TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Wednesday, February 2, 2011

3 Orang Penggembara & Jin

2 Komen Terbaik
Ada satu kisah di mana tiga orang lelaki yang suka menggembara iaitu Ateng, Kosum dan Robert. Nak dijadikan cerita, pada satu hari dorang bertiga nie pergi menggembara di suatu negeri yang ala-ala padang pasir. Dalam penggembaraan mereka kali nie, bekalan mereka habis dengan cepat. Al-maklum larh kan, padang pasir...mudah haus & lapar. Dalam puas berjalan tuh, satu anak sungai pun mereka tak jumpa. Mereka yakin, kali nie mereka akan mati di padang pasir!!

Dalam meneruskan sisa-sisa perjalanan, tiba-tiba Kosum terjumpa satu cerek air kecil. Ingatkan ada air rupanya kosong & ringan jer. Hampeh! Kemudian Ateng merampas cerek air tuh dan digosoknya dengan harapan adalah jin keluar macam cerita dongeng aladin dan membantu mereka keluar daripada masalah yang mereka hadapi sekarang.
Tiba-tiba, asap keluar daripada cerek air yang digosok oleh Ateng tuh dan keluar satu lembaga besar iaitu jun,opps salah, jin. Mereka bertiga ketakutan. Ingatkan cerita jin aladin tuh dongeng semata rupanya real. Lalu jin tersebut ketawa sambil berkata "Hahaha, Akhirnya aku bebas!!! Sudah beribu tahun aku dalam cerek buruk itu! Aku lapar! Aku mahu makan manusia!!!"...

Ateng bersuara "Tolonglah jin jangan makan kami. Kami yang telah bebaskan kau daripada cerek itu & kau mahu makan kami pula? Sekurang-kurangnya hargai jasa kami nie"... Jin tadi berfikir dan kemudian berkata "Baiklah. Sebagai menghargai jasa kamu bertiga, aku berikan kamu satu permintaan setiap seorang. Hajatlah apa yang kamu mahu. Tapi dengan syarat, permintaan kamu itu akan tertunai sekiranya kamu masuk ke dalam gua itu selama 1 tahun kemudian selepas 1 tahun aku akan datang kembali membuka pintu gua itu dan membebaskan kamu bertiga. Bagaimana?" (kebetulan di hadapan mereka terdapat 3 gua yang berasingan)

Mereka bertiga kemudiannya berbincang. Bagi mereka, baik minta 1 permintaan dan dikurung dalam gua itu selama 1 tahun, kalau mati pun bermakna sikit daripada dimakan oleh dek jin sekali ngap. Akhirnya Kosum memutuskan "Baiklah jin, kami terima".

Jin tersebut menanyakan dengan Kosum apakah permintaannya dan Kosum menjawab "Aku tak mahu apa-apalah jin, kau bagi saja aku semua jenis arak di dunia nie". Jin menjawab "Baiklah, sila masuk ke dalam gua itu". Gua tuh pun tertutup.

Jin beralih pandangan kepada Robert dan bertanya "Kamu pula mahu apa?". Jajir menjawab "Aku mahu kau bagi aku semua perempuan di dunia nie". Jin menjawab "Baiklah".

"Dan kamu pula mahu apa?" dan Anteng menjawab "Tak payah susah-susahlah jin, aku hanya nak kau bagi aku semua jenis rokok di dunia nie" Jin berkata "Perkara senang tuh, baiklah silakan masuk ke dalam gua itu".

1 Tahun Kemudian

Jin membuka pintu gua si Kosum. Lalu Kosum keluar dengan badannya yang besar dan merah-merah (ala, macam cerita Hulk tuh).

Jin membuka pula pintu gua si Robert. Kemudia Robert keluar dengan badan yang berbeza iaitu terlalu kurus dan kedua kakinya menggeletar.

Last sekali, jin tuh buka pintu gua si Anteng. Belum habis pintu gua tuh terbuka, si Ateng nie keluar meluru dan marah-marah dengan si jin. kata si Ateng "Apa larh kau nie jin! Kau bagi aku rokok banyak! Tapi mancis tiada!!!"

-Uiks, patutlah si Ateng marah betul dengan jin tuh. Yalah, bayangkan 1 tahun dia dalam gua ingatkan dia boleh merokok sepuas-puasnya tapi rupanya...mancis takde!!! Rugilah setahun yang berlalu...


    
p/s: nasib jin tuh ingat & tak mungkir janji...kalau tak, tak tahu larh sampai bila mereka di dalam gua tuh

Tuesday, February 1, 2011

Banjir di Sandakan, Sabah

3 Komen Terbaik
Hujan tidak henti-henti minggu lalu, dan mengakibatkan banjir yang setakat nie merupakan banjir yang paling teruk rasanya pernah berlaku di Sandakan.Nie ada beberapa keping gambar banjir di Sandakan 2 hari yang lalu. Hujan masih lagi turun di Sandakan. Untuk warga Sabah expecially orang Sandakan, get ready untuk sebarang kemungkinan ok. Semoga ALLAH merahmati kita semua. AMIN.

-Tanah Merah-

-Jalan depan Masjid depan Wisma Sandakan-

-x sure di mana, tapi mcm di Batu.3-

-Lagi, lokasi x sure di mana-


-Bandar Nam Tung-


Ada Yang Kenal?

0 Komen Terbaik
Salam semua, hurm...dah lama aku nak buat entry nie cuma belum ada kesempatan. Che wah, gitu ye. Hihi. Hurm, sebenarnya aku nak tanya kat korang nie, waktu korang buat blog walking tuh, then korang follow blog kawan-kawan yang lain, korang pernah tak mengalami situasi seperti gambar kat bawah nie:-



nie beberapa blog yang aku follow. Nampak tak perkataan "New Friend Request"? & "Permintaa Rakan Baru" tuh? Hurm, setiap kali aku follow 1 blog tuh, mesti ada request macam nie. Ada sesiapa yang kenal blogger tersebut tak? Dan, kenapa boleh jadi auto request pula? Aku bukannya apa, yalah...cuma sekadar bertanya. ada sesiapa boleh explain? Thanxx...

Alat Gendang Tradisional Punca Kekayaan Bangsa?

0 Komen Terbaik
Korang tau tak, kekayaan sesuatu bangsa itu terutama dalam berbisnes sebenarnya dipengaruhi oleh alat gendang tradisional yang diorang miliki. Ok, kita ambil contoh 3 kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Mari kita tengok tiga jenis alat gendang yang famous digunakan di Malaysia oleh tiga kaum terbesar di negara nie.

Alat gendang nie merupakan alat gendang yang sentiasa digunakan ketika ada majlis-majlis tradisional & sentiasa digunakan ketika menyambut tahun baru cina oleh kaum cina. Pernah dengar tak bagainama bunyi     rentak pelahan alat gendang nie ketika dimainkan? Tung-tung-tung, Tung-tung-tung, tung-tung-tung. Tuh larh bunyinya. Sebab tuh larh orang cina selalu untung dalam berbisnes cez alat gendnang mereka selalu berbunyi tung, tung, tung yang membawa maksud untunggg mah...

Tabla merupakan alat gendang yang selalu digunakan oleh kaun india. Bagaimanakah bunyi gendang nie ketika dimainkan? "Kadang-kadang tung. kadang-kadang tung, kadang-kandang tung". Ha, tue larh bunyinya.  Tengok macam mana kaum india dalam berbisnes? Kadang-kadang untung saja untung.

Yang nie pula mesti korang tau kan? Kompang biasanya digunaka ketika ada majlis kahwin. Bagaimana bunyinya? Mesti korang tau juga kan bagaimana bunyinya? Tak-tak, tak-tak tung, tung-tung-tung-tung-tung-tung, tak-tak-tak-tak-tak-tak-tak-tak-tak, tung-tung.... Tengok, berapa punya main banyak perkataan "tak" daripada "tung", so, susahlah mau untung kalau berbisnes nie. sebab apa? sebab "tak-untung" kalau berbisens...

Hahaha, macam-macam saje. Untung ke tak untung ke atau kadang-kadang untung tuh sebenarnya ,semuanya dari Nawaitu orang yang berbisnes. Cerita di atas hanyalah satu rekaan saja. Tapi, kalau difikirkan balik, ada betulnya kan? hihi

Anyway, Happy Chinese New Year kepada semua kaun cina di Malaysia. peace.


Related Posts with Thumbnails