TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, February 19, 2011

Pengeluar Gadget iPhone Mungkin Hidup 6 Minggu Lagi

Korang tau tak? Steve Jobs iaitu pengasas komputer Apple dan juga pengeluar gadget iPod, iPhone dan iPad mungkin akan hidup enam minggu lagi ekoran kanser pankreas yang dihadapinya. Akbar National Enquirer menyiarkan gambar Jobs yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan yang dalam jumlah yang banyak. Dalam gambar yang disiarkan akbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jeans.

Juga menurut akbar tersebut, berat pengeluar gadget iPhone itu dikatakan merosot dari 79.37 Kg sebelum kanser kepada hanya 58.96 Kg. Menurut seorang pakar perubatan Dr.Gabe Mirkin "Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi". Seorang lagi pakar perubatan Dr.Samuel Jacobson memberitahu kepada akbar tersebut bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir. "Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi untuk hidup" katanya.

Dianggarkan harta kekayaan Jobs bernilai AS$6 billion (RM18.26 billion)- Sumber Kosmo.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails