Chandni Chowk to China adalah satu lagi filem hindi kegemaran aku yang dibintangi oleh actress kesayangan aku iaitu Deepika Padukone dan juga dibintangi oleh Hero terkenal iaitu Akshay Kumar... Filem ini telah dikeluarkan pada 16 January 2009. Maksudnya masa aku tengah Study!!! So, Baru sekarang aku dapat tengok. Itu pon masa Filem nie ditayangkan di Zee Channel aku macam tiada mood. Tapi bila filem nie main sekali semalam (8/8/10) lagi di B4U Channel...Naaa...aku suka sangat! Ndak henti-henti aku ketawa dan lagu-lagu dalam file nie semuanya sedap didengar... Korang dah tengok ke? Bagi mereka yang minat filem hindi dan belum lagi tengok...ha aku sarankan tengoklah. Memang BEST!!!
Sinopsis Chandni Chowk to China...
Sidhu (Akshay Kumar) adalah seorang yang bernasib malang serta merupakan anak angkat kepada Dada (Mithun). Kerja Sidhu nie membantu Dada memotong sayur, lobak, Kentang di jalan Chandni Chowk di Delhi. Dia bosan dengan kehidupannya yang tiada kemajuan dari segi harta mahupun bakat dan akhirnya dia meminta bantuan Chopstik (Seorang Pendeta) agar nasibnya berubah...
Sidhu kemudiannya berjumpa dengan 2 orang lelaki cina yang mana mengaku sebagai seorang pahlawan perang di masa lalu. Dengan bantuan tipu helah Chopstik, Sidhu akhirnya di bawa ke China untuk menghapuskan Penyeludup bernama Hojo (Gordon Liu). Sidhu kemudiannya merasa amat bahagia ketika menetap di China dan merasakan nasibnya kini berubah dan lupa akan bahaya yang menunggunya... Sebelum datang ke China, Sidhu telah bertemu dengan Sakhi (Deepika Padukone) @ Ms TSM yang kemudiannya telah pergi ke China untuk memberi penghormatan kepada tanah kelahiran ayah dan kembarnya... dan bermulalah perjalanan Sidhu, Sakhi dan Suzy...
0 Komen Terbaik:
Post a Comment