TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, May 20, 2010

Nuffnang & Blog

0 Komen Terbaik
First of all, thanx kepada nuffnang kerana dah approved aku jadi ahli Glitterati dorang...

Tahu tak apa tue Nuffnang? Rasanye majoriti dah tau kan apa nuffnang nie? Besalah, dunia tanpa sempadan da sekarang...semuanya dihujung jari kita jer kan? hehe...

Bagi sesiapa yang tak tahu Nuffnang nie apa benda meh aku terangkan sikit-sikit yang aku tahu cez aku baru juga join nuffnang nie so belum dapat apa-apa $$ lagi dari nuffnang nie. Bawa bersabarlah katakan....

Nuffnang.com merupakan pengiklanan blog yang pertama di Asia Pasific. Pengiklan akan menyiarkan iklan berasaskan grafik atau video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis.

Apa kene mengena plak Nuffnang dengan Blog nie?

Memang ada kena mengena pon. Bagi sesiapa yang ada Blog tak kisahlah Blogger atau pon Wordpress ke join larh Nuffnang. Kenapa? Cez' korang dengan blog korang tue korang boleh buat keuntungan dengan nuffnang di mana sekiranya blog anda terpilih means terpilih kerana blog korang mempunyai traffic yang sungguh hebat, korang akan dibayar. Dah ramai dah yang dapat bayaran daripada pihak nuffnang nie. Nuffnang sama juga fungsinya dengan Google Adsense. Dibayar atas PPC...

Kalau korang nak cuba nasib joinlah Nuffnang. Free join tau. Tak bayar apa-apa pon malahan kalau layak kita plak yang akan dibayar...

Bagi mereka yang nak join tapi takde blog aku sarankan buatlah blog kerana disaat nie banyak tutorial buat blog, so sananglah. Pilihlah niche yang korang minat untuk blog korang ok. Good Luck....

Photobucket

Benci Bilang Cinta vs Princess Hour

0 Komen Terbaik


Korang ada tengok tak SinetronBulleted List Indonesia yang baru disiarkan diAsrto Ria pada 18 Mei 2010 (selasa) Jam 6.30Pm-7.30Pm dan aku rasa inilah sinetron pertama yang perrnah disiarkan diAstro Ria (kalau tak silap lah erk...ye lah cez jarang kita nampak cita-cita indonesia terutamanya sinetron disiarkan diAstro Ria).

Apa yang menarik tentang Sinetron Benci Bilang Cinta ini adalah jalan ceritanya persis macam drama korea series iaitu Princess Hour. Bagi sesiapa yang meminati drama-drama korea dah tentu korang pernah tengok Princess Hour nie kan? Memang best cerita princess hour tue dan aku jg salah sorang peminat cerita-cerita korea tau...

Walau bagaimana pon (wah, ayat Skema...) aku rasa princess hour lagi best. Kenapa best? cez pelakon-pelakonnya handsome dan cantik-cantik belaka. Aku rasa sinetron Benci bilang cinta nie akan lebih menarik seandainya pelakon dia cun-cun belaka... Haha..

Tapi senitron benci bilang cinta nie bukanlah sinetron yang baru ataupon fresh kerana sinerton nie telah ditayangkan di Indonesia pada 12 Julai 2006 dan manakala drama korea series ini plak telah mula ditayangkan pada 11 Januari 2006. Apa-apa pon, kalau korang nak tengok jangan lupa saksikannya di Astro Ria Isnin hingga Jumaat Start pukul 6.30pm (wah, promosi ya...?)

Tuesday, May 18, 2010

Download E-book

0 Komen Terbaik
Aku nak kongsi banyak E-book yang aku dapat nie. Aku nak kongsi secara PERCUMA cez aku dapat semua e-book nie pon Free gak. Kita share lah ya? Sharing is Caring kan kata orang. hehe...

Kalau korang rasa e-book nie membawa kebaikan kat diri orang, Korang klik jer e-book yang mana korang nak download kat bawah nie. Dijamin Gratis! dan diharapkan ianya membantu...

INSYAALLLAH, Aku akan selalu juga update ruangan "Download e-book nie dari semasa ke semasa kalau ada masa free lah untuk korang, okie...

Kongsi Fail Anda dengan Ziddu.Com


Ramai yang dah tahu kan tentang Fungsi Ziddu nie kan? Apa? Ada yang tak tahu? Okie, Sebenarnya Ziddu nie sama jugalah macam 4shared.com iaitu kita boleh berkongsi dan menyimpan fail kita seperti video, gambar, musik, dan e-book menggunakan hosting mereka dengan percuma. Maksudnya, Ziddu nie sama macam memory lah. yang bestnya tue tetap free punya lah. hehe... Aku memang suka yang free-free nie...hehe. Jom daftar dengan Ziddu.Com di sini.

Download e-book yang anda minat..

Kunci Kebahagian Adalah Solat

0 Komen Terbaik
Lembaran pertama kebahagian dalam daftar buku harian, dan kgiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan di siang hari adalah Solat Subuh. Oleh tue, mulai saat nie marilah kita buka hari kita dengan Solat Subuh. Dan dengan demikian, INSYAALLAH kita akan berada dalamm perlindungan dan ikutan janji dengan ALLAH SWT. Kita juga akan berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNYA. DIA pasti menjaga kita dari segala yang tidak baik, lalu menunjukkan kita kepada setiap kebaikan, mengarahkan kita kepada setiap keutamaan, dan mencegah kita dari segala hina.

Sesungguhnya tak akan berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh, kerana ALLAH tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.

Sesungguhnya solat subuh merupakan awal tanda penerimaan, keberhasilan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan, kemulian, keteguhan dan keberhasilan. Dan beruntunglah bagi setiap orang yang menunaikan solat subuhnya. Kesejukan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat Subuh; dan kesengsaraan, penderitaan, dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya...

  • Sesungguhnya Kemudahan itu Datang sesudah Kesulitan.
  • Bantahan yang melulu dan memperdebatkan hal-hal yang remeh-temeh dapat mengeruhkan kejernihan & memudarkan Keindahan Nuansa kehidupan.
terima kasih kepada Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.

Dapatkan buku tulisan Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni : "Jadilah Wanita yang Paling Bahagia". Pastinya akan menyedarkan korang betapa indahnya kita ini diciptakan sebagai seorang wanita...

Photobucket

Lagu Baru - Stacy AF6

0 Komen Terbaik
Photobucket

Lagu terbaru daripada Bekas Juara AF6 iaitu Stacy. Hari tue dorang kata Lagu terbaru Stacy nie Judulnya "Jahat" tapi yang keluarnya lagu yang berjudul "Kisah Kita". Mungkin belum siap sepenuhnya kot lagu "Jahat" tue kan...apa-apa pon aku tetap menantikannya...

Jom, ramai-rami Download lagu Stacy yang baru nie kat www.muaturun.my dan semestinya gratis gitu...

Lirik Lagu "Kisah Kita"

Kita telah bersama, Warnai dunia,
ketawa dan duka, sering bersama,
waktu yang bergulir, memisahkan kita,
tapi hati kita, tak akan berpisah.

Satu cita-cita, mimpi dan harapan,
selalu bersama, dalam satu rasa,
rindukan selalu membayangi kita,
menjalani waktu, dengan kisah kita.

C/o:
Bebaskan harimu dengan cintaku,
ekspreksikan dirimu dengan mimpiku,
satukan mimpimu dengan mimpiku,
ini kisah kita.

Monday, May 17, 2010

Love Story 2050

0 Komen Terbaik


Dah tengok ke Filem Hindi "Love Story 2050"? Mesti ada yang da tengok nie kan? Yalah, filem nie pon bukannya filem baru...kalau tak silap filem nie keluar pada tahun 2009 kot. 1st time aku tengok cerita nie kat Zee channel dan kemudiannya aku tengok sekali lagi di Channel B4U...

Bagi sesiapa yang minat Cerita Hindi nie dan belum tengok lagi filem Love Story 2050 aku sarankan tengoklah cez memang Best!!! Kenapa best? Cez heroin dia ialah my fav artis iaitu Priyanka Copra. Cantik gila bekas Miss World nie tau... Manakala Hero dia ialah seorang jejaka yang 1st time aku tengok kat tv. Sekali pandang memang macam Hritik Roshan cez muka dia, Body dia dan tarian dia yang lembut seakan-akan Hritik Roshan. Kembar ke? Confuse den...hehe..iaitu Karan Malhotra...

Yang menarik tentang filem nie ialah hmmm tajuk filem pon dah "Love story" so, of coz lah tentang cintakan. Percintaan diantara Harman (Karan) dan Sana (Priyanka) yang mana mempunyai perwatakan berbeza. Namun cinta adalah segala-galanya (cehh wahh...)

Satu kemalangan telah menimpa Sana dan kemudiannya sana pon mati. Harman tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sana telah tiada... Kemudian Pak cik Harman iaitu seorang saintis
telah mencipta sebuah mesin masa depan. Dan mereka kemudiannya telah pergi ke masa depan dengan menggunakan mesin tersebut untuk mencari Sana. (Macam cerita Dragon Ball plak pakai mesin-mesin nie)

Dorang pon pergilah ke Tahun 2050 dan mereka bertemu Sana sebagai orang lain dengan nama Ziesha. Hebat. Tahun 2050 dorang semua pakai jet-jet di udara jak. Kereta-kereta nie tak pakailah. Ada robet comel lagi tue. Memang bestlah cez tahun 2050 teknologi yang dipaparkan begitu canggih dan orang yang telah menulis cerita ini nampaknya seorang yang mempunyai imaginasi yang begitu hebat. Erm, boleh lawan Hollywood nie...

Photobucket

Jom Buat Blog

0 Komen Terbaik
Hehe...aku nie tak jugalah hebat sangat nak buat blog nie. Juz yang basic jak yang aku tau. Kalau mengenai Html tahu jugalah aku sikit-sikit. Buat web pon tahu juga. Sikit-sikit jugalah. Format laptop pon aku dah hebat dah sekarang nie. Alah, bukan juga susah sangat nak Format laptop kan?

So, Jom buat blog bagi sesiapa yang nak buat Blog macam aku nie... Tapi, apa Blog tue? Blog adalah singakatan kepada web log. Fungsinya sama macam Web cuma Blog nie dia taklah susah sangat cez kalau Web nie yang susah sikitnya tue adalah kita nak belajar bahasa html... Kalau Blog best. Senang jerr...

Blog nie ada yang berbayar dan ada yang percuma. Kalau macam aku punya nie yalah percuma punye jer asal ada account gmail. Korang ada tak Account gmail? Kalau ada senanglah. Kalau takde takpe, buka jer account gmail. free gak bha...hehe

Kalau dah buka account gmail korang just daftar untuk blogspot jer dengan account gmail korang tue. Taip jer Blogspot. Lepas tue korang cari nie - Blogger: Create your free blog

Photobucket

Setelah korang masukan email dan password, korang akan nampak langkah seterusnya seperti gambar di atas.

Langkah 1: Create Account. Isi lah apa-apa yang patut iaitu:
- email address
- retype email address
- enter password
- retype password
- Display Name
- Birthday
- Word Verification
- dan Tick ruangan I accept the terms of service kemudian tekan next

Langkah 2 : Name Blog
- type nama blog yang korang suka
- type nama url blog korang contohnya testing.blogspot.com/
- kemudian sekali lagi sahkan tulisan Verification dan kemudian tekan next.

Langkah 3: Choose Template
- kemudian pilih tempate blog yang korang suka kemudian tekan next.

Ha, dah siap pon Blog Korang. Sekarang korang dah boleh posting apa-apa cerita yang korang minat. Selamat mencuba...

Sunday, May 16, 2010

Adira, Shahir, Iwan, Daus & Maulana ke Final

0 Komen Terbaik
Kini terjawab dah siapa finalis AF8 pada tahun ini iaitu Shahir, Adira, Iwan, Daus dan Maulana. Pengumuman tersebut dibuat oleh Sarimah Ibrahim iaitu hos debaran AF8.

Erm,biarpon aku tak minat sangat dengan ain nie cez attitude dia tue kalau bagi aku biarlah Ain yang pergi ke Final dan bukannya maulana. Kerana ain suara boleh tahan gila cuma dia tak sustain dengan performance dia tiap-tiap minggu. Ain dan Maulana sama-sama hebatlah juga tapi aku rasa yang layak ke final ialah ain. Lagipon kalau Ain tersingkir tinggala adira lah sorang-sorang dekat AF tue. Tapi apa boleh buat, takde rezeki...

Kini tinggal lah Adira seorang diri dengan empat finalis lelaki iaitu Shahir, Iwan, Daus dan Maulana.

Aku mula rasa dah tak sedap hati dah nie cez undian Shahir jauh lebih tinggi daripada Adira. Aku minat juga dengan Shahir nie cez suara dia. Tapi semenjak dia Afmasuk last week tue undian Adira kian tergugat. Dan dalam masa yang sama Murai.com seolah-olah menjatuhkan nama Adira dengan memperlihatkan kisah-kisah mereka sebelum masuk AF8 iaitu yang melibatkan tudung. Erm, ada-ada jak. Jeles lah tue...huhu... Aku tak lah fanatik sangat dengan Adira tapi bila dah ada statement macam tue sakit hati lah juga bha...huhu...

Biar apapon, pengundi tahu siapa yang sebenarnya layak menjadi Juara AF8 kali ini. Tak semestinya jadi Juara AF akan glamour diluar sana nanti. Glamour lah tapi jap jak tue...dah banyak dah yang jadi contoh... Apa-apa pon aku suka statement Adlin dan Adibah Noor bila ditanya siapa yang dirasakan akan jadi Juara AF kali nie...hehe...Adira lah..huhu...

Dan, bagi chatters kat channel 109 Astro tue bawa-bawalah bertaubat. Jangan asyik nak kutuk sana kutuk sini. Kalau nak kutuk pon cover-cover lah bha...huhu

Piala Thomas Akhirnya milik China

0 Komen Terbaik

Akhirnya, sekali lagi Piala Thomas kali ini menjadi milik China. Di mana peringkat akhir sebentar tadi telah menyaksikan pertemuan antara China dengan Indonesia yang mana kedua-dua negara merupakan negara yang terkuat dalam sukan badminton...

Permainan dimulakan dengan permainan perseorangan pertama iaitu antara Taufik Hidayat dan Lin Dan. Ternyata Taufik tidak dapat menyaingi Lin Dan dan Taufik Tewas akhirnya. Taufik mengakui Lin Dan seorang pemain yang hebat... Memang betul. Aku pon sokong...pergerakannya sungguh pantas macam Naruto...

Permainan diteruskan lagi dalam permainan bergu di mana menemukan Juara Olimpik iaitu Pasangan Hendra Setiawan dan Markis Kido dengan Pasangan China yang mana telah menewaskan pasangan skuad negara iaitu Chai Yun dan Fu Haifeng. Permainan begitu sengit. Di mana Indonesia mempunyai peluang untuk menang. Tapi malangnya tuah tidak membela kepada mereka dan akhirnya Indonesia Tewas sekali lagi... Walau bagaimanapon, aku suka Markis Kido. Biar pon kecik, tapi hebat! Kecik-kecik chili api!

Akhirnya Piala Thomas menjadi milik China setelah Simon Santoso ditewaskan oleh Chen Jin dalam permainan perseorangan kedua. Padahal, kalau dilihat dari segi ataupon mutu permainan Simon seolah-olah memberi harapan kepada Indonesia. Tapi, sekali lagi tuah tidak memihak kepada Indonesia seterusnya mengangkat China sebagai Juara Piala Thomas 2010...

Apa-apa pon, Skuad Indoesia telah memberikan tentangan yang sungguh hebat dan tahniah kepada mereka...

Selamat Hari Guru 2010

0 Komen Terbaik
Ya, hari ini 16 Mei 2010 adalah hari guru, semua orang pun tahu bha kan?hehe.. Kalu korang nak tahu "16 Mei" telah dipilih sebagai Hari Guru di mana akan ada pelbagai aktiviti mahupun program akan dijalankan bagi mengenang jasa para guru semua. Rindunye nak sambut hari guru lagi...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru mahupun pensyarah di seluruh Malaysia. Dan ucapan ini juga khas untuk guru-guru yang pernah ajar aku dari sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah terutamanya Pn.Wong, dan Pn.Hajirah. Terima Kasih kerana mencurahkan ilmu kepada saya...

Tidak lupa juga para pensyarah yang pernah mendidik saya terutamanya Pn.Naswati, Pn.Safura, Pn.Oswella, Pn.Dalinah, Pn.Azlina, En,Majdi, En.Binuwil, En.Rudy dan ramai lagi yang pernah mengajar saya, saya ucapkan Selamat Hari pendidik...tanpa ilmu dan berkat anda semua siapalah saya. Umpama kegelapan yang tiada cahaya atau sinar.

Terima Kasih kepada semua warga pendidik yang sentiasa sabar dalam mendidik anak bangsa hingga menjadi orang yang berguna. Terima Kasih kepada semua warga pendidik yang sentiasa sabar dengan pelbagai ragam pelajar mahupun karenah murid...

Sesunnguhnya JasaMu sentiasa dikenang. Seorang pendidik tidak akan dapat mengingati semua pelajar yang pernah dididiknya tetapi seorang pelajar akan dapat mengingati semua pendidik yang pernah mendidiknya... Itulah dia...Guru...

Saturday, May 15, 2010

Konsert 9 AF8 - Pengkritik Tetap PEDAS mengkritik!

0 Komen Terbaik
Dah masuk konsert yang ke-9 di mana merupakan minggu penentuan gitu untuk menentukan siapa yang layak mara ke Final.

Semua orang tahu para pelajar yang tinggal iaitu Adira, Shahir, Iwan, Ain dan Maulana sentiasa dan akan memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu dan kita boleh lihat kritikan dan pujian yang sentiasa mereka terima daripada 2 orang pengkritik tetap dan seorang pengkritik jemputan.

Namun, malangnya pada konsert yang ke-9 ini pun para pengkritik MAKIN mengkritik. Jarang ada kata-kata pujian yang diterima oleh pelajar terutamanya si Ain lah. Memang kesian lah s Ain nie. Dah buat yang terbaik pun tetap juga dikritik habis oleh Adlin A.R...

Kalau mengikut padangan aku lah kan (ceh wahh..) dan aku marah sangat semasa tengok konsert tadi tue..yala...Pak Nil tue kritik Adira yang ntah-ntah... then tak bagi lampu hijau plak tue di mana Adira membawa lagu Dua (KRU) dan Mercy (Duffy) dan Adira hanya dapat 1 jak lampu iaitu dari Adibah Noor.

Manakala Ain plak bawa lagu Luka dilukai (Shima) & Falling For You (Colbie Caillat)

Maulana plak bawa lagu Inilah Cinta (Akim AF7) dan Better Man (Robbie Williams).

Iwan plak bawa lagu Berlari (Tomok) & 21 Guns (Greenday)

Si Shahir plak bawa lagu Tak mungkin Berpaling (Versi Mawi) & Lagu arap daa.. Tamaly Maak

dan Si Daus plak bawa lagu Take a Look Around (Limp Bizkit) dan Masa (Estranged)

Bagi aku, memang aku minat sangat kat Adira tapi Konsert ke-9 adalah yang TERBAIK punye!!! Tapi pengkritik tetap mengeluarkan ayat-ayat cinta mereka...tak bagi support betul... hampehh...

So, siapakah 5 orang pelajar yang akan Mara ke final minggu depan? kalau aku..aku pilih..Adira, Shahir, Iwan, Maulana, dan Ain. Sorry Daus..you terpaksa disingkirkan. Hehe..memandai jak aku ne...apa-apa pon semuannya akan terjawab di Debaran yang ke-9 esok! tengok erk, jangan tak tengok...

Piala Thomas 2010 - Malaysia tewas ditangan China

0 Komen Terbaik

14 Mei 2010 - Perjumpaan Malaysia dengan China yang telah berlangsung di Stadium Juara, Bukit Jalil yang bermula pada Jam 7 PM dan berakhir sekitar Jam 9 lbh tadi menyaksikan Malaysia TEWAS untuk pergi ke peringkat akhir iaitu kalah 0-3 kepada China.

Set pertama telah menyaksikan perjumpaan di antara Dato Lee Chong Wei dengan pemain handalan dunia iaitu Lin Dan (ranking 1 dunia). Lin Dan telah mengalahkan Dato Lee Chong Wei dengan 21-17, 21-8 dalam permainan perseorangan pertama.

Kemudian, pertarungan diteruskan lagi dalam permainan bergu di mana mempertemukan pasangan dari skuad Malaysia iaitu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dengan pasangan dari China iaitu Cai Yun/Fu Haifeng dan Malaysia tumpas sekali lagi dengan 17-21, 8-21.

Manakala dalam permainan perseorangan kedua menampilkan Chen Jin (ranking 3) menumpaskan Wong Choong Wei (rankin 16) dengan mata 21-17 dan 21-7.

Kini, punahlah harapan Malaysia untuk melayakan diri ke peringkat akhir seterusnya memenangi piala Thomas.

Walau bagaimanapun, aku nak ucap tahniah kepada semua pemain negara yang beraksi dengan penuh semangat dalam menentang China pada hari ini. Mungkin takde rezeki tahun nie. Ternyata China bukan calang-calang lawan. Terus berusaha dan perbaiki mutu permainan anda... kerana MALAYSIA BOLEH Bha!!!!!!!!!!!!!!!!


Photobucket
Pemain fav' aku - Wong Choong Han (perseorangan)

Photobucket
Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (pemain bergu)

Thursday, May 13, 2010

Temuduga Kerja

0 Komen Terbaik

Haa, aku semangat nie nak buat posting tentang "Temuduga Kerja". Ingat senang ke nak dapatkan kerja nie? Cakap memang larh senang tapi iya juga banyak yang tanam anggur dan salah seorangnya adalah aku...hahaha... Opppss...tapi...aku taklah menganggur terus cez' sebelum menganggur nie aku pernah juga kerja bha...haha...cuma terpaksa resign dengan rela hati atas sebab-sebab yang tak dapat dielaki (ceehhh...Skema punya ayat tue... )

Kalau temuduga biasa erm means temuduga dengan company ke atau pihak swasta yang lain ke, boleh larh pakai yang biasa-biasa jer macam sluar slack dengan kemeja T (especially untuk perempuan) atau pon pakaian yang kasual dan tidak melambangkan keformalan (baju kurung). Tapi kalau temuduga dengan kerajaan punya tak kisahlah kementerian mahupun jabatan mana, penampilan itu penting dari semua sudut iaitu dari atas kepala hingga larh ke kaki. So, pakaian yang sepatutnyalah dipakai semasa menghadiri temuduga kerajaan nie ialah:

i) Pakai baju kurang (meskipon aku tak suka baju kurung terpaksa larh pakai)
ii) Kalau korang Free Hair...so, rambut tue pastikan kemas dan kalau boleh guna jari jerr...haha
iii) Kalau korang jenis yang pakai tudung, pastikan tudung tue maintain tegak, jangan kusut!
iv) Kasut jenis yang tertutup dan tumit sikit larh kalau boleh...

Dan kemudiannya, resume kena larh yang terbaik punya. Cez' resume melambangkan diri kita. Resume kita print atas kertas A4 so, pastikan kertas tue tak remuk ok! Tapi kebanyakan orang kata kalau temuduga kerajaan nie kita kena buat resume dalam bahasa melayu gitu.

Bawalah sijil-sijil yang berpatutan dan berkenaan... jangan plak bawa sijil kahwin ke atau pun sijil kedai ke...hehehe..ok...

Dan aku ada petua dari seorang kawan di mana dia dapat kerja daa (SPA online). elok diamalkan:

- Siapa Nama PM kita (yang terkini)
- Siapa Nama Yang Dipertuan Agong Kita (yang terkini)
- Tugas-tugas Jawatan yang kita pohon tue
- Isu Semasa
- Pengetahuan Am
- Jawatan yang kita pohon tue di bawah kementerian atau jabatan mana?

Disamping tue, datang awal semasa temuduga. Baca larh Ayat Kursi dan 3 Qul. INSYAALLAH...dipermudahkan segala Jalan Kita oleh NYA.

Sebenarnya, lusa pun aku ada temuduga kerajaan nie, so thatz why larh kongsi sikit-skit nie apa yang aku dapat dari kawan yang dah berjaya...

So, Siapa-siapa yang baca posting nie...kalau sempat...Doakan lah aku..ya... =)

Photobucket


Wednesday, May 12, 2010

AFUNDI Masuk? - Shahir mendapat Peluang Ke-2

0 Komen Terbaik

Akhirnya kejutan sekali lagi dibuat di mana tahun ini pon ada Afundi Masuk lagii. Kalau bagi aku, ok larh. Cez' persaingan bertambah hangat gitu. Yalah, kalau dibandingkan AF 8 kali nie (pendapat aku larh erk) semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya Suara Mantap-mantap. Tak macam AF yang lepas-lepas mesti seorang dua ada yang spoil gtu. Contohnya muka ada, tapi suara hampeh. Ada tue suara sedap, tapi malu-malu plak. Tak macam AF kali nie, biar ada yang pemalu ke apa ke tapi dorang tetap buat yang terbaik punya larh!!! Tahniah kepada AF8 ye...

Malam Sabtu iaitu 8 Mei 2010 di mana Farina disingkirkan dikonsert yang ke-8. Namun demikian, pihak Astro dengan murah hatinya memberi peluang ke-2 kepada salah seorang pelajar dari 7 orang yang telah tersingkir iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Shahir dan Farina.

Dan pada malam Debaran yang ke-8 (ahad : 9 Mei 2010), atas undian yang tertinggi lagi majoriti di mana seperti yang semua pihak jangkakan iaitu Shahir AF8 kini diserap balik ke Akademi untuk bersaing dengan 5 lagi pelajar iaitu Adira, Iwan, Daus, Ain dan Maulana dan akan berentap semula diminggu yang ke-9 serta penentuan untuk masuk ke Final...

Apa-apa pon, aku lega Cez' pelajar yang aku minat masuk balik owh...hehehe... (Hepy sangat...) Tapi dalam masa yang sama aku takut juga larh...yalah...cez undian shahir sekarang tertinggi tau semenjak talian undian Shahir diaktifkan.Erm...kalah si Adira ne...Aissshh... Mana da peginya peminat Adira ne.... Haiii.... (Aissyh...macam aku plak yang bertanding nie...hihi) Apa-apa pun wish kat dorang..Gud luck larh...buat yang terbaik okie!

Tuesday, May 4, 2010

Free Software

0 Komen Terbaik


Anda baru selesai format laptop atau Komputer anda? So, tentunya anda perlukan Microsoft Office untuk buat kerja dengan menggunakan Microsft Word, Excel, Power Point dan macam-macam lagi. Senang jer, anda boleh download kat sini... Anda hanya perlu klik "Download" kat bawah nie...

Monday, May 3, 2010

Konsert ke-7 Menyaksikan Shahir TERSINGKIR

0 Komen Terbaik



Update Terkini: 2 Mei 2010 :- Debaran yang ke-7 menyaksikan Shahir merupakan peserta yang tersingkirrrrrr... Tak Sangka! Tolonglah...semua orang nak Shahir kekal kat Akademi hingga ke Final... Jom AFUNDI MASUK untuk SHAHIR!!! Lagipun Kurang peserta untuk melangkah ke Final iaitu at least 5 orang... Kalau korang tengok comments dekat channel 109..rata-rata semua nak Shahir kekal!!!!

Walau bagaimanapun jom ikuti posting yang telah disediakan oleh Razif Rosdi di Portal Murai.com.my:-

Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7 malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagai pelajar terbawah carta fakulti. Malah, Norman mengakui terkilan dengan keputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya serta layak ke peringkat akhir AF8.

"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua, Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studio bertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry Abd Halim.

"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muzik single ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahir untuk bergelar penyanyi," ujar Norman.

Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui pada sidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalan buat dirinya.

"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar. Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah, Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ke tahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.

Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8 iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaran juara AF8.

Tetapi kalau dihitung-hitung bilangan pelajar yang kekal kini adalah seramai 6 orang dan terdapat 2 minggu lagi sebelum final. Adakah Final AF8 kali ini hanay menampilkan 4 orang finalis sahaja ataupun mungki ke ada AFUNDI MASUK? Tak tahu larh... Harap-harap ada AFUNDI MASUK dan diharapkan SHAHIR MASUK kembali....


Photobucket

Sunday, May 2, 2010

ADIRA AF8 the BEST!

0 Komen Terbaik
Dalam ramai-ramai pelajar AF8 kali nie korang minat siapa erk? Korang rasa lah siapa yang akan jadi JUARA kali nie? Lelaki atau Perempuan? Aku pasti korang pun mesti minat salah sorang dari mereka kan? Bagi aku...5 orang pelajar kegemaran aku ialah Adira, Shahir, Farina, Iwan dan Daus. Tapi aku lebihhh minat sangattt kat Adira! Suara dia beb fuhh lamak memang Power giler! Aku rasa dia lah pelajar perempuan yang hebat! Kenapa? Cez Adlin selalu Puji dia tau. Haha... aku minat dia bukan sebab dia tue orang negeri aku tapi adalah kerana bakat yang dia ada dan pakej dia tue... So, Mana peminat-peminat Adira nie? Jom ramai-ramai kita bagi komen yang membina untuk dia seterusnya jom kita AFUNDI ADIRA. Go ADIRA...Go ADIRA!!!
I wish Adira dapat masuk Final. Harap dia maintain n Sustain her performances! Aku tau Ko Boleh Bah Adira...hehehe...
Cara Vote: Taip AFUNDI10 ADIRA dan send ke 32999.
Photobucket
Mari Kenali ADIRA AF8...

NAMA: Siti Adira Suhaimi

NAMA PANGGILAN: Adira
TARIKH LAHIR: 19 September 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Ranau, Sabah
UMUR: 19 tahun
BANGSA: Kadazan/Dusun
AGAMA: Islam
TINGGI: 152 cm
BERAT: 48 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM
ADIK BERADIK: 8 orang (anak bongsu)
HOBI: Dengar radio, makan, tidur & berangan
GAMBARAN PERIBADI: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang


Tugasan yang diberikan kepada Adira:-
1) Konsert 1 - Bertama Dikalbu
2) Konsert 2 - Ku Percaya Ada Cinta
3) Konsert 3 - Kini
4) Konsert 4 - Biarlah
5) Konsert 5 - Sri Mersing
6) Konsert 6 - My All
7) Konsert 7 - Ayat-ayat Cinta
8) Konsert 8 - Kitalah Bintang

Photobucket
Selain ADIRA...aku minat Shahir juga. Sedap suara dia. Jantannn gtu...(kata Adlin). Kalau korang baca comments kat You Tube Shahir telah di gosipkan dengan Adira... Kalau ditengok-tengok Padan juga Shahir dengan Adira kan? Sama cantik...sama Handsome. Memang padan giler!!! Hehehe... Jom Layan sikit Profail Shahir nie...
Photobucket
NAMA: Ahmad Shahir Zawawi
NAMA PANGGILAN: Shahir

TARIKH LAHIR: 5 September 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh, Perak
UMUR: 21 tahun
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam

TINGGI: 168 sm

BERAT: 65 kg

STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar Pusat Asasi, UIA
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma (Kejuruteraan)
ADIK BERADIK: 5 orang (anak pertama)
HOBI: Merancang masa depan

Antara Tugasan yang telah diberikan kepada Shahir:-
1) Konsert 1 - Khatimah Cinta
2) Konsert 2 - Jangan Nakal
3) Konsert 3 - Derita Cinta
4) Konsert 4 - Always Be My Baby
5) Konsert 5 - Anggapanmu
6) Konsert 6 - Kau yang SATU
7) Konsert 7 - Tiara

Photobucket

Akademi Fantasia 8 - 2010

0 Komen Terbaik
DEMAM AKEDEMI FANTASIA KEMBALI?
Dalam ramai-ramai pelajar kali nie, korang minat siapa? Siapa yang korang rasa akan masuk Final? dan siapa korang rasa akan jadi Juara AF8 kali nie? Lelaki atau Perempuan???
Photobucket
Berikut senarai nama pelajar AF8 :-

1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah

2. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah

3. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor

Related Posts with Thumbnails