TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, January 22, 2011

Ustaz Amirul

Hurm, macam busy betul aku dua tiga hari nie. Entah apa jer yang aku busy kan tuh.hehe... Ohya, semalam...sambil-sambil tunggu Jam 9 mlm, gara-gara nak tengok cerita hindi kat channel B4U 133 tuh, sebelum tuh aku tengok berita larh. Memamg biasalah jari nie asyik gatal tekan remote jer. Info kat TV3...Ustaz Amirul? Hurm, dalam hati aku..."takde cerita lain ker"...wah...cez baca info dia pun macam tak best jer...

Ustaz Amirul - Ashraf Muslim

Then, sebelum cerita hindi tuh main, aku move pergi Tv3 balik. Wahh, boleh-boleh aku melekat juga time tengok drama nie. Hehe...tadi kutuk..khikhikhi... Best larh drama Ustaz Amirul nie... entah kenapa aku boleh melekat satu jam tengok drama nie. Tapi aku suka. Tak sabar nak tengok next episod. Hehe. Korang tengoklah...best cite nie... terbaik...  Aku nak kongsi sedikit sinopsis tentang drama Ustaz Amirul nie:-

"Ustaz Amirul pulang ke kampung halaman setelah 13 tahun berada di Mesir, mendapat Sarjana Mahasiswa cemerlang, mengajar di sana dan kini kembali ke kampung halaman dengan tujuannya mencari kembali janjinya pada Adawiya iaitu cinta pertamanya semasa bersekolah lagi. Tetapi ibunya pula menuntut janjinya iaitu jika Ustaz Amirul berusia 30 tahun dan masih belum berpunya, maka jodohnya akan ditemtukan oleh ibunya. Berita kepulangannya menjadi bualan sekampung, ada yang suka, teruja mahu bertemu dan ada juga yang tidak senang dengan pujian melambung pada Ustaz Amirul. Semuanya perlu ditangani dengan tenang oleh Ustaz Amirul, terutamanya apabila dia berjumpa dengan ibu Adawiya iaitu Salmah yang masih membencinya..."

Menurut pengarah drama Ustaz Amirul nie [Ahmad Idham], drama nie merungkai tentang kisah hidup seorang ustaz yang tidak dapat lari dari nafsu dan perasaan sebagai seorang manusia biasa. Kisah cinta seorang ustaz yang dilemma kerana mencintai dua orang wanita. Drama nie membawa kita menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri sendiri.

Bagi aku, kalau drama-drama macam nie larh kan, seeloknya untuk pelakon wanita, carilah yang betul-betul berhijab. Aku Pasti best! So,  Jangan lupa tengok. ok? *_*

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails