Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah". Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada ALLAH SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"!
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata "simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya itu. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah mereka. Setelah beberapa hari kemudian, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.
Isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu. Lalu isterinya membuka dengan membaca "Bismillahirahmanirahim". Ketika itu ALLAH SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia rasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. dan ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah ALLAH SWT dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
0 Komen Terbaik:
Post a Comment