Ha, Sinetron Bukan Diriku dah habis semalam. Apa gantinya? Jeng jeng jeng, satu lagi Sinetron yang kira baru juga larh iaitu 2010 di mana menampilkan sekali lagi Baim Wong [Erlangga], Alyssa Soebandono [Kejora], Rachael Amanda [Bintang], Lucky Perdana [Fitra] sebagai watak utama dalam sinetron nie dan turut menampilkan my fav actress iaitu Eva Anindhita. Lagu tema sinetron nie pula berjudul Rindu Setengah Mati oleh D'masiv Ft Kevin Aprilio.
Kejora, 19 tahun seorang anak kira bangsawan gitu. Mempunyai seorang adik perempuan iaitu Bintang, 15 tahun. Kejora tengah study di Hongkong-Singapore. Bapanya Pak Ryan merupakan seorang duda dan berkahwin lagi dengan seorang janda anak satu yang bernama Janet.
Erlangga, juga merupakan cucu kepada nenek Gautama, yang sangat kaya tetapi sombong, manja tetapi keras kepala. Janet adalah kekasihnya Erlangga. Tetapi Kejora tidak tahu. Kejora juga sudah punya kekasih, Joel yang materialistik dan Fitra [adik Joel] dalam diam-diam mengagumi Kejora.
Pada suatu ketika, Pak Ryan bankrupt. Jadi Pak Ryan bercadang untuk berpura-pura mati untuk mendapatkan insurans yang cukup besar.Kejora rasa sangat terpukul dengan kematian bapanya dan mereka diusir dari rumah mereka. Kemudia, Bintang pula tiba-tiba menghilang. Dan Kejora tidak tahu bahawa Bintang telah diculik oleh Hanifa. Kejora berusaha untuk mencari adiknya. Dalam masa yang sama, Fitra dan Erlangga jatuh cinta kepada Kejora.
Adakah Kejora dapat menemui adiknya yang hilang tuh? Siapa yang akan menjadi pilihan Kejora? Fitra atau Erlangga? Sama-samalah kita saksikannya...hehe.
0 Komen Terbaik:
Post a Comment