TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, January 27, 2011

Lee Chong Wei hampir Gagal

-credit to Kosmo-

Datuk Lee Chong Wei yang baru saja bergelar juara Terbuka Malaysia 2011 Ahad lalu sedikit lagi dikejutkan oleh pemain Denmark, Jan O. Jorgensen pada pusingan pertama di Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan 2011 semalam. Jorgensen berjaya mengheret Datuk Lee Chong Wei hingga ke set penentuan sebelum beliau  berjaya mencatatkan kemenangan 21-9, 18-21, 21-16.
Datuk Chong Wei akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan dan Przemyslaw Wacha dari Indonesia dipusingan yang kedua hari ini. Manakala, Muhammad Hafiz Hashim gagal meneruskan kemaraan apabila tewas di tangan pemain Jerman, Marc Zwiebler 16-21, 13-21.
Begitupun, perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo tidak menghampakan apabila turut melangkah ke pusingan kedua kejohanan selepas mengetepikan cabaran Liu Xin dari China, 21-18, 21-15.
Bergu lelaki negara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock turut beraksi cemerlang apabila layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pasangan Jerman, Ingo Kindervater/Johannes Schoettler 21-13, 20-22, 21-18.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails