TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Thursday, February 10, 2011

Betul, Malang Tidak Berbau

Firstly, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH cez dengan izin NYA selesai juga kenduri arwah nenek aku tadi. Kenduri tadi bermula jam 4.30 petang di mana sekitar jam 4.20 petang dah ada jiran tetangga yang dah datang. 
Betul lah kata orang, Malang Tidak Berbau. Kalau berbau pasti kita terhidu dan akan lebih berhati-hati. Tapi tuh, kita nie hanya manusia biasa, hanya ALLAH saja yang mempunyai hak penuh ke atas sesuatu yang terjadi kepada kita.

Nak dijadikan cerita, waktu tengah prepared untuk kenduri tadi, kedua-dua tangan aku terkena panas yang panas sangat dan wap panas dari panci yang besar dan panas (panci ala-ala belangga, bahasa brunei). Aku rasakan macam terbakar satu badan jer. ALLAH saja yang tahu. Time nie aku taip guna beberapa jari yang masih boleh bergerak. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis kedua-dua tanganku masih kebas. Sakit! Pedih! Nasib ada mak long tadi yang tolong sapukan colgate. Orang kata, kalau tangan terkena minyak panas untuk elakankannya baik guna kicap. Kalau terkena panas macam wap dari belangga tuh baik guna colgate bagi menggantikan aloe vera. (wap tau tak? Ala, waktu kita buka belangga yang besar dan panas then kita buka guna kain yang nipis keluar asap-asap panas dari belangga tersebut dipanggil wap)

Dah habis sapu colgate (dekat separuh colgate digunakan tadi) mak long sempat kata "Mungkin kau nie kempunan kot. Hurm...malang tak berbau". Then aku masuk bilik berehat. Punya aku menangis berabis. Kenapa aku menangis? Cez aku memikirkan nasib badan yang menimpa aku, dan aku takut kulit aku melecur dan terkupas cez aku belum kahwinnn....

Kemudian tangisan aku reda di mana dalam tangisan aku tuh aku sempat ingat satu perkara yang menjadi pegangan aku iaitu:

"Maria mempunyai kekasih. satu hari kekasihnya itu mendapat kerja di luar negara. Maria hanya menggunakan surat untuk terus berhubung dengan kekasihnya tuh kerana nak call dia tak mampu cez Maria nie miskin. Dia bekerja dan disimpannya duit kerjanya itu semata-mata untuk membeli tiket untuk sampai kepada kekasinhya. Apabila dia merasakan duit simpanannya cukup dia pun berhenti kerja dan membeli tiket kapal terbang. Diwaktu kapal terbang tersebut dah nak berlepas, tiba-tiba perutnya sakit. Berjam-jam dia ditandas air port tuh. Bila dia keluar, kapal terbang tuh dah pun berlepas 1 jam yang lalu. Dia menangis dan menyalahkan TUHAN kerana tidak adil padanya dan sekaligus tidak dapat berjumpa dengan kekasih hatinya.

Sampai dirumah, waktu malam dia melihat berita di mana kapal terbang yang sepatutnya dia naiki telah meletup di udara dan tidak seorang pun selamat. Dia terduduk dan menangis lagi. Tapi menangisnya kali nie bukan apa, dia menangis kerana bersyukur kerana TUHAN telah menyelamatkannya. Kini dia sedar, apa saja kejadian memang ada hikmah".

p/s: Apa yang Maria alami tuh sama seperti yang aku alami tadi cuma situasi saja berbeza iaitu dia pasal kekasih dan aku kerana panas. Mungkin cerita-cerita begini sekali sekala perlu untuk kita agar sentiasa beringat yang mana setiap kejadian pasti ada hikmah.

0 Komen Terbaik:

Related Posts with Thumbnails