TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, December 23, 2010

Datuk Juhar dilantik Sebagai TYT Sabah yang ke-10

First of all...Congratulation kepada Datuk Juhar Mahiruddin kerana secara rasminya telah dilantik Sebagai TYT Sabah oleh TUANKU Mizan Zainal Abidin bagi menggantikan Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang mana perkhidmatan Tun akan berakhir pada 31hb Disember 2010.Datuk Juhar Mahiruddin adalah adik beradik dengan Datuk Armani Mahiruddin iaitu Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.)


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin mengurniakan surat cara perlantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru. Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara yang disaksikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan Surat Cara Perlantikan 
kepada Datuk Juhar Mahiruddin (kiri) sebagai TYT Sabah yang baru

Juga turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon .

Datuk Juhar Mahiruddin, 57, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-10, menggantikan Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember nie.

Datuk Juhar Mahiruddin adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan Usno/Umno untuk kemasukan Umno ke negeri Sabah pada 1991. Beliau pernah menyandang Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (1990-1999) dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Sandakan (2003-2008).

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan sebelum ini pernah menjadi Majistret. Jawatan terkini beliau Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah - 22 Dis,BERNAMA.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails