TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan 1431H

0 Komen Terbaik
Salam kepada semua sahabat muslim dan muslimat... Selamat menyambut Ramadhan. Mungkin terlambat sikit untuk wish tapi diharapkan semuanya sentiasa tabah dengan dugaan di bulan Mulia nie yalah al maklum larh kalau time puasa nie semuanya kita kena berhati-hati dari semua aspek agar puasa kita tergolong dalam puasa yang bermutu disamping mendapat pahala yang berlipat kali ganda... AMIN.

Aku sangat bersyukur cez aku dilahirkan dalam keadaan islam biarpon kekadang perangai aku ada kalanya... (faham-faham larh...aku hanyalah manusia lemah yang sering membuat kesilapan dan alpa...). Sesungguhnya berpuasa nie banyak hikmahnya yang kita semua sendiri tahu tetapi kekadang mengambil ringan akan hikmah dan kelebihan bulan ramadhan terutamanya dari aspek kesihatan dan kelebihan memperolehi pahala...

Sedikit renungan di bulan Ramadhan nie...

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Akhirnya Nuffnang...

0 Komen Terbaik
Pada hari ini 15 August 2010 Pukul 4.10AM adalah dalam sejarah. Sejarah? A'a..Sejarah larh...tapi bukan sejarah negara mahupun dunia...tapi sejarah dalam hidup aku. Hehehe... Aku Hepy Sangat hari ini cez tadi aku check account Nuffnang aku... Lepas jer aku log in aku terus pergi ke menu $ Earnings dan check punya check aik, ada sudah pendapatan aku nie. Nak tahu berapa? Aku dapat RM0.25, memang tak banyak tapi ok lah untuk permulaan cez selama setahun aku join Nuffnang baru kali nie mendapat hasil lagi pon kalau tak dapat pon tak apa larh cez tak pakai modal pon kalau kita join Nuffnang nie malahan untung lagi ada weii...

So, aku harap lepas nie aku boleh tambah lebih pendapatan dengan Nuffnang nie. N korang yang belum ada Blog tue ha cepat-cepatlah buat Blog korang tue then Join Nuffnang ok. =)

Photobucket

Monday, August 9, 2010

Chandni Chowk to China

0 Komen Terbaik
Chandni Chowk to China adalah satu lagi filem hindi kegemaran aku yang dibintangi oleh actress kesayangan aku iaitu Deepika Padukone dan juga dibintangi oleh Hero terkenal iaitu Akshay Kumar... Filem ini telah dikeluarkan pada 16 January 2009. Maksudnya masa aku tengah Study!!! So, Baru sekarang aku dapat tengok. Itu pon masa Filem nie ditayangkan di Zee Channel aku macam tiada mood. Tapi bila filem nie main sekali semalam (8/8/10) lagi di B4U Channel...Naaa...aku suka sangat! Ndak henti-henti aku ketawa dan lagu-lagu dalam file nie semuanya sedap didengar... Korang dah tengok ke? Bagi mereka yang minat filem hindi dan belum lagi tengok...ha aku sarankan tengoklah. Memang BEST!!!

Sinopsis Chandni Chowk to China...

Sidhu (Akshay Kumar) adalah seorang yang bernasib malang serta merupakan anak angkat kepada Dada (Mithun). Kerja Sidhu nie membantu Dada memotong sayur, lobak, Kentang di jalan Chandni Chowk di Delhi. Dia bosan dengan kehidupannya yang tiada kemajuan dari segi harta mahupun bakat dan akhirnya dia meminta bantuan Chopstik (Seorang Pendeta) agar nasibnya berubah...

Sidhu kemudiannya berjumpa dengan 2 orang lelaki cina yang mana mengaku sebagai seorang pahlawan perang di masa lalu. Dengan bantuan tipu helah Chopstik, Sidhu akhirnya di bawa ke China untuk menghapuskan Penyeludup bernama Hojo (Gordon Liu). Sidhu kemudiannya merasa amat bahagia ketika menetap di China dan merasakan nasibnya kini berubah dan lupa akan bahaya yang menunggunya... Sebelum datang ke China, Sidhu telah bertemu dengan Sakhi (Deepika Padukone) @ Ms TSM yang kemudiannya telah pergi ke China untuk memberi penghormatan kepada tanah kelahiran ayah dan kembarnya... dan bermulalah perjalanan Sidhu, Sakhi dan Suzy...

Photobucket

Sunday, August 1, 2010

Belajar Bisnes Internet

0 Komen Terbaik
Mulakan Perniagaan Internet Tahun 2010


Salam hormat kawan-kawan;
Baru-baru ini saya telah terjumpa dengan sebuah website yang menawarkan pakej pembelajaran online, BISNES INTERNET.

Ilmu yang diberi memang superb. Dah lah bahasa yang digunakan sempoi sahaja.

Apa yang lebih menarik, ilmu ini disampaikan oleh IM tempatan, Raja Kamil. Nak dijadikan cerita, beliau sanggup mengajar secara PERCUMA. dan sekiranya anda download anda akan mendapat 0.50 per download...

PERCUMA tu beb...tak percaya, try lah tengok sendiri di SINI

Betul.... anda hanya perlukan masukkan nama & email anda saja...

Related Posts with Thumbnails