TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, March 11, 2011

Anak Yang Tabah Menjaga Ibu Bapanya

Salam semua. Hari nie merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Apa yang baik itu dan apa yang hendak dilakukan itu semoleknya dibuat pada hari Jumaat kerana hari Jumaat banyak kelebihannya berbanding hari yang lain. Hari nie aku nak share dekat semua tentang satu kisah dahulu kala. Mungkin ramai yang tahu, namun demikian, marilah kita hayati kisah ini semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Amin...
NABI MUSA adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. Nabi Musa sering bertanya dan ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH. "Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?".

ALLAH pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk diruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini", kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi jantan itu juga diperlakukannya sama seperti yang dia lakukan dengan babi betina tadi.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. " Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis menagapa kamu memelihara babi? Kita tidak boleh berbuat begitu", kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba. Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku", kata pemuda itu.

"Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka mejadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi", sambuh pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga ALLAH turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".

ALLAH juga berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di makam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam Syurga".

p/s: MasyaAllah, bagaimana kalau kita diposisi pemuda tadi? Sanggup kah kita? Wallaahualam. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang soleh dan solehah yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya. AMIN.

2 Komen Terbaik:

Unknown said... [Reply]

trima kaseh ttg tazkirah ini

Cik Puan Fia said... [Reply]

tq utk cita nie..walau sy pernah membacenya tapi ia sebagai peringatan pada kita....

Related Posts with Thumbnails