TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, January 17, 2011

Korean Series - Love Story in Harvard

Korang pernah tengok tak cerita nie? Aku tadi ada baca News Online kat Utusan tentang "Muzik Korea" mahu pun drama bersiri kini telah menjadi selera muzik remaja tempatan. Betul ke? Tepuk dada tanyalah selera...hehe... Memang betul pun... Best apa cerita-cerita & muzik Korea nie, Kan?  Bukan saja muzik & drama Korea yang menjadi kegilaan ramai...bahkan artis Korea yang handsome dan cantik serta halus mulus wajah mereka tuh larh yang menjadi salah faktor kenapa muzik & drama Korea senang diterima ramai oleh remaja tempatan, tak gitu? hehehe... Alang-alang bercerita pasal Korea, nie aku nak kongsi salah satu Korean drama yang best yang W.A.J.I.B korang tengok? Wajib? wah, terlebih sudah... (tagline stacy...hehe)


Drama nie memang besst weeii... 

Drama nie mengisahkan tentang kehidupan 3 orang pelajar dari Korea yang menuntut di University yang sama iaitu di Harvard University. Kim Hyun Woo ( Kim Rae Won) dan Alex Hong (Lee Jiong-jin) menuntut dalam bidang yang sama iaitu Undang-undang. Kim Hyun Woo & Alex Hong sama-sama menyukai seorang penuntut wanita tahun ketiga dalam bidang perubatan iaitu Lee Soo (Kim Tae Hee). 


Kim Hyun Woo seawal perjalanannya sebagai penuntut baru di Harvard University sangat kesian. Kesian kerana apa? Kesian kerana Profesor John.H Keynes (Profesor undang2 yang tegas) selalu mengabaikan dia ketika dalam kelas. Namun Hyun Woo tetap tekun dan akhirnya mendapat "Penghormatan" dari Profesor John.H Keynes serta classmate nya. Hyun Woo & Alex sentiasa bersaing dalam kelas dan persaingan semakin sengit apabila mereka berdua menyukai orang yang sama.

Hurm...sambungannya? Korang tengoklah cerita nie sendiri... Memang Best! Bagi yang dah tengok, apa pendapat korang tentang cerita nie? Best kan...? Hehehe...


0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails