TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Sunday, December 26, 2010

Lupa tutup Periuk Nasi

Ha? Lupa padam periuk nasi? macamana pula tuh? Jeng jeng jeng...jangan suspen pula...hehe. Gara-gara kecuian seorang penghuni di pangsapuri Cyber City, Kota Kinabalu yang terlupa mematikan suis elektriknya hampir menyebabkan kediamannya musnah dalam kebakaran semalam! 



Bagaimanapun, tindakan pantas pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berjaya memadamkan api daripada terus merebak... Siasatan awal mendapati penghuni rumah tersebut meninggalkan rumahnya selepas memasak nasi menggunakan periuk nasi elektrik. Malangnya suis automatik periuk nasi elektrik itu gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kebakaran. Mujurlah jiran berdekatan yang melihat asap tebal segera melaporkan kepada pihak bomba. - Utusan.Com...

So, pengajarannya...jangan sesekali meninggalkan rumah dengan membiarkan peralatan seperti periuk nasi elektrik atau iron berpasang tanpa mematikan suisnya terlebih dahulu... Hasil kajian Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Negeri, iron, periuk nasi elektrik dan pemanas air elektrik merupakan penyumbang yang tinggi kepada kes-kes kebakaran. Nie peringatan untuk aku dan buat kita semua...ok. =) 


0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails