ialah Fizz Fairuz. Kata-kata lawaknya tuh boleh dilihat menerusi tweetnya di twitter. Betul ke itu Fizz Fairuz? Original Fizz Fairuz ke tuh?



-Gambar credit to Mediamalaya.com-

11/3/2011 - Jepun dilanda Tsunami

0 Komen Terbaik
Salam semua. Aku tahu korang semua dah tahu kan Jepun dilanda Tsunami kira-kira jam 2PM waktu tempatan-11/03/2011.  MasyaAllah!!! Tengok kat Channel Awani tadi meremang aku melihatnya. Teruk! Memang teruk. Kuasa ALLAH. Menurut berita, gempa yang pertama berlaku di China. Kemudian gempa tersebut beralih ke Jepun dan seterusnya terjadinya Tsunami. Gempa bumi yang berukuran 8.8 Skala Richter itu telah menggegarkan pantai timur Honsu, Jepun dan seterusnya mengakibatkan Tsunami setinggi 10 meter.




note: Ekoran daripada Tsunami yang berlaku di Jepun nie, AMARAN TSUNAMI juga telah dikeluarkan di 53 buah Negara antaranya New Zealand, Filipina, Indonesia, Hawai dan banyak lagi.

note: Untuk orang Sabah, get ready dengan kemungkinan OK? Sila alert dengan berita semasa. Kerana waktu aku menulis entry nie, keadaan laut sangat bergelora. Angin kuat. Tapi tak hujan. Sebab itu aku tak dapat nak buat blogwalking dua tiga hari kerana cuaca.

p/s: Semoga ALLAH memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun. Dan juga melindungi  Malaysia daripada segala bencana alam. Sama-samalah kita berdoa. AMIN.

Anak Yang Tabah Menjaga Ibu Bapanya

2 Komen Terbaik
Salam semua. Hari nie merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Apa yang baik itu dan apa yang hendak dilakukan itu semoleknya dibuat pada hari Jumaat kerana hari Jumaat banyak kelebihannya berbanding hari yang lain. Hari nie aku nak share dekat semua tentang satu kisah dahulu kala. Mungkin ramai yang tahu, namun demikian, marilah kita hayati kisah ini semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Amin...
NABI MUSA adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. Nabi Musa sering bertanya dan ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH. "Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?".

ALLAH pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk diruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini", kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi jantan itu juga diperlakukannya sama seperti yang dia lakukan dengan babi betina tadi.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. " Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis menagapa kamu memelihara babi? Kita tidak boleh berbuat begitu", kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba. Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku", kata pemuda itu.

"Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka mejadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi", sambuh pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga ALLAH turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".

ALLAH juga berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di makam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam Syurga".

p/s: MasyaAllah, bagaimana kalau kita diposisi pemuda tadi? Sanggup kah kita? Wallaahualam. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang soleh dan solehah yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya. AMIN.

Tuesday, March 8, 2011

Tempat Ketiga - Contest Facebook Aizuddin.com

6 Komen Terbaik
Salam semua. Hari nie aku nak cerita kat korang semua yang aku Menang lagi dalam satu contest yang aku ikut hari tuh! Contest yang pertama yang aku join selama aku bergelar seorang blogger tahun nie. Hebat tak [uiks, angkat bakul sendiri larh pula...hihi]. Contest tuh anjuran Aizuddin sempena meraihkan setahun blog beliau. [hurm, perkataan beliau nie kekadang rasa macam melambangkan orang tuh tua sikit, kan? Ok larh tuh sikit, tak banyak pon...hihi]

Aku dapat tahu mengenai contest yang dibuat oleh Aizuddin nie kat twitter. Ada satu kawan yang tweet pasal dia join contest nie. Aku yang time tuh blur dan tak tahu apa-apa pasal contest-contest yang dianjurkan oleh blogger akhirnya memberanikan diri untuk join sama. Semangat kuat nak join time tuh bila aku tengok hadiah yang menanti pemenang ialah domain dan hosting percuma selama setahun. Wow! Best giler hadiah tuh...

Aku pon join larh, siap promote kat facebook. Hurm boleh dikira berapa orang saja yang tolong aku menang untuk "LIKE" gambar contest kat FB under account FB aku. Kalau harap ceput tuh memang aku tak akan tersenarai top 6. Tapi berkat pertolongan Nik, adik aku dan kakak aku yang tolong promote kan kat FB dorang. Dan finally, pengumuman telah dibuat pada 2 March yang lalu kat blog aizuddin dan juga page FB aizuddin [dot] com di mana aku dapat tempat KE-3 dengan point terkumpul sebanyak 90. (aku lambat tahu yang aku dapat tempat ke-3.hihi ) ALHAMDULILLAH, Syukur...hihi.. Anyway, thanks kepada mereka yang dah terlibat dalam kemenangan aku kali nie... Luv you all...



Hadiah tempat ketiga - Hosting Deluxe (RM55) + Domain [weirdobytes]

note: Nie merupakan rezeki yang ketiga aku sepanjang bulan Mac nie. Alhamdulillah...syukur...

(^_^)

Monday, March 7, 2011

Perbualan Antara RASULULLAH S.A.W dengan Iblis

7 Komen Terbaik

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. 

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." 

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" 
Iblis menjawab, "Lima belas." 

1. Engkau sendiri hai Muhammad. 
2. Imam dan pemimpin yang adil. 
3. Orang kaya yang merendah diri. 
4. Pedagang yang jujur dan amanah. 
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya. 
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" 
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :- 

1. Hakim yang tidak adil. 
2. Orang kaya yang sombong. 
3. Pedagang yang khianat. 
4. Orang pemabuk/peminum arak. 
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 
6. Pemilik harta riba'. 
7. Pemakan harta anak yatim. 
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." 

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Sunday, March 6, 2011

Special Award untuk follower ke-500...

7 Komen Terbaik
Wah, bestnye. Genap seminggu [26/02 - 06/03], follower blog nie bertambah lagi dari 400 ke 500 [ceh, heboh larh aku nie. orang lain lagi banyak tau.! huhu]. Tak sangka, dalam seminggu boleh up 100 follower gitu. Thanx kepada korang semua yang sudi follow blog aku nie ok. Sebagai penghargaan, bagi korang yang dah follow blog nie...sila larh sudikan diri terima award dari aku kat sini.

Seperti biasa, aku akan buat satu entry khas sebagai penghargaan kepada follower aku yang bertuah tuh. Tak lain tak bukan, entry nie khas kali nie untuk meraihkan follower yang ke-500!!! Siapa ka dia? Jom terjah....

Oleh itu, dengan rasminya Follower ke-500 itu disandang oleh Cik Najwa Kornain. Jom terjah blog Cik Najwa nie. Tahniah!!! Syukran cez sudi blog yang tak seberapa nie...hihi.

-Harap Cik Najwa sudi larh yer terima award nie dan simpan kat blog Cik Najwa sebagai kenang-kenangan. Hihihi.

Ohya, semalam aku dapat award dari Cik Putri Syafika. Iaitu award sempena meraihkan 200 follower blog dia. Thanx Cik Putri Syafika...susah-susah jer .hihi...

Saturday, March 5, 2011

Aku JUARA Mak Dara 1st GA - Tajuk Drama

9 Komen Terbaik
Salam semua. Harap semuanya sihat ye. Ha, nampak tak tajuk entry aku nie? Juara? Ya!!! Aku diumumkan sebagai J.U.A.R.A Mak Dara 1st GA....hehe. Tak sangka! Memang aku tak sangka. Yelah, korang bayangkanlah bukan sikit yang join GA Mak Dara nie. Sebanyak 126 blogger yang join dengan 126 tajuk drama yang best-best.

Aku dah kata sebelum nie, aku join contest, segmen dan GA sana sini yang dibuat oleh kawan-kawan blogger semata-mata hanya untuk suka-suka jer. Dan sekalian nak memeriahkan lagi contest/segmen/GA tuh. Tak terpikir nak menang. Kalau menang pon apa salahnya kan. Tuh larh namanya rezeki...hihi. Kelmarin, rezeki pertama untuk bulan Mac nie iaitu aku dapat BE yang pertama dari uncle nuff. Dan rupa-rupanya kelmarin juga [hari jumaat], Mak Dara umumkan empat pemenang untuk Mak Dara 1st GA.

Aku tak expect larh boleh menang untuk GA Mak Dara nie. Dan aku langsung tak tahu pon Mak Dara buat 3 peringkat untuk memilih para pemenang. [Ha, ketara larh aku jarang-jarang blogwalking kat blog Mak Dara nie, hehehe...ampunkan kami penunggu gua :D]. Tak nak cerita panjang. Jom tengok kat bawah di mana aku berjaya melepasi dua saringan sebelum diumumkan sebagai pemenang pertama Mak Dara 1st GA nie.

- Tercalon Top 20 daripada 126 penyertaan...-

- Top 10-

-Finally, diumumkan sebagai Pemenang pertama.-

Hepynye aku. Hihi...kalau korang ada kat sini, korang akan nampaklah betapa lebarnya senyuman aku dikala taip entry nie.Hehe. Kemenangan nie merupakan kemenangan kali pertama selama aku join contest/segmen/GA start 1.1.2011. Hehe (^_^).

Hepy blogging semua. Dan join larh apa-apa contest/segmen/GA sekiranya korang dah kena tag. Dan thanks juga kat Mak Dara cez jadikan saya pemenang pertama. Syukran... Dan thanks to ALLAH kerana dengan Izin NYA aku menang...

"Tersingkap Purdah Cinta..."

Tutorial "Komen Entry dengan pop-up window + button reply"

7 Komen Terbaik
Salam semua. Aku tahu korang semua dan juga termasuk aku sekali suka sangat nak komen entry orang lain kan? Yelah, komen tuh bukan apa, bagi aku komen tuh sekadar pandangan orang lain terhadap entry kita. Dan bagi aku, tanpa komen takde makna larh entry kita tuh. Ertinye komen nie merupakan salah satu semangat untuk kita terus berblog dan menghasilkan entry yang best. Betul tak?

Aku yakin, korang semua pernah mengomen entry orang kan? Apa perasaan korang time nak mengomen tuh, korang tekan jer button "post a comment" terpaksa kena tunggu page tuh load semula. Kena-kena lagi kalau tenet slow time tuh, memang terpaksa menunggu lama untuk kotak komen tuh keluar. Tapi bila tenet slow giler, kotak komen tuh tak terus keluar dan rasa kuat nak mengomen pon hilang. Terus takde selera nak komen... Alu selalu mengalami situasi macam nie cez line tenet selalu slow giler.

So, saran aku...jom buat pop-up window untuk ruang comment blog korang. [kalau yang dah buat, ok larh.] Nanti senanglah nak komen-komen lepas nie. tengok tutorial kat bawah...

Macam biasa, pergi Dashboard > Setting > Comments

1. Copy Blog ID korang seperti gambar di atas. Tiap-tiap blog mempunyai Blog ID yang berbeza.ok. Buka notepad korang, copy Blog ID tuh then paste kat notepad tadi.

2. Masih ditempat tadi iaitu Setting > Comments. Kemudian scroll ke bawah dan korang akan nampak "comment form placement". Tick pada bahagian "Embedded below post" ok. Save Setting.

3. Pergi Design > Edit HTML > Download full template [sebagai langkah berjaga-jaga, mana tahu ada error ke apa ke, ok]. > tick "Expand widgets templates".

4.  Cari code di bawah dengan menggunakan Ctrl + F


<data:commentPostedByMsg/>

5. Copy then paste code di bawah nie kat notepad tadi untuk diedit. Dah selesai edit apa yang patut, copy paste balik code tuh selepas code yang korang cari tadi tuh.


<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=Blog-ID-SENDIRI&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'>[Reply]</a></span> 


Benda yang perlu diedit:-
1. Blog ID Sendiri - Masukkan Blog ID korang. [yang korang cari di langkah 1 tadi]
2. Reply - Tukar mengikut selera masing-masing. Contoh, Balas Komen, balas, etc.

Save template. - Selesai -

- Kotak komen korang akan jadi macam nie iaitu ada perkataan "Reply".

-Time korang nak reply komen dengan menggunakan button "Reply" tadi, macam nie larh hasilnya nanti. Nampak tak perbezaannya?-

Ok, tuh baru tambah button Reply. Sekarang kita buat pop-up window pula.

1. Macam biasa, pergi Dashboard > Setting > Comments

2. Scroll ke bawah dan korang akan nampak "comment form placement". Tick pada "Pop-up Window". Kemudian Save Setting. Dan lihat hasilnya.

Ha, lepas nie senang larh orang nak komen entry korang. Tak payah nak tunggu page tuh load semula. Korang nak reply pon jadi sonang. (^_^)

Friday, March 4, 2011

A Stranger in a Stranger land poetry contest

9 Komen Terbaik
Yeah, contest lagi! Tapi, contest kali berbeza dengan contest yang pernah aku join sebelum nie. Contest kali nie pula kena cipta puisi sendiri! Asli karya sendiri ok! No cetak rompak.Hehe..  Aku memang rasanya tak de bakatlah dalam puisi-puisi nie meski pon jauh disudut hati minat kat sastera [wah, ayat-ayat cinta tuh...hihi].

Walau pon tak de bakat, aku nak juga join contest nie cez penganjur contest nie iaitu Cik Mars Mell-O @ Zaarah Jasmin dah tag aku! Dan rasanya wajib join bila dah kena tag. Oleh tuh, aku menyeru kepada korang semua yang memang ada bakat dalam sastera nie utk join contest nie. Aku tahu ramai yang berbakat nie...huahuahua [ketawa jahat]. Lagi pon hadiah dia hebat owh!


Macam biasa, nak join silalah klik banner kat atas nie.
Puisi yang korang cipta tuh boleh dalam bahasa melayu dan english. Terserah kat korang nak cipta puisi tema apa. Semuanya akan diterima tapi yang penting Asli 100% karya korang ok. Dan macam biasalah juga, kena tag 3 orang blogger.

Ok, di sini dengan rasminya aku nak tag Cik Iemah, Cik Niza dan Cik Ain.

-Apple Shuffle iPod menanti pemenang bertuah!-

p/s: to Cik Mars Mell-O : Nanti sy submit poem sy boleh kan? Jika dah ada idea nak compose poem sendiri, nanti sy akan email cik Mars via contact pages cik Mars, ok? Deal...

note: kepada mereka yang dah kena tag, jangan lupa join sama ok. Kita meriahkan lagi contest nie! Menang belakang cerita. ok? Peace (^_^)

B.E Pertama ku

8 Komen Terbaik
Wah, akhirnya yang ditunggu-tunggu dapat juga! Hepynya! Hari nie aku dapat BE yang pertama untuk blog aku nie. A'a yang pertama. Nape? Kesian kan? Hurm...takpe larh...mungkin rezeki baru nak bermula kot...Hihi...  Mungkin berkat aku sent tiket kat uncle nuff hari tuh kot. Mungkin juga uncle nuff kesian kat aku, tuh larh pasal dia bagi BE nie kat aku. Apa pon alasannya, kesian ker apa ker...nway...thanx! Hihi... Biar pon jumlahnya sikit, tapi ok larh. Hurm...nie membuat kan aku semangat untuk terus berblog... Hehe...

Oh ya, hari nie hari jumaat! Rezeki di hari jumaat! Jumaat yang indah, jumaat yang mulia. Selamat hari jumaat semua... jangan lupa tunaikan ibadah jumaat. peace :D

-nie dia BE aku yang pertama-


note: kebetulan pula, tadi malam aku plan nak beli number digi baru. Dan tak sangka pula, BE pertama aku juga benda yang sama aku nak beli hari nie iaitu DIGI!!!

1st GA Besday My Dear

2 Komen Terbaik
Ha, kali nie tanpa kena tag aku dengan suka relanya nak join 1st GA kak Anum. Hihihi. Join saje-saje. Nak meriahkan lagi dunia blog nie. Mana tau menang. [perasaan!]. Kalau tak menang tak pe, kalau menang? Ha, tuh larh namanya rezeki..hihi.


GA nie diadakan sempena besday hubby kak anum (^_^)
Jom ramai-ramai join! Tarikh tutup GA nie 13 Mac! Cepat join!!!
Macam biasa, klik banner di atas untuk join.
Dengan itu, aku nak tag Cik Has dan Abg teror. Hihi...

-Wish me luck ya...-

Susu Sekolah Mat Pintar...

0 Komen Terbaik

Yeah yeah, sekian lama meninggalkan alam persekolahan ,sekian tuh juga larh tak pernah lagi dapat susu sekolah. Korang tahu kan susu sekolah tuh? Ala, yang sentiasa menjadi rebutan waktu sekolah dulu. Aku masih ingat lagi waktu aku darjah enam, time ketua kelas agih-agihkan susu sekolah boleh-bolehnya dia dan konco-konconya dapat lebih! Tak aci! Mentang-mentang ketua kelas, so dapat lebih larh? Kalau aku ingat-ingat, time aku sekolah dulu, ada yang sanggup mencuri dan membuka kotak susu sekolah tuh tanpa kebenaran guru. [bukan aku ok...hihi] Tengok...penangan susu sekolah waktu tuh. Hehe...al maklum larh, Free. Sedap pula tuh...hihi

Dan gara-gara susu sekolah jugalah, dulu waktu darjah enam seorang kawan aku yang berbangsa cina [lelaki] nak tumbuk aku. Khikhikhi, memang salah aku juga larh. Tapi nasib dia tak jadi mengamuk bila aku explain cerita sebenar. Ceritanya macam nie, time tuh dah habis exam UPSR. Syok-syok bergosip dengan kawan-kawan perempuan yang lain, tetiba aku kena lempar susu putih yang basi! yerk! Habis bau baju sekolah aku! Apa lagi, aku pon naik panas larh juga. Aku pungut kotak susu sekolah yang masih bersisa tuh, aku lempar kat budak lelaki yang lempar aku tadi. Tapi...oppss! Bukan budak tuh yang terkena! Ngam-ngam ada budak lelaki cina yang kebetulan bangun dari tempat duduknya. Hurm, nasib dia faham dan nak maafkan aku. Kalau tak...biru larh aku waktu tuh. Kejadian tuh berlaku mentang-mentang dah merdeka. So, budak lelaki kelas aku pon main lempar-lempar susu. Macam takde benda lain nak main. Last-last aku jadi mangsa...

Kelmarin, anak buah aku, Aleeya...dia bagi aku susu sekolah yang dia dapat di sekolah. Dia bawa pulang 8 kotak susu. Uii, boleh tahan banyaknya. Dulu-dulu, minimum pon boleh dapat dua. Tapi tak pelah, janji aku dapat susu sekolah lagi. Simpan dalam Ice box, sejuk lagi sedap diminum...ahaks!

Thursday, March 3, 2011

Quaker Oats Sihatkan Jantung Malaysia

2 Komen Terbaik
Aku suka sangat dengan iklan Quaker Oats yang kat TV tuh. Bagi aku ianya sangat bermanfaat. Bukan macam iklan yang lain tuh, hanya tau merepek saja semata-mata nak promosi. Masa tengok iklan quaker oats tuh ketawa pon ada. Bukan apa, yang buat aku ketawa ialah part yang hujung-hujung tuh...ala, part yang ada sorang mamat segan-segan nak buat exercise kat depan pintu restoran tuh. Busy macam mana pon hidup, kesihatan kena jaga juga. Terutamanya jantung. Hissy...jangan main-main dengan jantung nie.Bahaya! Jantung memainkan peranan penting dalam pengaliran darah dalam badan. Kalau jantung tak berfungsi dengan baik, maka pengaliran darah tadi tidak akan seimbang. Merokok merupakan salah satu punca masalah jantung. Yalah, korang pon tahu kandungan sebatang rokok tuh kan yang mana dapat merosakkan jantung kita. So, berhentilah merokok. Bak kata orang, mencegah itu lebih baik kan?

Sejajar dengan saranan iklan quaker oats tuh, quaker berhasrat membantu rakyat Malaysia menjaga jantung mereka. Quaker memulakan kesedaran kesihatan jantung dengan "Cabaran Jantung Bijak Quaker" pada tahun 2004. Dan tahun nie, quaker mempertingkatkan lagi usahanya dengan melancarkan kempen "Quaker Sihatkan Jantung Rakyat Malaysia". Matlamatnya adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengurangakan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol.

Kenapa Oats? Oats mengandungi lebih banyak protein, kalsium dan vitamin E dari biji-bijian (gandum, beras merah atau gandum jagung) pada satu gram per gram. Oat mempunyai jumlah serat larut yang tinggi berbanding dengan gandum dan atau beras. Oleh tuh, selalulah makan quaker oats. Quaker oats dapat menurunkan paras kolesterol. Dan quaker oats juga sesuai dimakan dalam pelbagai resepi, yang penting kretif. Dan korang juga boleh mencuba beberapa resepi oats yang mana menyelerakan disamping menjamin kesihatan korang. 

Quaker Chrunchy Prawn With Sweet Sour Sauce

Sweet & Spicy Chicken Oats

Oats Milk Shake

Anchovies Oats Porridge

Quaker Salad Prawn

Oat Century Egg Porridge

Heart For Life Porridge

Quaker Butter Salmon

Fresh Orange Quaker Oats Malaysia

Yum yum...macam sedap jer. Ha, kalau korang nak dapatkan resepi quaker oats macam nie...korang boleh dapatkannya sendiri official web quaker oats. :D

Wednesday, March 2, 2011

Tutorial Buat Scroll Box

2 Komen Terbaik
Salam semua...hari nie aku nak tunjukkan cara bagaimana nak buat scroll box. Aku suka sangat scroll box nie cez ianya dapat menjimatkan ruang kat sidebar dan juga dapat mengemaskan blog kita. [kemas ke blog aku nie? uhuk...hehe] Aku tahu banyak yang dah tahu bagaimana nak buat scroll box nie. Mungkin korang lagi arif. Aku bukan apa, just nak share dengan qiqie cez dia nak tahu cara nak buat scroll box nie. Dan sesiapa yang nak tahu cara buat scroll box nie korang boleh refer kat sini, wokey?


Untuk buat scroll box bergambar, cope jer kode kat bawah nie then paste dekat Html/Javascript yang baru.

<center><div style="background-color: pink; border: 3px solid rgb(204, 204, 204); height: 300px; overflow: auto; padding: 5px; width: 260px;">

<a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a>

</div>
</center>

Penerangan;-

Background-color: pink - boleh ditukar dengan color lain contoh black, white etc.
Height: 300px; - Ketinggian scroll box. Ubah mengikut kehendak korang.
Width: 260px; - Lebar scroll box. Ubah mengikut lebar sidebar korang.
Link untuk dibuka - Letak link/url yang hendak dibuka apabila gambar diklik
Url gambar - url gambar yang korang nak pamerkan.

note: 
- sekiranya korang nak letak gambar saja, guna kode <img src="url gambar" />.

Harap tutorial nie dapat membantu (^_^). 

Tuesday, March 1, 2011

Meat Balls Si Mas

3 Komen Terbaik
Salam semua. Dua tiga hari nie aku tunggu-tunggu si mas nie. Tapi batang hidung pon tak nampak. Tekak aku nie kalau dalam seminggu tak makan meat balls buatan si mas rasa macam lain jer. Kekadang rasa macam ketagih makan meat balls larh pula. Aku pernah beli meat balls yang ada jual di supermarket tapi tuh larh, sekali jer aku beli. Tidak untuk kedua kali. Tak sedap. Tak sama macam buatan si mas nie. Kalau makan sekali, pasti nak lagi. [wah, macam KFC larh pula...hihihi]


Meat balls buatan si mas nie memang sedap dan ianya diakui oleh semua orang [ye ke semua orang? 0,0 Hari nie, keinginan aku tercapai juga. Si mas buka gerai hari nie. Apa lagi, aku pon tak berlengah lagi untuk memesan meat ball. "Mas, bagi  4 ringgit yang kurang pedas dalam mangkuk nie, dan seringgit lagi juga kurang pedas tapi simpan dalam plastik jer [yang dalam plastik tuh khas untuk anak buah aku...]

Kalau beli seringgit dapatlah 6 biji meat ball. Kalau 4 ringgit? 4 X 6 = 24 biji meat ball untuk aku seorang jer. Melantak seorang-sorang dekat dalam bilik. khihkhikhi...

Baru-baru nie ada juga aku try-try cari resepi buat meat ball nie tapi tuh larh, telampau banyak pula. Tak tahu yang mana satu asli. Tapi yang pastinya, yang sedap dan yang asli itu datangnya dari Indonesia... meat ball merupakan salah satu makanan di Indonesia. Meat ball biasanya dcampur dalam bakso. Tapi aku tak makan dengan bakso, aku makan hanya dengan SOS! Sedaapp.........

HeartBeat - Jom Ramai-ramai Join

0 Komen Terbaik
Entry pembukaan untuk bulan March 2011. Hehe. Salam semua. Harap semuanya sihat yer... Hurm, tub tub dah bulan Mac. Tak lama lagi nak raya dah...wah, terlebih sudah [tagline Stacy AF6, hihi]. Ohya, masa blogwalking dari satu blog ke blog yang lain, aku tengok semua pon busy promote Heartbeat nie. Aku rasa kebanyakkan blog yang aku singgah semuanya pasang banner Heartbeat nie. Nampaknya aku seorang jer yang belum join Heartbeat nie. [ye ke? aku seorang ke?]. Rasanya macam kelambatan pula.Hihi...

Siapa-siapa yang belum join tuh, mehlah join sekarang!!! [uii, tanda seru tuh]. Apa Heartbeat nie? Heartbeat nie fungsi dia ala-ala Nuffnang gitu. Ada klik dapatlah $. Satu klik kita dapat RM0.04 [oklah tuh, sikit-sikit lama-lama jadi....?]. Bukan tuh saja, jika ada orang lain join Heartbeat nie under kita, kita akan dapat RM2 bagi tiap-tiap orang yang join tadi. Dan minimum cashout pula sangat rendah iaitu bila dah cecah RM50. Best tak? Apa lagi, jomlah join...siapa lambat makin rugilah. Heartbeat nie dah famous sekarang tau. Kalau nak join, tengok cara-cara kat bawah nie ;- [harap ianya membantu yer]

-Psstt..nak Join? Klik banner di atas nie dan klik logo heartbeat seperti yang ditunjukkan di atas!-

-Klik dekat "Create Account"

-Kemudian keluar form macam nie, korang isilah dengan lengkap yer-

- Dah isi denga lengkap, klik ruang "I agree" kemudian tekan "Continue"-

Ok, siap register. Tapi belum siap sepenuhnya lagi. Continue lagi...


- Seterusnya, klik "Join HB Affiliate".

-Klik "Online Application"...

- Sekali lagi isi Form. Sila isikan maklumat yang diperlukan seperti nama blog korang, url blog dan juga maklumat penerimaan pembayaran kelak.


- Langkah terakhir, sila klik "Get Code". Di sini ada akan diberikan code banner untuk dipasang di blog korang. Terdapat empat jenis banner yang korang boleh guna iaitu horizontal, square, vertical dan text links. Pilih banner yang korang suka. Terdapat dalam pelbagai bentuk saiz. Cuma copy then paste kan kat blog korang. Nah, mudah kan? Tunggu apa lagi? Jom join. Jangan terlambat macam aku, kang rugi nanti. 

100% free join. Fungsi heartbeat nie ala-ala nuffnang. Kena click dapatlah $. Jangan risau, heartbeat nie tak ganggu nuffnang kita (^_^)

Related Posts with Thumbnails