TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Monday, January 3, 2011

Review - Actress Bollywood

0 Komen Terbaik
Bollywood? Hurm...bollywood lagi. Hehe... saje jer nak share kat blog aku nie tentang actress bollywood yang diminati. Erm, kalau korang...korang minat sape? Kajol? Rani Murkejee? Priety Zinta?

Memang aku tak nafikan kalau korang minat Kajol ka, Rani Murkejee ka atau pun Priety Zinta ka cez aku pun minat kat dorang nie juga! hehe. Opss...jangan salah sangka...minat macam tuh jer, alah minat seorang peminat kepada pelakon gitu. Hehe... Ya, memang diakui Kajol, Rani Murkejee, Priety Zinta, Kareena & Karisma Kapoor, hurm..dan sebagainya, sangat diminati ramai. Ada jer filem baru, confirm pegi beli DVD/VCD filem tersebut... Tapi tuh dulu. Zaman dorang. Sekarang ramai lagi artis-artis Bollywood yang baru dan hebat-hebat belaka. Dan tak kurang juga yang seksi-seksi belaka. Umph! Kalau seksi-seksi terlampau sangat tuh...tak minat aku. Macam sarung nangka!!! Ingat hebatlah tuh seksi-seksi nie? Meluat tengok pelakon-pelakon yang ter'Over seksi ala-ala Hollywood nie...

Opps, Lari tajuk pula. Kalau exam, confirm fail nie. hehe... Ha, artis baru (kira baru larh tuh kalau baru muncul 2 3 tahun yang lalu yer...), korang minat sape? Haaa...kalau aku, aku minat Priyanka Chopra, Deepika Padukone & terbaru Anushka Sharma... 

Aku mula start minat Prinyaka Chopra nie time filem dia yang bertajuk "Fashion 2008". Deepika Padukone time filem "Om Shanti Om 2007" dan Anushka Sharma dalam filem "Rab Ne Bana Di Jodi 2008"... Ada dua sebab Kenapa aku minat dorang nie. 1. sebab lakonan mereka & 2. Senyum mereka...

Yups, dorang bertiga nie memiliki senyuman yanggg....yanngg...yannggg...cantik! Dorang nie taklah cantik sangat cez dalam Bollywood tuh banyak lagi artis yang cantik-cantik & hebat-hebat dari mereka. Tapi, seriously...majority yang minat kat dorang bertiga nie adalah kerana "Senyuman" dorang tuh...

Priyanka Chopra
-Lahir pada 18 July 1982, dan bekas Miss World-2000-

Deepika Padukone
-Lahir pada 5 Jan 1986 dan juga seorang model-

Anushka Sharma
-Lahir pada 1 May 1988 dan juga merupakan seorang model-

Cantikkan senyuman mereka... (^_^)

Sunday, January 2, 2011

3 Idiots

2 Komen Terbaik

Memang! Memang sebelum nie aku tak tertarik dengan filem bollywood 3 Idiots nie. Entah kenapa tapi rasanya macam tak jer! Dengar lagu-lagu dia yang selalulah juga ditayangkan di B4U (Channel 133), lagilah tak minat. Ntahlah, tapi firasat aku kuat mengatakan 3 Idiots nie memang tak best pun!

Tetapi...jeng jeng jeng...orang kata, jangan menilai seseorang itu sebelum anda mengenalinya terlebih dahulu. Aku nie memang macam nie! Suka sangat judge sesuatu benda tuh hanya dengan melihatnya saja! Tapi, sekali lagi aku tersilapp... (memang banyak kali buat silap pon ;D )

Gambar - Credit to google

Filem 3 Idiots nie M.E.M.A.N.G  B.E.S.T!!! Dah tiga kali aku tengok filem nie (berturut-turut), dan dalam 3 kali tuh lah juga aku mengalirkan air mata! Fuh, memang best giler filem nie! Macam mana aku boleh tengok 3 kali berturut-turut? hehe...cez Astro menayangkan filem yang best2 sempena New Year yang bermula 27 Dis 2010 - 2 Jan 2011 di Channel 110 (Astro Fiesta)...

Rasanya macam nak beli jer DVD/VCD 3 Idiots nie pula sebagai koleksi. Hehe. Korang dah tengok? Eeee, betull..memang best! Benda yang buat aku terharu dalam filem tuh ialah tentang Kisah Persahabatan 3 orang sahabat yang belajar dalam bidang yang sama. Aku tak nak cerita banyak2 tentang sinopis filem nie...aku suggest kat korang, korang patut tengok filem nie dan aku suggest hanya kepada mereka-mereka yang minat file Hindi... Hehe...

Hari Tanpa Plastik Beg - DBKK

0 Komen Terbaik


Ya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), akan mengadakan Hari tanpa plastik beg selama 3 hari setiap minggu iaitu pada hari isnin, sabtu dan ahad yang telah bermula pada 1 January 2010.

Pertambahan hari tanpa beg plastik kepada tiga hari seminggu merupakan komitmen jangka panjang DBKK kepada pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik di Bandaraya Kota Kinabalu, kata Ketua DBKK, Datuk Yeo Boon Hai. Kempen itu juga adalah selari dengan usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya bebas tanpa samapah.Langkah ini sebagai menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Kopersari dan Kepenggunaan yang melancarkan hari sabtu sebagai Hari tanpa Beg Plastik bagi seleuruh Sabah mulai 1 January ini.

Orang ramai mempunyai pilihan untuk membawa beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik baru. Hasil jualan setiap beg plastik itu akan dimasukkan ke dalam tabung EAC untuk tujuan projek alam sekitar. Pengunaan beg tahan lama atau menggunakan semula beg plastik yang lama adalah merupakan kensep guna semula dan kitar semula dalam program kita semula. Sehubungan itu, DKK berharap orang ramai memberi kerjasama dan sokongan serta memainkan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar. Berita penuh sila klik Utusan.com



Saturday, January 1, 2011

Status Glitterati ditarik?

0 Komen Terbaik
Opps, Hurm...baru aku perasan tadi yang aku nie bukan lagi ahli Glitterati Nuffnang. Sejak bila lagi kena tarik status tuh pun aku tak tahu. Macam mana aku boleh tak sedar? Patutlah dua tiga minggu nie Nuffnang Xchange widget aku tak muncul-muncul langsung. Kenapa widget tuh tak muncul, aku ignore jer cez aku ingat mungkin masalah connection internet, almaklum  larh dua tiga minggu nie line broadband celcom tak berapa bagus. Tapi, rupa-rupanya dah kena tarik weii....



Hurm, aku rasalah...satu penyebab yang sangat masuk akal kenapa status glitterati aku kena tarik cez aku juga turut mendaftarkan diri dengan mangga.com. erm...

Related Posts with Thumbnails