TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, May 17, 2010

Love Story 2050



Dah tengok ke Filem Hindi "Love Story 2050"? Mesti ada yang da tengok nie kan? Yalah, filem nie pon bukannya filem baru...kalau tak silap filem nie keluar pada tahun 2009 kot. 1st time aku tengok cerita nie kat Zee channel dan kemudiannya aku tengok sekali lagi di Channel B4U...

Bagi sesiapa yang minat Cerita Hindi nie dan belum tengok lagi filem Love Story 2050 aku sarankan tengoklah cez memang Best!!! Kenapa best? Cez heroin dia ialah my fav artis iaitu Priyanka Copra. Cantik gila bekas Miss World nie tau... Manakala Hero dia ialah seorang jejaka yang 1st time aku tengok kat tv. Sekali pandang memang macam Hritik Roshan cez muka dia, Body dia dan tarian dia yang lembut seakan-akan Hritik Roshan. Kembar ke? Confuse den...hehe..iaitu Karan Malhotra...

Yang menarik tentang filem nie ialah hmmm tajuk filem pon dah "Love story" so, of coz lah tentang cintakan. Percintaan diantara Harman (Karan) dan Sana (Priyanka) yang mana mempunyai perwatakan berbeza. Namun cinta adalah segala-galanya (cehh wahh...)

Satu kemalangan telah menimpa Sana dan kemudiannya sana pon mati. Harman tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sana telah tiada... Kemudian Pak cik Harman iaitu seorang saintis
telah mencipta sebuah mesin masa depan. Dan mereka kemudiannya telah pergi ke masa depan dengan menggunakan mesin tersebut untuk mencari Sana. (Macam cerita Dragon Ball plak pakai mesin-mesin nie)

Dorang pon pergilah ke Tahun 2050 dan mereka bertemu Sana sebagai orang lain dengan nama Ziesha. Hebat. Tahun 2050 dorang semua pakai jet-jet di udara jak. Kereta-kereta nie tak pakailah. Ada robet comel lagi tue. Memang bestlah cez tahun 2050 teknologi yang dipaparkan begitu canggih dan orang yang telah menulis cerita ini nampaknya seorang yang mempunyai imaginasi yang begitu hebat. Erm, boleh lawan Hollywood nie...

Photobucket

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails