TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, April 30, 2010

Kartun Apa Yang Korang Minat?

0 Komen Terbaik
Banyak kartun terbaru yang muncul di TV mahupun Astro di channel 611, 612, 613, dan banyak lagi larh. Dalam banyak-banyak kartun tue aku Minat Totally Spies. Korang apa? Totally Spies nie da lama ada da tapi selepas aku habis pengajian hari tue dan duduk rumah dalam jangka waktu yang lama akhirnya aku terjangkit kembali untuk menonton cerita-cerita kartun nie. Nie semua gara-gara adik dan anak buah aku larh nie... =) Best owh Totally Spies nie. Ada yang minat Totally Spies ke juga???

Totally Spies adalah siri Televisyen animasi yang dihasilkan oleh Syarikat Perancis Marathon Produksi. Pengeluarannya bermula pada tahun 2001, dan pada tahun 2008 menunjukkan musimnya yang kelima dan terakhir. Sebuah Filem telah ditayangkan sempena festival pada 22 Julai 2009.


Totally Spies ciri petualangan dan misi dari tiga remaja (Sam, Clover, dan Alex) yang dipimpin oleh pengasas dari WOOHP, Jerry Lewis. Itu nama keluarga untuk Spies yang baik tidak terungkap dan tidak dikenali.

Setiap misi yang ditugaskan oleh WOOHP melibatkan beberapa alat yang diberikan kepada meraka oleh Jerry (atau dalam musim 3 dan 4, Gladis). Misi yang ditugaskan oleh WOOHP biasanya menggunakan alat lama yang dismpan oleh Sam, Clover dan Alex untuk kegunaan kecemasan. ALat WOOHP sering mempunyai nama yang menghuraikan kata-kata ironis dan lucu seperti KURTT. Hampir semua misi melibatkan cat suits merah, hijau dan kuning, tetapi kadang-kadang pakaian mereka akan diganrikan dengan pakaian lai seperti UPWATI. So, ada sesiapa yang minat kartun nie ke?Ha...samala kita...hehehe

Photobucket

Selain tue, kartun Malaysia yang menjadi kegemaran kanak-kanak dialaf nie adalah Upin & Ipin. Upin & Ipin pun salah satu kartun kegemaran aku. Macam budak-budak kan? Hehe...Masa study dulu pun aku dan kawan-kawan minat sangat dengan Upin & Ipin...bukan apa...Comel Bha...hehe

Selain kecomelan dorang tue, setiap episod cerita upin & ipin memang lucu. Bukan saja lucu tetapi ke semua jalan ceritanya mengandungi unsur nasihat dan tidak hairan lah sekiranya Kartun Upin & Ipin nie menjadi terkenal dalam masa yang singkat disamping meningkatkan nama Malaysia dalam bidang animasi. ha...ingat orang putih saja boleh bua...kita pun boleh tau! So, mari kita ramai-ramai menyokong industri animasi negara kita bak kata mantan PM kita..."Utamakan Buatan Malaysia". So, jangan lupa tontoni Upin Upin di Astro Ceria dan TV9...


Photobucket



Buku TERBAIK untuk Mengenal Kehidupan sebagai WANITA!

0 Komen Terbaik
JUDUL: JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.
OLEH: DR.AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

RINGKASAN: Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Abah aku ada belikan adik aku sebuah buku bertajuk "JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA". Dah lama da buku nie. Tapi adik aku tak pernah buka mahupun baca. Mungkin kerana cover buku nie kot yang tak berapa menarik dan tajuk dia pun panjang semacam. Aku pun tak minat. Kenapa tiba-tiba masa aku rasa aku Down hari tue (Cez nenek aku meninggal dunia dan aku masih dalam dilemma) tergerak hatiku ini ingin membacanya.

Aku macam terpana kerana seumpama semua yang terkandung di dalam buku tue seolah-olah semacam dia tahu yang aku nie dilemma kerana semuanya kata-kata dalam buku tue hmmm...aku susah nak exlplain tapi yang realnya Aku sangat berterima kasih kepada penulis kerana semua kata-kata hikmah dalam buku tersebut telah menyedarkan aku akan kehidupan ini... dan aku suggest kat korang carilah buku nie...kaalau korang hadapi masalah hidup dan tak tahu nak dapat nasihat dari mana atau malu mengadu kat kawan-kawan...belilah buku nie dan jadikannya penasihat terbaik kepada anda. INSYAALLAH...hidup akan lebih bermakna... dan anda akan sedar siapa PENCIPTA ANDA...

Salah satu part yang aku suka adalah:

-KUNCI KEBAHAGIAAN ADALAH SOLAT oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
"Ku lihat Kebahagiaan bukan milik orang
yang berharta banyak, melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertakwa"

Photobucket


Related Posts with Thumbnails