TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, February 26, 2011

Special Awards!

4 Komen Terbaik
Hari sabtu macam nie merupakan hari orang-orang berehat dan juga hari yang rasanye paling rancak untuk para blogger buat bw. Hari nie aku nak bagi award kat 2 orang follower aku yang bertuah iaitu follower yang ke-300 dan follower yang ke-400. Siapa dia yang bertuah nie? Jom check it out...


Follower yang ke-300 iaitu En.Khairul. Jom terjah blog En.Khairul nie. Macam-macam cerita ada kat situ. Jom...>>En.Khairul<<

Attn en.khairul: Sudilah amek award nie ye.
....................................................................................................................................


Follower yang ke-400 iaitu En.Redwan @ Wan-91. Jom terjah blog En.Wan_91 nie. Jom terjah >>Wan_91<<

Attn en.wan_9l: Sudilah amek award nie ye..

Thanx kepada semua yang follow! Sesiapa yang dah follow blog nie boleh larh amek award untuk semua follower dekat sini. Harap dengan adanya award yang tak seberapa nie, kita semua hepy dan semangat untuk berblogging. Berblogging itu best tauu... ;)

♥ dilawi♥giveaway ♥

0 Komen Terbaik
GA lagi... Sejak kebelakang nie ramai blogger yang buat GA, Contest & Segmen. Best larh dorang nie. Aku pon kekadang kepingin nak buat GA sendiri. Hehehe . Ok tak nak cakap panjang, GA kali dianjurkan oleh Dilawi. Aku memang tak tau apa-apa sal GA nie kalau bukan kerana Cik Kemetot yang tag aku semalam. Bagi aku, kalau kita dah kena tag tuh rasanya moleklah [wah, ayat tuh...] kita join sama. Bukan nak kejar hadiah ke apa, tapi just for fun. Tapi kalau boleh menang pon apa salahnya. Ahaks! Hihi...betul3..


-klik gambar untuk join-

Syarat-syarat:

1. Mesti Follow Dilawi [dah follow]
2. Letak banner kat entry & sidebar
3. Tag dua orang kawan
4. tinggalkan link kat blog Dilawi


p/s : Biar pon tarikh tutup GA nie pada 28/2/11...aku tetap juga nak join cez dah kena tag kan... hehe

Friday, February 25, 2011

Segmen - Saya dan Nama Blog

6 Komen Terbaik

Jom ramai-ramai join Segmen Cik Alinkiwi - Segmen : Saya dan Nama Blog! Klik banner kat atas kalau nak join ye...

Thanx kepada Cik Alinkiwi cez inform sal segmen nie dan thanx juga kepada Novelgurl kerana sudi tag saya [ayat skem A tuh, hihi].

Ok, Jom start Segmen! 

Kalau korang tengok nama domain [blogspot] dan juga nama blog aku nie, dua-duanya sama iaitu "Macam Macam Cerita Ku". Kat header pon boleh nampak perkataan "Macam Macam Cerita Ku". Nak tahu kenapa aku guna perkataan "Macam Macam Cerita Ku" nie? Alkisahnya begini... aku start create blog nie pada tahun 2009. Time tuh memang blur sangat pasal blog nie. Tak tahu bagaimana nak mula, tak tahu nak tulis apa, tak tahu macam mana nak follow [terukk kan?], dan macam-macam lagi larh. Masa tuh aku tak guna nama blog yang sekarang aku pakai nie. Masa tuh aku guna nama sendiri iaitu rosekhoo87.blogspot.com/ dan entry yang aku posted pula adalah lebih bersifat keperibadian. [ala, ala2 diary larh konon-tempat meluah]. Masa demi masa pon berlalu, blog aku tetap contain yang macam tuh. Kira blog syok sendiri...Hehe...

Oleh kerana aku terlalu explore dengan blog nie, finally 1 Jan 2010 blog aku nie aku namakan sebagai "Macam Macam Cerita Ku" dan domain yang sama macam2ceritaku.blogspot.com/. Kenapa "Macam Macam Cerita Ku"? cez di sini, kat blog aku nie, aku nak kongsi macam macam cerita yang boleh dikongsi kepada kawan-kawan dan orang lain. Aku tak terhadkan kepada satu niche jer. Kerna blog nie aku buat atas dasar just for fun.

Lepas habis kontrak sebagai Penyelia Banci Penduduk & Perumahan 2010 tahun lalu, ada kawan aku yang sejawatan dengan aku tuh bernama Dex, si Dex nie pon datang menziarahi blog aku dan dia kata "Cantik blog kau rose, tapi tak update"... Apa perasaan aku time dia cakap macam tuh? Ya Allah, malunyaa... ntah malu apa, tapi tuh larh...sehingga sekarang kalau blog aku nie tak update entry terbaru...aku rasa malu sangat. Hehehe...dan selepas menerima teguran berhemah dari En.Dex tuh, sekarang aku dah rajin update entry. Bukan itu saje, start 1.1.2011 tahun nie aku rasa baru aku rasa best sangat dengan dunia blog nie! Memang best kan? Korang pun rasa macam tuh ker? Best tang mana? Best cez dapat jalan-jalan kat blog orang lain dan baca entry mereka. Macam macam ada. Blog semua color-color. Best! Dan yang paling best follow memollow nie. Hehe..I like. Sebelum nie aku memang tak rajin nak follow atau pon mollow orang lain. Tapi, bila tengok blog orang lain yang follower mereka cecah beribu-ribu tuh...aku pon rasa macam nak juga! Membakar semangat larh katakan!

Ha, tuh saje larh alkisakh blog aku nie. Nama blog aku nie tak seberapa. Biasa-biasa jer. Ada tadi time aku blogwalking, aku terjumpa satu blog yang aku rasa sangat kreatif dari segi nama blog tersebut. Blog tuh namanya "Ketika dakwat pen habis" [kalau tak silaplah tapi lebih kureng macam tuh larh]. Biar apa pon nama blog korang, berbloglah dengan berhemah. Hihi...

Dan secara rasminya aku nak tag 3 insan iaitu Cik Nurun, Cik Diana dan Cik LeeSha


Happy Birthday!

5 Komen Terbaik
Ok ker? Tajuk bukan main bahasa orang puteh tapi bila masuk entry bahasa kita pula. Hehe...maklumlah "Bahasa Jiwa Bangsa" hehe. Saje jer nak buat entry khas untuk wish my sister birthday. I ada dua orang kakak saje. Dan tanggal 25 Feb nie merupakan birthday kakak aku yang second. 


Aku dah wish juga tadi via SMS dan FB. Bak kata orang wish banyak-banyak dan tak henti-henti tuh INSYALLAH di makbulkan ALLAH. So, tak salah kan nak wish lagi? Hehe... nie wish aku untuk birthday my sister yang dikenali sebagai "Julie"...

  • Semoga panjang umur dan sentiasa sihat tubuh badan. AMIN
  • Semoga sentiasa murah dan murah dan murah rezeki. AMIN
  • Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. AMIN
  • Semoga diterima segala amalan tanpa perhitungan. AMIN
  • Semoga sentiasa terbuka pintu Syurga untuknya dan tertutup neraka baginya. AMIN
  • Semoga segala doanya di makbulkan. AMIN
  • Semoga sentiasa bahagia meskipun dikala kesulitan. AMIN
  • Semoga hidupnya barakah selalu. AMIN

AMIN...AMIN YA RABB... Hepy Besday Liey... 


p/s: entah kek mana nie. Aku rembat jer kat google. Hihi...crdt ya...
Related Posts with Thumbnails