TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Tuesday, December 21, 2010

Sejarah Pengenalan TYT Sabah

TYT atau Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gebenor merupakan Ketua Negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Yang di-Pertua Negeri adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berundingn dengan Ketua Menteri kerana keempat-empat negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif di dalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri juga akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya. Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:

- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pentadbiran
- Kuasa Pengampunan 
- Sumber Kehormatan dan Daulat

Berikut merupakan senarai TYT Sabah:

Tun Datu Mustapha Datu Harun 1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae 1965 - 1973 
Tun Mohd Fuad Stephen 1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah 1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh 1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert 1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak 1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai 1995 - 2002
Tun Haji Ahmadshah Abdullah 2003 - Sekarang
 
Tun Haji Ahmadshah Abdullah (TYT Sabah)

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails