TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Wednesday, February 16, 2011

Main Buang-buang Akhirnya Kena Buang

Ada satu cerita nie. Mungkin korang dah pernah dengar dan juga mungkin belum pernah dengar. Cerita nie bagi aku lucu. Kawan aku pernah cerita kat aku. Cerita dia macam nie. Ada tiga orang sahabat yang berlainan negara iaitu orang putih (dari California), seorang lagi dari Filipina dan orang yang ketiga dari Sabah. Tak tahu macam mana mereka bertiga nie boleh berkawan. 

Nak dipendekkan cerita larh kan, satu hari waktu mereka lagi jalan-jalan di suatu taman, kawan mereka yang asal dari Filipina tuh tengah merokok. Belum habis sebatang dihisapnya lalu dibuangnya rokok tuh dan dia mengeluarkan lagi sebatang rokok dan membakar rokok tersebut. Perkara tuh diulangi oleh orang Filipina tersebut sebanyak lima kali berturut-turut sepanjang mereka berjalan. Perkara tuh diperhatikan oleh kawannya yang lagi dua tuh (orang putih & orang dari Sabah).

Kerana panasaran ingin tahu, orang putih tuh bertanya kepada kawannya yang dari Filipina tuh "Hey!, kenapa kau buang rokok kau yang belum habis kau Hisab tuh? Sudah lima kali mengulanginya. Membazir tau!" (macam tuhlah pertanyaan orang putih tuh - dalam versi melayu)

Lalu kawan mereka dari Filipina tuh pon menjawab dengan lagaknya "Apa susah? Membazir apanya? Rokok nie aku buang macam mana pon tetap tak akan habis kerana rokok nie dibuat dinegara aku. Berlambak rokok jenama nie di negara aku tau! (rupanya rokok Suria..hihihi)

Kemudian kawan mereka yang orang putih nie pulaa buat tabiat. Waktu nie dia tengah pakai seluar jeans dan baju jenama Levi's. Lalu dibukanya seluar dan bajunya tuh. Dibuangnya jeans dan bajunya tuh ke lantai. Tinggal boxer jer yang menutupi dirinya kini. Orang putih tuh tersenyum. Kini, kawan mereka yang dari Sabah tuh pula yang hairan & bingung.
Orang Sabah tuh bertanya kepada orang putih tersebut "Hey, kenapa pula kau buka dan buang baju & seluar jeans kau tuh? Sudah buang tabiat?". Lalu orang putih tersebut menjawab dengan kebanggaan "Eleh, apa mahu hairan? Baju dan jeans jenama macam nie banyak di negaraku. Lagi pula, aku banyak baju dan seluar jeans jenama Levi's nie di rumah ku".

Orang Sabah tadi yang melihat perangai kedua-dua sahabatnya tuh kini mulai sakit hati. Dalam hatinya berbisik "oh, kau ingat korang berdua jer boleh berlagak ya? Tunggu kau". Lalu orang Sabah tuh pun maju rapat ke arah kawannya yang dari Filipina tuh, diangkatnya kawannya tuh dengan setenaga yang dia ada kemudian dibuangnya kawannya tuh ke lantai. Kawannya tuh pon menggerang kesakitan. Yala, lantai tuh beb...sakit.Hehe..

Orang putih tuh pon hairan lalu bertanya "Eh, you...kenapa kau buang si S (orang Filipina tadi tuh) ha? You dah gila ka? Orang dari Sabah tuh pon menjawab dengan senyuman sinis "Eleh, nie baru satu jer aku buang. Di Sabah, tempat aku tuh...berlambak orang Filipina tau! Sebab tuh lah aku buang dia. Tak kuasa aku!". Hehe.. 


p/s: Jangan ada yang terasa dengan cerita dia atas. Itu semua adalah gurauan semata. Peace ya...

1 Komen Terbaik:

~ ナフィルザ ~ said... [Reply]

ahahah~
kelakar la,bengang je orang sabah tu..

Related Posts with Thumbnails