TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, December 24, 2010

Tips Kurangkan Dengkuran

Ramai yang menganggap berdengkur time tido tue merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan ada juga  yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika. Nie, aku nak kongsi dengan korang carar ataupun tips kurangkan dengkuran. INSYAALLAH ini akan membantu (^_^)

1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Amalkan dengan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa kita sedang tidur.
2. Berurut
Urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.
3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
4. Tidur menggunakan bantal peluk
Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu kita mengekalkan posisi tidur yang sihat.
5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Cuba pastikan jika koran alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
6. Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika ade yang mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar.
7. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi korang akan dapat tidur nyenyak serta personaliti kita akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails