TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, September 27, 2010

Hasil Tangkapan Ketam Malam 1

0 Komen Terbaik
Haa, aku nak sambung cerita pasal ketam nie. Yalah, post aku sebelum nie kan pasal aku beli perangkap ketam kan?Hehe... Aku pasang perangkap ketam tuh sekitar jam 9 malam gitu... Aku pakai umpan "kepala ikan" jer..hihi... Air laut ketika nie kira tinggi juga, so sesuai larh kalau nak pasang perangkap time nie.

Tak sampai 5 minit aku pasang perangkap ketam tuh...tup tup dah dapat seEkor ketam...kira besar jugalah..hihi. Kalau kat sabah nie kitaorang panggil ketam nie ketam "kalog"...  Then perangkap yang kedua lagi aku tarik...hihi..memang tak sangka rezeki di malam jumaat nie..ada seekor lagi...nyum..nyum...


Sekitar jam 11 gitu, hurm,,,time to sleep kan...so, perangkap-perangkap ketam tuh pon berehat buat sementara waktu. haa...nie larh hasil tangkapan aku dari jam 9  sehingga 11 malam...5 ekor ketam weii... berapa kilo erk rasa-rasanya?hehe...dah tuh pula perangkap ketam tuh boleh dipakai bila-bila masa saja bila aku kepinggin nak makan ketam lagi..hihi... berbaloii....... 

Thursday, September 23, 2010

Perangkap Ketam

0 Komen Terbaik
Rasa mau makan ketam semakin membuak-buak dalam diri aku nie... membuak-buak? betul ke ayat aku nie?hihi..hentam jer larh labu..hihi... A'a...betul...aku kepinggin bangat makan ketam sejak bulan puasa tuh lagi...tapi gara-gara sibuk memanjang dengan kerja and busy sangat wat kuih...so, hasrat tuk makan ketam tuh aku tahan-tahan jer larh...tapi hari nie aku ndak bule tahan dah!!! Kalah ibu yang mengandung gitu...hihi...

Korang tau tak gambar di sebelah nie gambar apa? Haa..tuh lah gambar lakaran salah satu alat untuk tangkap ketam...

So, nak dijadikan cerita...aku pun pergilah ke bandar... N nak tau aku beli apa? Hihi..aku bukan beli ketam...tapi aku beli perangkap ketam... cez bagi aku berbaloi lagi beli sekali dengan perangkapnya so any time nak makan ketam...guna jer perangkap ketam. Jimat...hihi... Lagi pon tak larh mahal sangat perangkap ketam nie dibandingkan dengan sekilogram ketam yang dijual kat pasar tuh... Kalau kat cni, 1 unit = RM5.50 jer... murah kan? so, aku beli dua jer..yala..dua pon dah cukup berbaloi da.. so pas nie...kepuasan larh aku makan ketam..yeaahhh...jangan jeles..hihi

Nie larh kelebihan orang yang tinggal atas air nie...macam-macam aktiviti boleh dibuat... Ingat lelaki jer yang cun tangkap ketam?nie...perempuan moden nak tangkap ketam nie..hihi...

Photobucket

Haa..nie larh perangkap ketam yang aku beli petang tadi....

Wednesday, September 22, 2010

Stairway to Heaven (Philippines Drama)

0 Komen Terbaik

Drama dari Filipina yang kini hangat disiarkan di Malaysia diTV3 yang mana menggantikan drama She Wolf iaitu sebuah drama yang melodrama dan romance. Dibintangi oleh Hero pujaan Filipina yang macho lagi bergaya dan seorang top model iaitu Dingdong Dantes (atau Fredo - nama di dalam drama Dyesebel) dan heroin yang agak cukup sempurna iaitu Rhian Ramos. Drama ini agak drama baru lah juga cez ianya mula ditayangkan di Filipina pada14 September 2009 - 11 December 2009 yang mana panjang ceritanya adalah sebanyak65 Episodes . Tema lagu untuk drama nie berjudul "mapansin"Pag-ibig ko sana'y mapansin oleh Regine Velasquez.

Synopsis drama "Stairwat to heaven"

Jodi (Rhian Ramos) dan Cholo (Dingdong Dentes) telah membesar bersama. Ayah jodi telah berkahwin dengan Maita (Jean Garcia) iaitu mempunyai 2 orang anak iaitu Eunice dan Tristan. Jalan cerita nie bermula apabila Cholo telah pergi keluar negara untuk menyambung pelajarannya dan Jodi tetap setia menanti kepulangan Cholo.

Hurm, bukan setakat itu saja..Eunice juga menyintai Cholo dan dia nie sangat iri hati dengan apa yang dimiliki Jodi. Dalam diam, Tristan pula telah diam-diam jatuh cinta dengan adik tirinya iaitu c Jodi. Apa akan terjadi? Ha, tengoklah sendiri...hehe... boleh tengok kat TV3 atau pon Youtube... ok? =)

Photobucket
Cholo @ Dingdong Dantes


Photobucket
Jodi @ Rhian Ramos

Pelakon lain yang melakonkan "Stairway to Heaven":

TJ Trinidad sebagai Tristan
Glaiza de Castro sebagai Eunice
Jean Garcia sebagai Maita Aragon
Jestoni Alarcon sebagai Johan Reyes
Shiela Marie Rodriguez Sebagai Alice
Say Alonzo sebagai Sheryl

Tuesday, September 21, 2010

Susah Cari Kerja

2 Komen Terbaik
Hurm... betul ke susah nak cari kerja sekarang nie? Ke aku sorang jer yang mengalami betapa susahnya nak cari kerja? Tapi aku rasa, bukan aku sorang jer yang merasainya cez ramai kawan aku juga turut mengeluh betapa susahnya mencari kerja nie. Kekadang dapat juga lah kerja tapi itu pun majikan bayar gaji murah. Bukan nak mengata mentang-mentang orang tuh ada ijazah ke, diploma ke berkira kalau dibayar gaji murah tapi masalahnya gaji yang dibayar tuh tak setimpal sangat dan terlalu murah. Macam ikut pengalaman aku, aku pernah pergi interview kerja (swasta)...syarikat tuh tahu aku ada diploma cez dia tengok semua sijil-sijil yang aku bawa untuk jawatan account clerk tapi boleh-bolehnya dia tawarkan aku gaji sebanyak 400 ringgit jer? Melampau!!! Sakit hati aku time tuh. Kalau dia nak kira pakai spm jer, aku boleh katakan result spm aku agak baik juga. Dahlah 400 ringgit, jarak dari rumah aku ke tempat kerja tuh memang agak jauh...setakat 400 mana lah cukup. Mau pakai untuk sendiri lagi, nak juga hulur kat kedua ibubapa... so, pikirlah...400 tuh cukup ker? dorang ingat aku nie apa?

Photobucket

Pengalaman lain lagi yang pernah aku rasai sepanjang cari kerja nie ialah...aku selalu baca news paper (tuk cari kerja...), ada ruangan khas tentang vacancy tuh...hurm...ada syarikat yang minta pengalaman candidates at least 3 tahun pengalaman, setahun pengalaman dan yang penting mesti berpengalaman larh. so, amcm dengan orang yang belum ada pengalaman? contohnya pelajar yang baru habis belajar? Sepatutnya syarikat-syarikat mestilah memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat pengalaman kerja. alah, tak rugi pun...cez anak bangsa sendiri juga... kalau mereka tak bagi peluang, bagaimana orang nak dapat pengalaman kerja? tuh larh sebabnya ramai graduan menganggur ketika nie... mana nak bayar loan lagi... Hurm...tolonglah beri peluang... dan kalau nak mengaji orang tuh, biarlah berpatutan...jangan nak cekik darah orang pula...

Saturday, September 18, 2010

Sinetron Cinta Kirana

0 Komen Terbaik

Sinetron Cinta Kirana adalah sinetron yg kira terbaru ditayangkan di Astro Ria yang menggantikan Sinetron Benci Bilang Cinta setiap hari selasa hingga jumaat jam6.30 petang... Cinta Kirana telah mula ditanyangkan di Indonesia pada 10 ogos 2008 dan dibintangi oleh artis-artis terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani sebagai Kirana dan Randy Pangalila sebagai Galang di mana Nia dan Randy merupakan watak utama dalam Sinetron nie. Mankala lagu tema sinetron nie yang berjudul "Dia Milikku" nyanyian Yovie & Nuno dengan 93 episod...

Antara Artis lain yang turut membintangi sinetron Cinta Kirana nie ha korang tengoklah sendiri :)

Tsania Marwa sebagai Rania
Kiki Farrel sebagai Baim
Arthur Tobing sebagai Rama
Yatti Surachman sebagai Sita
Emma Waroka sebagai Sandra
Revand Narya sebagai Evandra
Mama Dahlia sebagai Dahlia
Unang sebagai Tejo



CINTA KIRANA

Photobucket

Kisah seogr gadis bernama Kirana yg tinggal bersama neneknya. Rama ayah kepada Galang menyukai kirana dan berhajat untuk menjodohkan mereka. Sementara itu, Riana diminta oleh Sandra agar secepatnya merasmikan hubungan dgn galang ini adalah kerana Riana mempunyai niat jahat untuk merebut harta keluarga Rama. Akhirnya Rama mengumumkan yang galang dan kirana rasmi bertunang dan ini adalah diluar pengetahuan galang dan kirana. Manakala Baim pula juga suka dgn kirana. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dan juga masa yg berpusing telah merapatkn hubungan mereka berdua dan masing-masing telah jatuh cinta... Memeang best sinetron nie... kelanjutannya korang tengoklah sendiri...ya?hehehe..jgn marah... peace!

Photobucket

Monday, September 13, 2010

Earn Money from Easy Cash

0 Komen Terbaik





Easy Cash is an new application on FACEBOOK that will give you a commission .

Start earning Cash now!



Easy Cash is an exciting application where you can make REAL MONEY!
  • Take surveys and complete free offers to earn cash.
  • Refer friends and earn 10% of what they make.
  • Get paid as soon as you reach $5.00 earnings!

After join Easy Cash, you will get a Bonus $1, get bonus $0.01 referring others and survey bonus $0.01 -$2.00. and Payment will be made after your balance reach minimum $5.00 and will be paid via paypal. (Click here to create a FREE paypal account .)

How to Register?

- Click "Easy Cash"
- Click the accept / allow
- Click the link button

- Get your $1 bonus instantly

Its free to join.JOIN NOW!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya 2010/1431H - Sedih

0 Komen Terbaik

Salam semua, ketika nie jam dilaptop aku menunjukkan jam 2.31 Am iaitu masuk dah raya yang ke-2 tapi aku masih tak bule tido lagi nie...cez aku rasa ada sesuatu yang berat dalam jiwa aku yang rasanya tak tertanggung... Apa-apa pon thx buat anda yang sudi membaca post aku nie... dan Selamat hari Raya buat semua...maaf zahir & Batin...

Raya tahun nie adalah raya yang sangat menyedihkan sangat buat aku dan keluarga kerana raya tahun nie tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Raya tahun nie kami sekeluarga beraya tanpa Arwah nenek aku...yang telah kembali ke Rahmatullah iaitu ke sisi Tuhan yang ESA...pada tanggal 20 Feb 2010... Hanya ALLAH saja yang mengetahui rasa getaran jiwa ini tika takbir bergema di malam takbir semalam... biar wajah tampak biasa di mana bibir ini masih mampu mengukir senyuman dan masih bule tertawa namun jauh disudut hati aku menangisi mengenang arwah nenek aku... Selesai sembahyang hari raya, kami sekeluarga pon pergi menziarahi kuburan arwah... Sungguh, hari nie larh merupakan hari yang pertama dan bersejarah dalam hidup aku menhayunkan langkah kaki menuju ke tanah perkuburan...terasa sebak dalam hati ku..ingin aku menangis namun aku tetap bertahan untuk tidak menunjukkan yang aku nie 'cenggeng' cez aku selaku kakak haruslah menunjukkan sifat yang teguh kepada adik-adik ku...tetapi, adakalanya kita perlu menangis bagi mengurangkan rasa sedih di dalam hati... 'Ya ALLAH...rahmatilah roh arwah nenek ku...smoga nenek aku ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dikalangan orang yang KAU Sayangi.AMIN.

Bukan itu saja, adik aku juga tak dapat pulang beraya tahun ini cez ketinggalan flight! dan kakak aku juga tak dapat pulang kerana ada masalah...ya..masalah keluarga...yang tiada penghujungnya...alangkah sedihnya... Aku mohon agar ditabahkan lagi hati disaat ini... Ya ALLAH...aku memohon kepada MU berilah kami petunjuk yang terbaik untuk kami YA ALLAH...AMIN!...

SELAMAT HARI RAYA...

Friday, September 3, 2010

Sinetron Cinta dan Anugerah

0 Komen Terbaik

Ha, ada sesiapa di sini yang tengok sinetron nie tak? Sinetron nie bukanlah sinetron terbaru di Indonesia tapi boleh dikatakan masih baru di Malaysia kerana seingat aku sinetron nie mula ditayangkan di TV9 sekitar bulan Jun atau Julai kalau tak silap aku... Sinetron nie aku berani kategorikan antara salah satu sinetron terbaik yang pernah aku tengok (sebenarnya belum habis tengok lagi pon..hehe) cez jalan ceritanya yang penuh dengan konflik, dendam yang tak henti-henti, kasih sayang sesama saudara, perasaan tulus yang sentiasa mengingati tuhan...semua elemen-elemen penting semuanya ada di dalam sinetron nie. So, wajar dong kalau aku mengatakannya senitron terbaik... disamping para pelakon yang ganteng dan cantik-cantik belaka gitu... (Opps, cakap indon nie...) Sinetron nie masih lagi ditayangkan di TV9...So, korang kalau nak tengok jangan lupa saksikan setiap isnin-jumaat, Jam 5.30 petang dan hanya di TV9...

Photobucket


Nak tahu sinopsisnya? Baca jer kat bawah nie:-

Nabila (Nabila Syakieb) seorang gadis cantik dan baik hati. Dia tingggal bersama kedua adiknya iaitu Aira (Yasmine Wildblood) yang cantik, periang, tapi ceroboh) dan Mini (Wilda Hamid) merupakan seorang yang pintar dan alim.

Beban hidup Nabila semakin berat setelah ayah dan ibunya meninggal dunia kerana tjatuh dari tangga. Bukan itu saja, Harris (Adipura) yang mencintai Nabila berhasrat mengambil rumah peninggalan ayahnya itu. Dgn kekayaannya tuh, Harris berjaya mendapatkan rumah tersebut dan Nabila serta Aira dan Mini terpaksa keluar dari rumah tersebut. Namun, sebelum keluar daripada rumah tuh, Arwah bapa nabila ada meninggalkan surat yg menyatakan bahawa kalau terjadi apa-apa kepada mereka bertiga mereka boleh meminta tolong denga Reza (Ashraf Sinclair), seorang pengusaha kaya.

Kakak Reza dan juga Chintya yg juga tinggal di rumah Reza tidak menyukai akan kehadiran Nabila dan adik-adiknya. Kemudian, Avian (Miller) iaitu orang kepercayaan Reza telah jatuh cinta dgn Aira. Tidak hanya Avian, Reza juga turut terpesona dgn kecantikan Aira. Tetapi dalam diam Nabila menyukai Reza... Setelah tuh, datang pula Gio (Giovanni L) pula telah jatuh cinta dgn Nabila. Nabila akhirnya cuba utk mencintaii Gio setelah Reza dan Aira berkahwin. Setelah pelbagai cara Gio lakukan utk mendapatkan hati Nabila, Mereka pun berpacaran... Selanjutnya? Tengoklah sendiri...hehe...

Wednesday, September 1, 2010

Lagu Baru - Stacy AF6

0 Komen Terbaik

Haa, nie dia lagu terbaru S.T.A.C.Y Af6...agak barulah juga...hehe...Lagi Baru dari lagu "Kisah Kita" tue. Dan lagu nie memang best giler... aku suka dengar lagu nie... Korang suka tak lagu nie? Kalau suka... Download aje.. khikhikhi... "DOWNLOAD"

Lirik Lagu "Jahat"

Aku sudah serik bercinta,
Kerna asyik berakhir dengan kecewa,
Tapi sejak hadirnya dia,
Semua sistem kawalan kini terdedah.

Kepala kata jangan gelojoh,
Hati pula kata pergi,
Banarkah cinta itu buta,
Kerna tak nampak apa selain dia,

C/O
Aku aku,
Bagaikan terkena mentera,
Dari manakah kau datang menyerang,
Diriku diriku,
Yang disangka kebal,
Oh jahatnya kamu.
Engkau engkau,
Penyebab diriku terigau-igau,
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu,
Ku mahu ku mahu denganmu selalu,
Oh Jahatnya kamu
Jahatnya kamu.

Apa agaknya sudah jadi,
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi,
Walaupun belum bersedia,
Tapi hatiku mendesak dan menggesa...

Ulang C/O 2 Kali

Jahatnya Kamu
Jahatnya Kamu

12 Ciri-ciri Sahabat

0 Komen Terbaik

Kenali sahabat/kawan korang. Kalau dia ada 12 ciri-ciri kat bawah nie..ha dia larh kawan korang yang paling besttt...
12 Ciri-ciri Sahabat yang harus pada sahabat kita:-

1. Jika kita berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungim kita.
2. Jika kita perlukan pertolongan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan kita tuh.
3. Jika kita perlukan pertolongan dari segi kewangan dan sebagainya dia akan membantu kita.
4. Jika kita hulurkan sesuatu kebaikan kepadanta, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat bantuan daripada kita, dia akan menhargai kebaikan kita tue.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik akan diri kita, dia akan sedaya upaya menutupinya agar orang lain tidak tahu. (means keburukan kita, menjaga aib)
7. Jika kita minta bantuan daripada dia, dia akan segera mengusahakanya.
8. Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesulitan kita.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri kita (palis-palis), dia akan sedikit sebanyak meringankan kesusahan kita.
10.Jika kita menanyakan sesuatu kepada dia, diaa tidak keberatan untuk menjawabnya.
11.Jika kita merancangkan sesuatu, dia senang hati membantu kita.
12.Jika kita berdua berselisihan faham (dengan kawan kita tuh), dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan kita tuh.
Haaa...itu barulah kawan namanya...

Meskipun begitu, kitalah yang seharusnya menjadi individu yang memiliki ciri-ciri di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah..
Related Posts with Thumbnails