TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Friday, September 3, 2010

Sinetron Cinta dan Anugerah


Ha, ada sesiapa di sini yang tengok sinetron nie tak? Sinetron nie bukanlah sinetron terbaru di Indonesia tapi boleh dikatakan masih baru di Malaysia kerana seingat aku sinetron nie mula ditayangkan di TV9 sekitar bulan Jun atau Julai kalau tak silap aku... Sinetron nie aku berani kategorikan antara salah satu sinetron terbaik yang pernah aku tengok (sebenarnya belum habis tengok lagi pon..hehe) cez jalan ceritanya yang penuh dengan konflik, dendam yang tak henti-henti, kasih sayang sesama saudara, perasaan tulus yang sentiasa mengingati tuhan...semua elemen-elemen penting semuanya ada di dalam sinetron nie. So, wajar dong kalau aku mengatakannya senitron terbaik... disamping para pelakon yang ganteng dan cantik-cantik belaka gitu... (Opps, cakap indon nie...) Sinetron nie masih lagi ditayangkan di TV9...So, korang kalau nak tengok jangan lupa saksikan setiap isnin-jumaat, Jam 5.30 petang dan hanya di TV9...

Photobucket


Nak tahu sinopsisnya? Baca jer kat bawah nie:-

Nabila (Nabila Syakieb) seorang gadis cantik dan baik hati. Dia tingggal bersama kedua adiknya iaitu Aira (Yasmine Wildblood) yang cantik, periang, tapi ceroboh) dan Mini (Wilda Hamid) merupakan seorang yang pintar dan alim.

Beban hidup Nabila semakin berat setelah ayah dan ibunya meninggal dunia kerana tjatuh dari tangga. Bukan itu saja, Harris (Adipura) yang mencintai Nabila berhasrat mengambil rumah peninggalan ayahnya itu. Dgn kekayaannya tuh, Harris berjaya mendapatkan rumah tersebut dan Nabila serta Aira dan Mini terpaksa keluar dari rumah tersebut. Namun, sebelum keluar daripada rumah tuh, Arwah bapa nabila ada meninggalkan surat yg menyatakan bahawa kalau terjadi apa-apa kepada mereka bertiga mereka boleh meminta tolong denga Reza (Ashraf Sinclair), seorang pengusaha kaya.

Kakak Reza dan juga Chintya yg juga tinggal di rumah Reza tidak menyukai akan kehadiran Nabila dan adik-adiknya. Kemudian, Avian (Miller) iaitu orang kepercayaan Reza telah jatuh cinta dgn Aira. Tidak hanya Avian, Reza juga turut terpesona dgn kecantikan Aira. Tetapi dalam diam Nabila menyukai Reza... Setelah tuh, datang pula Gio (Giovanni L) pula telah jatuh cinta dgn Nabila. Nabila akhirnya cuba utk mencintaii Gio setelah Reza dan Aira berkahwin. Setelah pelbagai cara Gio lakukan utk mendapatkan hati Nabila, Mereka pun berpacaran... Selanjutnya? Tengoklah sendiri...hehe...

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails