Ya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), akan mengadakan Hari tanpa plastik beg selama 3 hari setiap minggu iaitu pada hari isnin, sabtu dan ahad yang telah bermula pada 1 January 2010.
Pertambahan hari tanpa beg plastik kepada tiga hari seminggu merupakan komitmen jangka panjang DBKK kepada pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik di Bandaraya Kota Kinabalu, kata Ketua DBKK, Datuk Yeo Boon Hai. Kempen itu juga adalah selari dengan usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya bebas tanpa samapah.Langkah ini sebagai menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Kopersari dan Kepenggunaan yang melancarkan hari sabtu sebagai Hari tanpa Beg Plastik bagi seleuruh Sabah mulai 1 January ini.
Orang ramai mempunyai pilihan untuk membawa beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik baru. Hasil jualan setiap beg plastik itu akan dimasukkan ke dalam tabung EAC untuk tujuan projek alam sekitar. Pengunaan beg tahan lama atau menggunakan semula beg plastik yang lama adalah merupakan kensep guna semula dan kitar semula dalam program kita semula. Sehubungan itu, DKK berharap orang ramai memberi kerjasama dan sokongan serta memainkan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar. Berita penuh sila klik Utusan.com
0 Komen Terbaik:
Post a Comment