TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, February 12, 2011

Sinetron Sejuta Cinta Marshanda

0 Komen Terbaik

Opps, mungkin entry aku nie dah lapuk ya? Yala, kan Sinetron Sejuta Cinta Marshanda nie dah lama main kat TV3 tuh (lama? Tak juga lah lama cez Sinetron nie mula ditayangkan di TV3 pada 18 Jan 2011 bagi menggantikan Sinetron Alisa). Walau macamana pon aku still nak kongsi kat korang semua kerna apa aku suka sangat tengok sinetron nie! Kena-kena lagi hero dia ialah Baim Wong! Best giler!

Sinetron Sejuta Cinta Marshanda nie kira salah satu sinetron terbaru iaitu 2010. Sinetron nie menampilkan Baim Wong & Marshanda sebagai watak. Sebelum nie juga, mereka pernah sama-sama memegang watak utama dalam sinetron Benci Bilang Cinta pada tahun 2006. Selain tuh, Ashraf Sinclair turut beraksi dalam sinetron nie. Wah, makin maju dah si Ashraf nie. Dan lakonannya juga makin mantap! Dah 3 drama aku tengok si Ashraf nie beraksi iaitu dalam Sinetron Cinta & Anugerah TV9 Jam 5.30 ptg, Sinetron Sejuta Cinta Marshanda & The Real Pocongan. Sinetron nie juga turut menampilkan dua orang pelakon yang aku minat iaitu Tsania Marwa & Alice Sofie Norin

Sinetron nie mempunyai 61 Episod. Lagu tema untuk sinetron kali nie berjudul "Sejuta Cinta Marshanda" nyanyian Marshanda sendiri ciptaan Charly vokalis ST12. Kalau korang nak tahu lebih detail sinopsis setiap episod atau nak tengok di Youtube, sila pergi ke Blog Helloskyblu. Aku dah tau dah ending sinetron nie. Hihi...Best!

Friday, February 11, 2011

Amaran Dari Polis Di-Raja Malaysia

0 Komen Terbaik
Salam semua, nie aku nak kongsi satu email yang aku terima semalam berkaitan dengan kertas yang melekat pada cermin yang melekat pada cermin belakang kenderaan korang di mana taktik nie merupakan taktik terkini untuk mencuri kereta korang. Jom tengok isi email tersebut. Sekiranya tak jelas, sila klik pada gambar tersebut.


p/s: Ada sesiapa yang telah mengalami situasi seperti email di atas ke? Harap dengan perkongsian nie kita semua lebih berhati-hati. Yalah, zaman sekarang tiada yang mustahil. Orang sanggup buat apa sahaja kerana duit. Sangggup menghalalkan semua cara untuk senang. Peace ya. 

Thursday, February 10, 2011

Betul, Malang Tidak Berbau

0 Komen Terbaik
Firstly, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH cez dengan izin NYA selesai juga kenduri arwah nenek aku tadi. Kenduri tadi bermula jam 4.30 petang di mana sekitar jam 4.20 petang dah ada jiran tetangga yang dah datang. 
Betul lah kata orang, Malang Tidak Berbau. Kalau berbau pasti kita terhidu dan akan lebih berhati-hati. Tapi tuh, kita nie hanya manusia biasa, hanya ALLAH saja yang mempunyai hak penuh ke atas sesuatu yang terjadi kepada kita.

Nak dijadikan cerita, waktu tengah prepared untuk kenduri tadi, kedua-dua tangan aku terkena panas yang panas sangat dan wap panas dari panci yang besar dan panas (panci ala-ala belangga, bahasa brunei). Aku rasakan macam terbakar satu badan jer. ALLAH saja yang tahu. Time nie aku taip guna beberapa jari yang masih boleh bergerak. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis kedua-dua tanganku masih kebas. Sakit! Pedih! Nasib ada mak long tadi yang tolong sapukan colgate. Orang kata, kalau tangan terkena minyak panas untuk elakankannya baik guna kicap. Kalau terkena panas macam wap dari belangga tuh baik guna colgate bagi menggantikan aloe vera. (wap tau tak? Ala, waktu kita buka belangga yang besar dan panas then kita buka guna kain yang nipis keluar asap-asap panas dari belangga tersebut dipanggil wap)

Dah habis sapu colgate (dekat separuh colgate digunakan tadi) mak long sempat kata "Mungkin kau nie kempunan kot. Hurm...malang tak berbau". Then aku masuk bilik berehat. Punya aku menangis berabis. Kenapa aku menangis? Cez aku memikirkan nasib badan yang menimpa aku, dan aku takut kulit aku melecur dan terkupas cez aku belum kahwinnn....

Kemudian tangisan aku reda di mana dalam tangisan aku tuh aku sempat ingat satu perkara yang menjadi pegangan aku iaitu:

"Maria mempunyai kekasih. satu hari kekasihnya itu mendapat kerja di luar negara. Maria hanya menggunakan surat untuk terus berhubung dengan kekasihnya tuh kerana nak call dia tak mampu cez Maria nie miskin. Dia bekerja dan disimpannya duit kerjanya itu semata-mata untuk membeli tiket untuk sampai kepada kekasinhya. Apabila dia merasakan duit simpanannya cukup dia pun berhenti kerja dan membeli tiket kapal terbang. Diwaktu kapal terbang tersebut dah nak berlepas, tiba-tiba perutnya sakit. Berjam-jam dia ditandas air port tuh. Bila dia keluar, kapal terbang tuh dah pun berlepas 1 jam yang lalu. Dia menangis dan menyalahkan TUHAN kerana tidak adil padanya dan sekaligus tidak dapat berjumpa dengan kekasih hatinya.

Sampai dirumah, waktu malam dia melihat berita di mana kapal terbang yang sepatutnya dia naiki telah meletup di udara dan tidak seorang pun selamat. Dia terduduk dan menangis lagi. Tapi menangisnya kali nie bukan apa, dia menangis kerana bersyukur kerana TUHAN telah menyelamatkannya. Kini dia sedar, apa saja kejadian memang ada hikmah".

p/s: Apa yang Maria alami tuh sama seperti yang aku alami tadi cuma situasi saja berbeza iaitu dia pasal kekasih dan aku kerana panas. Mungkin cerita-cerita begini sekali sekala perlu untuk kita agar sentiasa beringat yang mana setiap kejadian pasti ada hikmah.

Wednesday, February 9, 2011

6 Rabiul Awal 1432H

0 Komen Terbaik

Hari nie 9hb Feb 2011. Kalau kat kalender islam pula, tarikh hari nie ialah 6 Rabiul Awal 1432H. Hurm, hari nie merupakan hari yang bermakna buat aku sekeluarga di mana pada tanggal yang sama iaitu 6 Rabiul Awam 1431H, nenek aku telah dipanggil oleh ALLAH SWT dan hari nie genap setahun pemergian arwah nenek aku. Ya Allah, dah setahun ya? Tak terasa. Rasa macam baru semalam... Aku rindukan arwah nenek aku. Kerana dialah satu-satunya nenek yang aku ada. Tapi kini? telah tiada. Ya Allah, aku rindukan arwah nenek aku Ya Allah. Arwah nenek aku umpama ibu ku juga kerana dia juga lah yang telah membesarkan aku. Hari nie sepatutnya family aku buat kenduri arwah tapi oleh kerana masalah tertentu, maka kenduri tuh kena postpone p esok hari. 

Ya Allah, angkatlah darjat arwah nenek aku di sisi MU Ya Allah. Terimalah segala amalannya dan ampunkanlah dosanya. Bukakanlah pintu syurga MU untuknya Ya Allah.AMIN.
Related Posts with Thumbnails