TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Showing posts with label Badminton. Show all posts
Showing posts with label Badminton. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Lee Chong Wei Tewas Lagi

2 Komen Terbaik
Hurm, korang ada tengok tak? Final badminton terbuka Korea Selatan 2011 semalam sekali lagi menemukan Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Aku harap sangat Lee Chong Wei menang lah semalam. Namun, sekali lagi takde rezeki, nak buat macam mana. Sekali lagi Lee Chong Wei tewas ditangan Lin Dan.

-gambar credit to Google-

Apa pun, aku sebagai rakyat Malaysia dan menyukai sukan nie sangat bangga dengan performance Chong Wei semalam. Kenapa? Uiii, jangan tak tahu...semenjak dua menjak selepas bergelar Juara Terbuka Malaysia ahad yang lalu, mutu permainan Chong Wei fuh memang hebat giler. Sampaikan semalam time final, Chong Wei berjaya mengheret Lin Dan ke set penentuan [set ke-3] dan hampir menang. Lin Dan tuh menang tipis jer iaitu 19-21, 21-14 dan 16-21. Hebat larh Chong Wei nie.  Tahniah... maju lah sukan untuk negara. Hehehe 

Thursday, January 27, 2011

Lee Chong Wei hampir Gagal

0 Komen Terbaik
-credit to Kosmo-

Datuk Lee Chong Wei yang baru saja bergelar juara Terbuka Malaysia 2011 Ahad lalu sedikit lagi dikejutkan oleh pemain Denmark, Jan O. Jorgensen pada pusingan pertama di Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan 2011 semalam. Jorgensen berjaya mengheret Datuk Lee Chong Wei hingga ke set penentuan sebelum beliau  berjaya mencatatkan kemenangan 21-9, 18-21, 21-16.
Datuk Chong Wei akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan dan Przemyslaw Wacha dari Indonesia dipusingan yang kedua hari ini. Manakala, Muhammad Hafiz Hashim gagal meneruskan kemaraan apabila tewas di tangan pemain Jerman, Marc Zwiebler 16-21, 13-21.
Begitupun, perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo tidak menghampakan apabila turut melangkah ke pusingan kedua kejohanan selepas mengetepikan cabaran Liu Xin dari China, 21-18, 21-15.
Bergu lelaki negara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock turut beraksi cemerlang apabila layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pasangan Jerman, Ingo Kindervater/Johannes Schoettler 21-13, 20-22, 21-18.
Related Posts with Thumbnails