TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Sunday, May 16, 2010

Piala Thomas Akhirnya milik China


Akhirnya, sekali lagi Piala Thomas kali ini menjadi milik China. Di mana peringkat akhir sebentar tadi telah menyaksikan pertemuan antara China dengan Indonesia yang mana kedua-dua negara merupakan negara yang terkuat dalam sukan badminton...

Permainan dimulakan dengan permainan perseorangan pertama iaitu antara Taufik Hidayat dan Lin Dan. Ternyata Taufik tidak dapat menyaingi Lin Dan dan Taufik Tewas akhirnya. Taufik mengakui Lin Dan seorang pemain yang hebat... Memang betul. Aku pon sokong...pergerakannya sungguh pantas macam Naruto...

Permainan diteruskan lagi dalam permainan bergu di mana menemukan Juara Olimpik iaitu Pasangan Hendra Setiawan dan Markis Kido dengan Pasangan China yang mana telah menewaskan pasangan skuad negara iaitu Chai Yun dan Fu Haifeng. Permainan begitu sengit. Di mana Indonesia mempunyai peluang untuk menang. Tapi malangnya tuah tidak membela kepada mereka dan akhirnya Indonesia Tewas sekali lagi... Walau bagaimanapon, aku suka Markis Kido. Biar pon kecik, tapi hebat! Kecik-kecik chili api!

Akhirnya Piala Thomas menjadi milik China setelah Simon Santoso ditewaskan oleh Chen Jin dalam permainan perseorangan kedua. Padahal, kalau dilihat dari segi ataupon mutu permainan Simon seolah-olah memberi harapan kepada Indonesia. Tapi, sekali lagi tuah tidak memihak kepada Indonesia seterusnya mengangkat China sebagai Juara Piala Thomas 2010...

Apa-apa pon, Skuad Indoesia telah memberikan tentangan yang sungguh hebat dan tahniah kepada mereka...

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails