TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, February 12, 2011

Sinetron Sejuta Cinta Marshanda


Opps, mungkin entry aku nie dah lapuk ya? Yala, kan Sinetron Sejuta Cinta Marshanda nie dah lama main kat TV3 tuh (lama? Tak juga lah lama cez Sinetron nie mula ditayangkan di TV3 pada 18 Jan 2011 bagi menggantikan Sinetron Alisa). Walau macamana pon aku still nak kongsi kat korang semua kerna apa aku suka sangat tengok sinetron nie! Kena-kena lagi hero dia ialah Baim Wong! Best giler!

Sinetron Sejuta Cinta Marshanda nie kira salah satu sinetron terbaru iaitu 2010. Sinetron nie menampilkan Baim Wong & Marshanda sebagai watak. Sebelum nie juga, mereka pernah sama-sama memegang watak utama dalam sinetron Benci Bilang Cinta pada tahun 2006. Selain tuh, Ashraf Sinclair turut beraksi dalam sinetron nie. Wah, makin maju dah si Ashraf nie. Dan lakonannya juga makin mantap! Dah 3 drama aku tengok si Ashraf nie beraksi iaitu dalam Sinetron Cinta & Anugerah TV9 Jam 5.30 ptg, Sinetron Sejuta Cinta Marshanda & The Real Pocongan. Sinetron nie juga turut menampilkan dua orang pelakon yang aku minat iaitu Tsania Marwa & Alice Sofie Norin

Sinetron nie mempunyai 61 Episod. Lagu tema untuk sinetron kali nie berjudul "Sejuta Cinta Marshanda" nyanyian Marshanda sendiri ciptaan Charly vokalis ST12. Kalau korang nak tahu lebih detail sinopsis setiap episod atau nak tengok di Youtube, sila pergi ke Blog Helloskyblu. Aku dah tau dah ending sinetron nie. Hihi...Best!

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails