Hurm, tinggal tujuh hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 nie...Erm, macam tak rasa pula yang sekarang nie kita dah betul-betul dihujung tahun...betapa sungguh cepatnya masa itu berlalu dan sesungguhnya masa itu tidak dapat diulang kembali atau digerakkan ke belakang kerana hidup nie haruslah ke depan. Betullah kata pepatah "Masa itu Ibarat Emas" dan lagi berharga daripada emas. Jika ada sesiapa yang tahu pepatah lain untuk menggambarkan pentingnya masa sila beri comment ckit ya... aku nak juga tahu almaklumlah kekadang aku lupa ataupun mungkin jarang dengar....hehehe... thnx all...
Sebelum berakhirnya tahun 2010 nie, entry aku kali nie aku nak kongsikan kat blog aku nie tentang suka dan duka aku sepanjang 2010 nie...
cerita 2010 aku bermula dengan kisah sedih dan sentiasa akan aku ingati tika ini dengan izin ALLAH SWT dan jadikannya pedoman di mana pada awal bulan February 2010 yang lalu...nenek aku yang sangat aku cintai telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Sungguh, betapa pedihnya hati ketika orang yang kita sayangi telah kembali ke sisi-NYA... Sebagai cucu aku juga ada memasang impian untuk memberikan kegembiraan kepada neneknya namun apakan daya? bak kata orang...yang pergi dulu itu sesungguhnya ALLAH lagi menyayanginya... Ketika pemergian Allahyarham nenek aku, sungguh banyak yang aku belajar... di mana sebelum ini aku mencipta impian untuk mengembirakan arwah nenek dan tidak ada siapa pun yang tahu akan niat aku itu kecuali ALLAH SWT...tapi nenek telah pergi. Aku rasa pedih! Pengajarannya, jangan memasang impian mahupun cita-cita setinggi langit kerana hari esok belum pasti lagi dan bila impian kita tidak tertunai pastinya kita akan merasa sakit yang sangattt! Percayalah...kerana aku sudah merasainya... Disamping mencipta impian dalam masa yang sama aku pernah mengasari arwah nenek aku dan saat pemergiannya aku rasa sangat berdosa! Cucu apakah aku ini? sewaktu sisa hidupnya arwah nenek aku iaitu dalam tempoh 4 tahun, arwah nenek aku mengidap kanser dan mungkin kerana usianya sepanjang 4 tahun itu arwah nenek aku menjadi orang yang hilang keupayaan di mana terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mengerakkan badan...
ALLAH mungkin menguji kami sekeluarga dengan menghilangkan keupayaan arwah nenek untuk mengetahui bagaimana dan apa perasan kami merawat seorang yang telah hilang upaya. Pada waktu awalnya ya, mungkin kami atau aku boleh bersabar...tetapi 4 tahun bukanlah tempoh yang sekejap...kekadang dalam waktu merawat tuh ada perasaan yang malas atau bosan dengan merawat yang mana tidak ada menunjukkan kesan-kesan positif untuk pulih kembali. Kekadang tertengking, kekadang tidak mempedulikan keinginannya, kekadang tidak mendengar panggilannya (mungkin ada yang dimahukan oleh arwah nenek...) kekadang berkelahi...
Sekali lagi betul kata pepatah "sedangkan seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya dengan berjaga malam, memandikannya, menukar lampin.... TAPI? seorang anak tidak mungkin dapat menjaga atau merawat ibubapa ketika sampai waktu mereka sakit atau ketika mereka diserang penyakit lali"... ketika itu, ada anak yang malu mengaku orang tua mereka....dan tidak kurang juga yang geli mahupun jijik melihat orang tua mereka... Beginilah kehidupan orang tua sekarang di mana anak-anak mereka tidak memperdulikan mereka dan ada yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua. Ke manakah kasih sayang seorang anak? Masya Allah...
Dan aku juga mengaku, aku ada dosa dengan arwah nenek aku...dan tiap kali aku mengingatkannya kembali...hati aku sedih kerana tidak dapat meminta ampun darinya... aku bermohon kepada ALLAH SWT agar dosa-dosa aku diampunkan dan aku bermohon agar aku tidak akan mengulangi dosa itu lagi kepada mana-mana orang tua terutama sekali ibubapa ku.
Aku share kisah ini bukan untuk mencari nama atau publisiti....cuma sekadar ingin berkongsi kepada korang agar jangan kita ulangi kesilapan yang pernah kita buat dan janganlah sesekali mengkasari kedua orang tua kita. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka masih sihat mahupun waktu sakit kelak. Bagi sesiapa yang kedua orang tua mereka mahupun datuk dan nenek yang telah kembali ke Rahmatullah...tangisan sangat tidak berguna... sedekahlah Al-Fatihah tiap kali habis solat lima waktu dan sedekalah selalu surah Yassin dan keraplah mengunjungi kubur mereka dan bersihkanlah...sesungguhnya besar ganjaran pahala menanti korang... InsyAllah...Amin.
0 Komen Terbaik:
Post a Comment