TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, May 3, 2010

Konsert ke-7 Menyaksikan Shahir TERSINGKIR




Update Terkini: 2 Mei 2010 :- Debaran yang ke-7 menyaksikan Shahir merupakan peserta yang tersingkirrrrrr... Tak Sangka! Tolonglah...semua orang nak Shahir kekal kat Akademi hingga ke Final... Jom AFUNDI MASUK untuk SHAHIR!!! Lagipun Kurang peserta untuk melangkah ke Final iaitu at least 5 orang... Kalau korang tengok comments dekat channel 109..rata-rata semua nak Shahir kekal!!!!

Walau bagaimanapun jom ikuti posting yang telah disediakan oleh Razif Rosdi di Portal Murai.com.my:-

Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7 malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagai pelajar terbawah carta fakulti. Malah, Norman mengakui terkilan dengan keputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya serta layak ke peringkat akhir AF8.

"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua, Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studio bertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry Abd Halim.

"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muzik single ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahir untuk bergelar penyanyi," ujar Norman.

Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui pada sidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalan buat dirinya.

"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar. Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah, Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ke tahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.

Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8 iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaran juara AF8.

Tetapi kalau dihitung-hitung bilangan pelajar yang kekal kini adalah seramai 6 orang dan terdapat 2 minggu lagi sebelum final. Adakah Final AF8 kali ini hanay menampilkan 4 orang finalis sahaja ataupun mungki ke ada AFUNDI MASUK? Tak tahu larh... Harap-harap ada AFUNDI MASUK dan diharapkan SHAHIR MASUK kembali....


Photobucket

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails