TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, December 31, 2010

Invite Friends and Get Rewarded - Youthsays

0 Komen Terbaik
Yups! Invite your friends and earn RM1 when they join and share a Youthsays Campaign! 


Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM1 for every friend who joins and shares a campaign.

Membership is FREE and open to all Youths (aged 13 - 30) from Malaysia.
Get Started on YouthSays.Com


Penyebab Lingkaran Hitam Bawah Mata

0 Komen Terbaik
Sengaja aku kongsikan entri nie cez sebelum nie aku pernah mengalaminya dan masih mengalaminya...hehe.. Korang ada tak? Orang kata, kalau kita masih muda remaja, mungkin takde kot. Ye ke? Hurm, aku tak setuju sangatlah cez aku nie pun masih muda remaja tau. 23...jap lagi nak masuk 24...muda remaja larh tuh kan...hehehe...

Tak tahu larh mata siapalah yg aku rembat nie. Bukan mata aku ok? Hehe.. Thx to google.


Berdasarkan apa yang aku baca, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kewujudan lingkaran kat bawah mata nie. Antaranya ialah:-

1. Selari dengan umur anda yang sedang meningkat .
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan Nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor Genetik
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan perut juga.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah Sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang Perokok. hehe.

Hurm, rasanya sekarang aku dah tahu penyebab lingkaran gelap kat bawah mata aku nie...hehe.. Korang? Ok larh, nanti aku share kat korang pula tips mengurangkan ataupun menghilangkan lingkaran gelap kat bawah mata nie, ok? ;D

Coretan 2010 - Last Episode

0 Komen Terbaik
Hurm, okie2...last episode coretan 2010... Peristiwa nie bukan aku saja yang turut merasakannya bah kan seluruh family aku (family terdekat & jiran tetangga) turut merasainya. Apa dia? Ha...adik aku kawen wei... Hehe.. Adik pompuan aku (yg di bawah aku) telah pun selamat diijab kabulkan pada 11 Disember 2010 (Sabtu).

nie pelamin masa nikah & sanding hari tuh. Cantik kan? ;D

Namanya juga majlis kahwin, memang penat. Kena-kena lagi buat dirumah. Tapi, suasananya best! Meriah!!! Aku suggest, sape2 yang nak kawen sok lusa tuh...tak payah nak buat dekat dewan ka, atau hotel ka...cukup sahaja buat dirumah. Memang meriah. Di mana jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh datang untuk memeriahkannya...

Aku? Yelah...macam semua orang, aku pun mahu kawin juga...hehe.. Tapi, belum ada rezeki atau pun jodoh. Lagi pun, diusia aku yang muda nie hurm,..banyak perkara lagi penting yang belum terlaksana. InsyaAllah, nanti suatu hari nanti sampailah seru tuh...hehe...






Thursday, December 30, 2010

Lelaki ditetak dileher, tangan

0 Komen Terbaik
Fuhh, seram pula title entri aku nie. Hurm... Semalam, 29 Dis 2010 - Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak dengan parang dibelakang leher dan tangannya di sebuah tapak pembinaan di Batu 6 Jalan Utara, Sandakan, Sabah.

gambar credit to Utusan

Supritenden Fadzil Mohd.Ali (Pemangku Ketua Polis Daerah) memberitahu kepada meddia, mangsa tersebut ditemui berlumuran darah oleh seorang pengawal keselamatan di kawasan itu sekitar 7 pagi. Menurut pengawal tersebut, beliau ternampak mangsa dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan parang. Kemudian beliau bergegas mendapatkan bantuan dan kira-kira 10 minit kemudian, beliau ke lokasi itu semula dan melihat mangsa berlumuran darah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk postmortem. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya motif pembunuhan adalah akibat dendam. Berita penuh korang boleh lihat Utusan.com

City Ville - Facebook

0 Komen Terbaik
Hurm, sukar aku nak ungkapkan betapa sekarang nie aku mulai kemaruk (kemaruk???) habis main game city ville nie. Aduh, banyak masa terbuang gara-gara main game dekat Facebook nie. Rasa tercabar betul bila neighbors yang lain dah sampai level yang dahsyat2x. Hehe...

City Ville

Dah larh sebelum nie aku kemaruk sangat main farm ville, hurm sekarang pula city ville. Penat juga main game nie kan? Hurm...

Farm Ville - level 56.


Malaysia Menang !!! Go Malaysia!

0 Komen Terbaik



Tahniah!!! Wah, emo nampak. Hihi...mestilah...siap jerit berabis lagi time tengok bola tadi (tgk kat tv jer, pon ok apa? hehe ) Fuh, Malaysia kini prestasi semakin meningkat! Tambahan pula yang main semuanya muda-muda... Ertinya Malaysia boleh pergi jauh lagi larh lepas nie. InsyaAllah...

Tahniah juga kepada kepada goal keeper Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Aku rasa salah satu pendorong kepada kemenangan Malaysia untuk Piala AFF Suzuki 2010 nie adalah berkat Khairul Fahmi. Cara dia save bola tuh...wuuiii setanding FIFA gtu ;D  Malaysia menang 4-2 dengan Indonesia dan pastinya ini akan menjadi sejarah....

tapi apa pun, Malaysia memang hebat!!! pastinya lepas nie bola sepak akan menjadi sukan no.1 di negara kita. Amin!


Sokonglah Sukan Negara Kita! 


Wednesday, December 29, 2010

Lagi...Masyukkk dengan Survey

2 Komen Terbaik



Wahh...bestnyee... dari $42.75 up lagi pegi $62.75... Alhamdulillah... Tak lama lagi nak $75, so boleh larh redeem nie... Meh Join.Free. Tak rugi apa-apa wei. Sambil on9..dapat free-free duit. Daripada duk join program yang menjanjikan beribu-ribu yang belum pasti baik join nie... Hehehe Klik gambar kalu nak join...

Coretan 2010 - Episode 3

2 Komen Terbaik
Selepas cerita sedih & cerita tentang konvo tuh, aku mau sambung cerita aku yg seterusnya cez tinggal 2 hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya...

Selepas tahlil 100 arwah nenek ku, aku dapat interview SPA bagi jawatan Penolong Juruaudit & Penyelia Banci penduduk oleh Pesuruhjaya Banci dan Penduduk 2010. Mungkin bukan rezeki ku untuk jawatan Pen.Juruaudit tuh walaupun aku mau sangat dan suka sangat dgn jawatan tuh. Bukan rezeki aku mungkin kan... (^_^)

Meskipun begitu, aku dilantik sebagai Penyelia Banci pula wei...biarpun kontrak tapi oklah daripada tiada. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hihihi... lagipun, lumayan juga gajinya...



Seramai 38 orang penyelia telah dilantik (kalau x salah ) dan daripada tuh hanya 8 orang sahaja perempuan dan akulah salah satunya. ;D  Orang yang mula2 aku jumpa dan terus rapat time banci hari tuh ialah Aishah. Hehe... aku suka kawan dgn aishah cez hurm kalau korang kenal dgn dia pasti korang setuju dgn aku... hihihi

Banci pneduduk 2010 bermula dengan rasminya pada 6 Julai yang lalu dan sewaktu banci hari tuh, macam-macam pengalaman yang aku dapat. Yang pertama sekali yang aku akan ingat ialah waktu color kulit aku bertukar 80% kepada color hitam. Yala, aku tahu aku nie bukanlah putih sangat. Sawo matang gtu.hehe... Memang hitam aku gara-gara banci atri tuh. Dan sampai kulit aku...hurm..masih hitam...tapi ndakla sehitam time banci. Errrr........

Macam-macam jenis orang yang aku jumpa masa banci. Ada yang baik, ada yang sanggat baik sampaikan kami dipelawa launch sedangkan dirumah responden tuh sedang berkabung kerana ada family mereka yang baru passed away... tengok manusia nie, yang kurang harta pula yang terlebih baik sehingga sanggup mempelawa kami makan (team kami ada 9 orang untuk satu kawasan dareah banci), tapi orang kaya? Sudahlah minta maklumat susah, kasih masuk pun tak. Di pagar mereka yang berkunci tuh saja kami interview dorang. Lagilah yang ada anjing...sampai sanggup melepaskan anjing mereka gara-gara tak mahu diinterview. Hurm...manusia-manusia....

Daerah Banci 009 -2010

Ini gambar aku tengah bagi taklimat berkenaan banci dihadapan 230 orang
-Fuuh...seram sejuk aku rasa time nie ;D -

- Memang betul2 hitam. tgklah kulit dorang nie.-

Nanana...penyelia mana larh nie yg meyelongkar kotak dokumen banci ari tuh =p

Luv this moment. Nvr forget. Nvr!!! 

Monday, December 27, 2010

Alhamdulillah, Pendapatan Bertambah!!!

0 Komen Terbaik
Alhamdulillah, nie adalah post aku yang ke-3 berkenaan tentang pendapatan aku bertambah dengan A.W Survey. Biar sikit, lama-lama nanti jadi bukit.hehe...

Gambar sebagai bukti aku & A.W survey...

p/s: Kalau nak join...klik gambar di atas k. 

Sunday, December 26, 2010

Lupa tutup Periuk Nasi

0 Komen Terbaik
Ha? Lupa padam periuk nasi? macamana pula tuh? Jeng jeng jeng...jangan suspen pula...hehe. Gara-gara kecuian seorang penghuni di pangsapuri Cyber City, Kota Kinabalu yang terlupa mematikan suis elektriknya hampir menyebabkan kediamannya musnah dalam kebakaran semalam! 



Bagaimanapun, tindakan pantas pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berjaya memadamkan api daripada terus merebak... Siasatan awal mendapati penghuni rumah tersebut meninggalkan rumahnya selepas memasak nasi menggunakan periuk nasi elektrik. Malangnya suis automatik periuk nasi elektrik itu gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kebakaran. Mujurlah jiran berdekatan yang melihat asap tebal segera melaporkan kepada pihak bomba. - Utusan.Com...

So, pengajarannya...jangan sesekali meninggalkan rumah dengan membiarkan peralatan seperti periuk nasi elektrik atau iron berpasang tanpa mematikan suisnya terlebih dahulu... Hasil kajian Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Negeri, iron, periuk nasi elektrik dan pemanas air elektrik merupakan penyumbang yang tinggi kepada kes-kes kebakaran. Nie peringatan untuk aku dan buat kita semua...ok. =) 


Saturday, December 25, 2010

Coretan 2010 - Episode 2

0 Komen Terbaik
Ok, kisah seterusnya disambung kembali. Selepas kisah semalam iaitu kisah duka dan sedih,aku nak sambung cerita pula tapi kali nie kisah suka saja kerana memang ini memang kronologi hidup aku sepanjang 2010 nie. 

Pada bulan 4 iaitu 14hb (rabu) aku pergi ke K.K (Kota Kinabalu) untuk Konvo di Politeknik Kota Kinabalu dalam jurusan dip.perakaunan. Bukan aku seorang saja yang pergi malahan abah, mama, siti, ika & aleeya juga turut sama menemani aku tapi tue lah...cuma 2 orang pengiring saja yang dibenarkan masuk ke dewan konvo time tuh iaitu abah dan mama jer larh...ct, ika & aleeya terpaksalah round2x kat jualan yang dikonvo time tuh...

me, abah n mama

Fuhh...macam biasalah, kalau naik atas stage...Ya Allah...sejuk giler...kena2 lagi beribu student yang tengok... Muka mmg nampak cool...tapi dalam hati...hanya Tuhan saje yang tahu. Tapi apa pun pengalaman kan...finally, dpt juga konvo meskipun hanya dip. saja...

Yang bestnya lagi...aku dapat silver medal tau. Ha,ingat cincaii ka? Silver medal yang ada lambang rasmi Politeknik Kota Kinabalu and mempunyai berat lebih kurang 500 gram (berat juga tau...=p) diberikan khas kepada mereka yang pointer 3.5 and above...

wajah2 ceria...(^_^)...bersama x-classmate..

bergambar teruss... =)

Sebelum konvo tuh, hari selasa hari sebelum rehearsal jam2 pm, ainul bawa aku jalan2 tengok Ums dorang... dan bawa aku pegi 1B (one borneo) cez kami mau pegi k-box...nyanyi...hehe. Thx ainul...

cik ainul tengah nyanyi...hehe..

Then, dalam siok2 nyanyi tuh...sampai hp berbunyi pon x dgr dengar nie. Check2, rupanya liza...n tyme tuh liza dan ameng on the way pegi 1B...apa lagi...jumpa larh... Launch sama2x... luv this moment... =) Lepas makan, masa pun panjang langi sambil nak tunggu jam 2pm...apa lagi...kitaorang pun plan nak main bowling...hehe

kaki aku, liza, ameng dan ainul... luv this....

me, ainul dan ameng

me, liza & ainul

yaa...ameng tengah membaling tuh... =p

Hurm, memang happy sangat2 time tuh...and i'll owez remember that time... =(  dan rindu sangat2 nak jumpa kawan-kawan lama...

me & ainul at ums... credit to ainul...thxxx... luv it!

credit to ainul...muaahxx...

Begitulah kisah ku...yang mana akan aku sentiasa ingat sampai kapan pun...(wah, ayat indon laggii...)






Friday, December 24, 2010

Coretan 2010 - Episode 1

0 Komen Terbaik
Hurm, tinggal tujuh hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 nie...Erm, macam tak rasa pula yang sekarang nie kita dah betul-betul dihujung tahun...betapa sungguh cepatnya masa itu berlalu dan sesungguhnya masa itu tidak dapat diulang kembali atau digerakkan ke belakang kerana hidup nie haruslah ke depan. Betullah kata pepatah "Masa itu Ibarat Emas" dan lagi berharga daripada emas. Jika ada sesiapa yang tahu pepatah lain untuk menggambarkan pentingnya masa sila beri comment ckit ya... aku nak juga tahu almaklumlah kekadang aku lupa ataupun mungkin jarang dengar....hehehe... thnx all...

Sebelum berakhirnya tahun 2010 nie, entry aku kali nie aku nak kongsikan kat blog aku nie tentang suka dan duka aku sepanjang 2010 nie...

cerita 2010 aku bermula dengan kisah sedih dan sentiasa akan aku ingati tika ini dengan izin ALLAH SWT dan jadikannya pedoman di mana pada awal bulan February 2010 yang lalu...nenek aku yang sangat aku cintai telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Sungguh, betapa pedihnya hati ketika orang yang kita sayangi telah kembali ke sisi-NYA... Sebagai cucu aku juga ada memasang impian untuk memberikan kegembiraan kepada neneknya namun apakan daya? bak kata orang...yang pergi dulu itu sesungguhnya ALLAH lagi menyayanginya... Ketika pemergian Allahyarham nenek aku, sungguh banyak yang aku belajar... di mana sebelum ini aku mencipta impian untuk mengembirakan arwah nenek dan tidak ada siapa pun yang tahu akan niat aku itu kecuali ALLAH SWT...tapi nenek telah pergi. Aku rasa pedih! Pengajarannya, jangan memasang impian mahupun cita-cita setinggi langit kerana hari esok belum pasti lagi dan bila impian kita tidak tertunai pastinya kita akan merasa sakit yang sangattt! Percayalah...kerana aku sudah merasainya... Disamping mencipta impian dalam masa yang sama aku pernah mengasari arwah nenek aku dan saat pemergiannya aku rasa sangat berdosa! Cucu apakah aku ini? sewaktu sisa hidupnya arwah nenek aku iaitu dalam tempoh 4 tahun, arwah nenek aku mengidap kanser dan mungkin kerana usianya sepanjang 4 tahun itu arwah nenek aku menjadi orang yang hilang keupayaan di mana terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mengerakkan badan...

ALLAH mungkin menguji kami sekeluarga dengan menghilangkan keupayaan arwah nenek untuk mengetahui bagaimana dan apa perasan kami merawat seorang yang telah hilang upaya. Pada waktu awalnya ya, mungkin kami atau aku boleh bersabar...tetapi 4 tahun bukanlah tempoh yang sekejap...kekadang dalam waktu merawat tuh ada perasaan yang malas atau bosan dengan merawat yang mana tidak ada menunjukkan kesan-kesan positif untuk pulih kembali. Kekadang tertengking, kekadang tidak mempedulikan keinginannya, kekadang tidak mendengar panggilannya (mungkin ada yang dimahukan oleh arwah nenek...) kekadang berkelahi...

Sekali lagi betul kata pepatah "sedangkan seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya dengan berjaga malam, memandikannya, menukar lampin.... TAPI? seorang anak tidak mungkin dapat menjaga atau merawat  ibubapa ketika sampai waktu mereka sakit atau ketika mereka diserang penyakit lali"... ketika itu, ada anak yang malu mengaku orang tua mereka....dan tidak kurang juga yang geli mahupun jijik melihat orang tua mereka... Beginilah kehidupan orang tua sekarang di mana anak-anak mereka tidak memperdulikan mereka dan ada yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua. Ke manakah kasih sayang seorang anak? Masya Allah...

Dan aku juga mengaku, aku ada dosa dengan arwah nenek aku...dan tiap kali aku mengingatkannya kembali...hati aku sedih kerana tidak dapat meminta ampun darinya... aku bermohon kepada ALLAH SWT agar dosa-dosa aku diampunkan dan aku bermohon agar aku tidak akan mengulangi dosa itu lagi kepada mana-mana orang tua terutama sekali ibubapa ku. 

Aku share kisah ini bukan untuk mencari nama atau publisiti....cuma sekadar ingin berkongsi kepada korang agar jangan kita ulangi kesilapan yang pernah kita buat dan janganlah sesekali mengkasari kedua orang tua kita. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka masih sihat mahupun waktu sakit kelak. Bagi sesiapa yang kedua orang tua mereka mahupun datuk dan nenek yang telah kembali ke Rahmatullah...tangisan sangat tidak berguna... sedekahlah Al-Fatihah tiap kali habis solat lima waktu dan sedekalah selalu surah Yassin dan keraplah mengunjungi kubur mereka dan bersihkanlah...sesungguhnya besar ganjaran pahala menanti korang... InsyAllah...Amin.

Tips Kurangkan Dengkuran

0 Komen Terbaik
Ramai yang menganggap berdengkur time tido tue merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan ada juga  yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika. Nie, aku nak kongsi dengan korang carar ataupun tips kurangkan dengkuran. INSYAALLAH ini akan membantu (^_^)

1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Amalkan dengan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa kita sedang tidur.
2. Berurut
Urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.
3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
4. Tidur menggunakan bantal peluk
Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu kita mengekalkan posisi tidur yang sihat.
5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Cuba pastikan jika koran alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
6. Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika ade yang mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar.
7. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi korang akan dapat tidur nyenyak serta personaliti kita akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

Thursday, December 23, 2010

Berkat Disebalik Membaca BISMILLAH.

0 Komen Terbaik
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. 

Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah". Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada ALLAH SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"!

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata "simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya itu. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah mereka. Setelah beberapa hari kemudian, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.

Isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu. Lalu isterinya membuka dengan membaca "Bismillahirahmanirahim". Ketika itu ALLAH SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia rasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. dan ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah ALLAH SWT dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Rab Ne Bana Di Jodi

0 Komen Terbaik
Haaa, sekali lagi aku tak segan-segan membuang duit aku untuk membeli VCD Hindi yang aku minat.Hihi... biarlah, apa orang nak kata...janji aku bahagia. Huahuahua...

Filem Rab Ne Bana Di Jodi adalah satu lagi filem Yash Raj dan pengarah & penulis jalan cerita nie ialah Aditya Chopra. Menariknya filem nie ialah yang pertama sekali adalah hero dan heroinnya tak lain tak bukan Shah Rukh Khan sebagai Suri dan wanita jelita iaitu Anushka Sharma sebagai Taani.


Dan macam biasalah kalau filem hindi nie mesti 3 VCD. Filem Rab Ne Bana Di Jodi bukanlah merupakan filem terbaru di Bollywood cez filem nie telah start ditayangkan pada 2 tahun yang lalu iaitu 2008 selepas filem Om Shanti Om (2007). Rab Ne Bana Di Jodi bertema "romantic comedy"...

Haa,aku nak cerita sikit jer tentang jalan cerita filem ini secara ringkas di sini. Suri (Shah Rukh Khan) merupakan seorang lelaki yang budiman dan belum pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Suri telah terpaut untuk kali yang pertama apabila terpandang Taani (Anushka Sharma) dimajlis perkahwinan Taani. Dan dalam masa yg sama, bakal suami Taani terlibat dengan kemalangan dan kemudian mati. Ayah Taani meminta Suri mengahwini anaknya sebelum beliau menutup mata. 

Suri dengan penampilan asalnya. Namun setelah berkahwin, Suri ingin menukar penampilannya agar Taani isterinya jatuh cinta dengannya. Tetapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana Suri yang telah menukar penampilannya dan memperkenalkan dirinya sebagai Raj ketika pertandingan menari bersama Taani dan tetap dengan penampilan Suri yang lurus bendul ketika dirumah.... Apa seterusnya? korang beli lah Filem nie...aku jamin memang besttt....hehehe

Penampilan Suri ketika dirumah

Penampilan Suri sebagai Raj ketika pertandingan menari

Datuk Juhar dilantik Sebagai TYT Sabah yang ke-10

0 Komen Terbaik
First of all...Congratulation kepada Datuk Juhar Mahiruddin kerana secara rasminya telah dilantik Sebagai TYT Sabah oleh TUANKU Mizan Zainal Abidin bagi menggantikan Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang mana perkhidmatan Tun akan berakhir pada 31hb Disember 2010.Datuk Juhar Mahiruddin adalah adik beradik dengan Datuk Armani Mahiruddin iaitu Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.)


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin mengurniakan surat cara perlantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru. Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara yang disaksikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan Surat Cara Perlantikan 
kepada Datuk Juhar Mahiruddin (kiri) sebagai TYT Sabah yang baru

Juga turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon .

Datuk Juhar Mahiruddin, 57, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-10, menggantikan Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember nie.

Datuk Juhar Mahiruddin adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan Usno/Umno untuk kemasukan Umno ke negeri Sabah pada 1991. Beliau pernah menyandang Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (1990-1999) dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Sandakan (2003-2008).

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan sebelum ini pernah menjadi Majistret. Jawatan terkini beliau Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah - 22 Dis,BERNAMA.

Tuesday, December 21, 2010

Sejarah Pengenalan TYT Sabah

0 Komen Terbaik
TYT atau Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gebenor merupakan Ketua Negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Yang di-Pertua Negeri adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berundingn dengan Ketua Menteri kerana keempat-empat negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif di dalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri juga akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya. Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:

- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pentadbiran
- Kuasa Pengampunan 
- Sumber Kehormatan dan Daulat

Berikut merupakan senarai TYT Sabah:

Tun Datu Mustapha Datu Harun 1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae 1965 - 1973 
Tun Mohd Fuad Stephen 1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah 1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh 1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert 1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak 1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai 1995 - 2002
Tun Haji Ahmadshah Abdullah 2003 - Sekarang
 
Tun Haji Ahmadshah Abdullah (TYT Sabah)

Penduduk Sukau Bakal Hilang Tanah

0 Komen Terbaik
Mengikut Utusan Malaysia Online kelmarin, penduduk luar bandar khususnya Dewan Undangan Negeri Sukau bakal berhadapan kehilangan tanah seandainya 2 isu utama yang membelenggu mereka tidak diselesaikan dengan segera oleh pihak yang bertangunggjawab. 2 isu tersebut adalah penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kegagalan sistem penyampaian kerajaan menjalankan peranan serta tanggungjawab dengan berkesan.



Sehubungan itu, pejabat ADUN Sukau akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang digerakkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) bagi memperincikan segala segala masalah dan menyelesaikannya menerusi kerjasama dnegan jabatan-jabatan.

Monday, December 20, 2010

Asal Usul Jerawat

0 Komen Terbaik

Waduh waduh...kalau bercakap pasal jerawat nie hurm...tak akan ada abisnya. Btl ke? itu pada pendapat aku larh cez bukan semua produk pencuci muka dll sesuai untuk semua jenis kulit meskipun ada iklan yang mengatakan sedemikian cez aku rasa semua orang pun pernah mengeluh bila bertukar mahupun mencuba sesuatu produk kecantikan. kan3x?...

Jerawat dekat muka seseorang tuh sangat larh mengganggu penampilan dan kecantikan kulit wajah. (betul tul, aku pun pernah merasainya...) Banyak faktor penyebab punca masalah jerawat nie. contohnya seperti  perawatan kulit yang salah, sehinggalah stress yang berpanjangan...

Di Genius Beauty, sejumlah pakar yang berasal dari Norwegia meneliti wanita yang berusia 18 tahun hingga 19 tahun mengalami gangguan jerawat. Perasan cemas dan depresi sebenarnya boleh memburukkan lagi kulit kita... Perasan frust juga menyebabkan kelenjar sebaceous menghasilkan lebih banyak minyak yang boleh menyumbat pori-pori. Anggota women's Dermatology Society menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi timbulnya jerawat iaitu:

- Hormon : Perubahan hormon memberi kesan yang sama iaitu mengeluarkan minyak yang boleh menyumbat pori-pori. Jerawat juga timbul disebabkan kitaran haid yang tidak teratur...

Kosmetik : Produk yang banyak digunakan secara sembarangan (wah, ayat semiligate tuh: sembarangan) juga penyebab kepada masalah jerawat.Make up yang salah seperti pemakaian alas bedak biasa boleh menyumbat lubang pori-pori...

Diet Sihat : adalah disarankan memperbanyakkan memakan sayur-sayuran dan juga buah-buahan secara teratur untuk mencegah si jerawat.

December - Musim Hujan

0 Komen Terbaik
Macam biasa larh kalau dah masuk bulan december nie...orang kata musim hujan musim tengkujuh gitu. Tak kira mana tempat tak kira hari apa, memang ditakdirkan bulan december nie musim hujan... Walau apapun kita sebagai hamba-NYA harus tetap bersyukur kerana negara kita sentiasa terlindung dari bencana alam yang dasyat seperti gempa bumi, ribut taufan dll... SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH...
So, biar musim hujan ke musim lain-lain juga kita tetap harus bersyukur. jangan merungut. Nanti kalau cuaca panas tak suka pula, nanti cuaca sejuk pun tak suka juga. Itulah dikatakan bahawa manusia ini TIDAK pernah merasa puas!!! Bersyukur larh kita meskipun hanya di dalam hati...peace...

Apa yang harus korang kena titik beratkan ialah jaga kesihatan tuh cez musim-musim begini penyakit semua senang nak hinggap...kena2 lagi yang antibody lemah confirm senang jatuh sakit... ok,... (^_^)

Jam Tangan - Rolex

0 Komen Terbaik
Hurm, aku baru saja selesai buat payment untuk barang yang aku menang semalam di lelong.com... Haa, ingat senang mau menang ke dilelong tuh, terpaksa 24 jam menghadap laptop saja untuk pastikan tidak ada orang lain yang memintas bid kita tuh...

Kalau dah suka memang lah sanggup tunggu sampai closing time..hehe... Nak tahu barang apa yang aku menang kat lelong semalam? Ha, tengok tajuk pon mesti dah tahu punya...iaitu Jam tangan jenama Rolex... Ori ke? Ori ke, tak ori ke tuh semua tolak tepi...yang penting aku nak juga jam tuh... dah larh cantik...ada brand lagi...murah pula tuh...sape yang tak mau weiiii.... (^_^)

Bukan 1, tapi 2 sekali gus aku menang semalamm... Cez jam tuh start bid dia bukan RM100, RM50 tapi RM1 saje... Murah kan? tapi tak termasuk postage larh... tapi memang berbaloi... cuba korang tengok gambar kat bawah nie... ha'a...jam nie larh yang aku masuk kan tuh...


haa, cantik x? hehe...


Sunday, December 19, 2010

Pasangan Razif muncul Juara Mari Menari 2010

0 Komen Terbaik


Wowowo, aku excited giler tengok performance pasangan Razif nie dimalam Kemuncak Mari Menari 2010 semalam.(tengok kat tv jer...hehe) 

Aku memang respect larh kat dorang nie cez mereka sentiasa hebat disamping dengan idea-idea tarian yang gempak semasa dalam persembahan mari menari! dari minggu pertama hinggalah minggu kemuncak persembahan mereka sentiasa memukau dan sentiasa mendapat tangga tertinggi di dalam carta mari menari. dan sekali lagi secara langsungnya pasangan razif dengan tugasan terakhir mereka iaitu tarian latin yang begitu memukau telah menobatkan mereka sebagai Juara Mari menari 2010!!!

Hahaha...bila saja nama pasagan nie disebut untuk 2 finalis yang akan berentap untuk merebut gelaran juara (Razif & Ariz)..aku melompat weiii...dan sekali lagi aku melompat bila nama mereka diumumkan sebagai Juara!!!! ... Tahniah buat pasangan Razif....


Saturday, December 4, 2010

Rugi RM15,000 diTIPU Rakan Facebook

0 Komen Terbaik


Semalam, 3 Dis 2010 seorang guru wanita kerugian RM15,000 gara-gara percaya terhadap seorang lelaki dari Iraq yang baru dikenalinya melalui Facebook. Lelaki dari Iraq itu berusia lingkungan 30-an telah menghantar mesej kepada guru wanita tersebut pada selasa yang lalu

"lelaki itu mengatakan ingin menemui mangsa dengan alasan hendak mendalami ilmu agama"! Bukan main lagi...nak menipu pun pakai alasan agama segala!!!

Sehari kemudian lelaki tersebut menghubungi mangsa dan memaklumkan telah ditahan oleh pihak Imigresen di KLIA . Lelaki itu memberi alasan dia ditahan kerana membawa mata wang pound sterling 360,000 (RM1.76 Juta) yang tidak diisytiharkan. Dan lelaki tersebut meminta guru wanita itu membebaskannya dengan membuat bayaran sebanyak RM15,000 kepada pihak Imigresen...


Maklumat lanjut korang boleh tengok dekat Utusan>>> Klik Sini.


Related Posts with Thumbnails