TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, December 30, 2010

Lelaki ditetak dileher, tangan

Fuhh, seram pula title entri aku nie. Hurm... Semalam, 29 Dis 2010 - Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak dengan parang dibelakang leher dan tangannya di sebuah tapak pembinaan di Batu 6 Jalan Utara, Sandakan, Sabah.

gambar credit to Utusan

Supritenden Fadzil Mohd.Ali (Pemangku Ketua Polis Daerah) memberitahu kepada meddia, mangsa tersebut ditemui berlumuran darah oleh seorang pengawal keselamatan di kawasan itu sekitar 7 pagi. Menurut pengawal tersebut, beliau ternampak mangsa dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan parang. Kemudian beliau bergegas mendapatkan bantuan dan kira-kira 10 minit kemudian, beliau ke lokasi itu semula dan melihat mangsa berlumuran darah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk postmortem. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya motif pembunuhan adalah akibat dendam. Berita penuh korang boleh lihat Utusan.com

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails