TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, May 15, 2010

Piala Thomas 2010 - Malaysia tewas ditangan China


14 Mei 2010 - Perjumpaan Malaysia dengan China yang telah berlangsung di Stadium Juara, Bukit Jalil yang bermula pada Jam 7 PM dan berakhir sekitar Jam 9 lbh tadi menyaksikan Malaysia TEWAS untuk pergi ke peringkat akhir iaitu kalah 0-3 kepada China.

Set pertama telah menyaksikan perjumpaan di antara Dato Lee Chong Wei dengan pemain handalan dunia iaitu Lin Dan (ranking 1 dunia). Lin Dan telah mengalahkan Dato Lee Chong Wei dengan 21-17, 21-8 dalam permainan perseorangan pertama.

Kemudian, pertarungan diteruskan lagi dalam permainan bergu di mana mempertemukan pasangan dari skuad Malaysia iaitu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dengan pasangan dari China iaitu Cai Yun/Fu Haifeng dan Malaysia tumpas sekali lagi dengan 17-21, 8-21.

Manakala dalam permainan perseorangan kedua menampilkan Chen Jin (ranking 3) menumpaskan Wong Choong Wei (rankin 16) dengan mata 21-17 dan 21-7.

Kini, punahlah harapan Malaysia untuk melayakan diri ke peringkat akhir seterusnya memenangi piala Thomas.

Walau bagaimanapun, aku nak ucap tahniah kepada semua pemain negara yang beraksi dengan penuh semangat dalam menentang China pada hari ini. Mungkin takde rezeki tahun nie. Ternyata China bukan calang-calang lawan. Terus berusaha dan perbaiki mutu permainan anda... kerana MALAYSIA BOLEH Bha!!!!!!!!!!!!!!!!


Photobucket
Pemain fav' aku - Wong Choong Han (perseorangan)

Photobucket
Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (pemain bergu)

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails