Swee Len yang ditemui mati di Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu.
-Credit to Kosmo! Online-
Mayat pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 35, yang ditemui mati di Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu selamat tiba di rumahnya di Taman Oakland, Seremban 2 semalam.
Mayat Swee Len tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum dibawa ke kediamannya pada pukul 1.45 petang.
Mengikut jadual awal, suami mangsa, Cheng Ying Chet, 39, dan mayat mendiang isterinya sepatutnya tiba Jumaat ini namun, dia pulang awal dari Belanda kerana semua proses dokumen kematian Swee Len dapat diselesaikan lebih cepat.
Suami mangsa merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Kementerian Luar, MAS, pihak kedutaan dan Wisma Putra yang membantu menguruskan proses membawa pulang mayat isterinya.
Kini, misteri kematian Swee Len akan didedah dan sedang disiasat...
0 Komen Terbaik:
Post a Comment