La Iqra Ha Fiddin [Tiada Paksaan Dalam Islam], begitu indahnya tajuk cerita nie begitu sayu lah juga jalan ceritanya. Mengisahkan tentang seorang doktor yang baru berpindah ke sebuah kampung iaitu Dr.Edward (Zack X-Faktor), yang mana sedang mencari ketenangan yang belum lagi ditemuinya. Dr.Edward jatuh cinta dengan Islam dan juga jatuh cinta kepada anak tok imam kampung tersebut iaitu Norlia (Sharifah Amani). Norlia merupakan pelajar keluaran Al-Azhar dan merupakan bekas tunang kepada samiri .
Norlia dan Samiri mempunyai pandangan yang berbeza dalam memperjuangkan agama Islam. Samiri juga meruapkan seorang pemuda yang agak terpesong dan salah dalam memperjuangakan Islam. Norlia juga mencintai Dr.Edward, tetapi Norlia menafikan perasaan cintanya itu kerana dia sedang mengidapi barah hati yang kronik dan akan mati. Norlia tidak mahu Dr.Edward kecewa lalu menolak cinta Dr.Edward. Cinta Dr.Edward tidak kesampaian apabila dia dibunuh oleh Samiri.
Dr.Edward sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dan dia memilih "Daud" sebagai nama Islamnya. Sebelum pemergian "Daud" atau pun Dr.Edward, dia sempat mewasiatkan 3 perkara kepada Sister Susan iaitu :
1. Mendermakan Matanya kepada Doraisamy
2. Mendermakan Buah Pinggangnya kepada Madam Wong
3. Mendermakan Hatinya kepada Norlia.
P/s: Mulianya orang yang bersifat seperti Dr.Edward nie kan?
0 Komen Terbaik:
Post a Comment