TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Wednesday, February 2, 2011

3 Orang Penggembara & Jin

Ada satu kisah di mana tiga orang lelaki yang suka menggembara iaitu Ateng, Kosum dan Robert. Nak dijadikan cerita, pada satu hari dorang bertiga nie pergi menggembara di suatu negeri yang ala-ala padang pasir. Dalam penggembaraan mereka kali nie, bekalan mereka habis dengan cepat. Al-maklum larh kan, padang pasir...mudah haus & lapar. Dalam puas berjalan tuh, satu anak sungai pun mereka tak jumpa. Mereka yakin, kali nie mereka akan mati di padang pasir!!

Dalam meneruskan sisa-sisa perjalanan, tiba-tiba Kosum terjumpa satu cerek air kecil. Ingatkan ada air rupanya kosong & ringan jer. Hampeh! Kemudian Ateng merampas cerek air tuh dan digosoknya dengan harapan adalah jin keluar macam cerita dongeng aladin dan membantu mereka keluar daripada masalah yang mereka hadapi sekarang.
Tiba-tiba, asap keluar daripada cerek air yang digosok oleh Ateng tuh dan keluar satu lembaga besar iaitu jun,opps salah, jin. Mereka bertiga ketakutan. Ingatkan cerita jin aladin tuh dongeng semata rupanya real. Lalu jin tersebut ketawa sambil berkata "Hahaha, Akhirnya aku bebas!!! Sudah beribu tahun aku dalam cerek buruk itu! Aku lapar! Aku mahu makan manusia!!!"...

Ateng bersuara "Tolonglah jin jangan makan kami. Kami yang telah bebaskan kau daripada cerek itu & kau mahu makan kami pula? Sekurang-kurangnya hargai jasa kami nie"... Jin tadi berfikir dan kemudian berkata "Baiklah. Sebagai menghargai jasa kamu bertiga, aku berikan kamu satu permintaan setiap seorang. Hajatlah apa yang kamu mahu. Tapi dengan syarat, permintaan kamu itu akan tertunai sekiranya kamu masuk ke dalam gua itu selama 1 tahun kemudian selepas 1 tahun aku akan datang kembali membuka pintu gua itu dan membebaskan kamu bertiga. Bagaimana?" (kebetulan di hadapan mereka terdapat 3 gua yang berasingan)

Mereka bertiga kemudiannya berbincang. Bagi mereka, baik minta 1 permintaan dan dikurung dalam gua itu selama 1 tahun, kalau mati pun bermakna sikit daripada dimakan oleh dek jin sekali ngap. Akhirnya Kosum memutuskan "Baiklah jin, kami terima".

Jin tersebut menanyakan dengan Kosum apakah permintaannya dan Kosum menjawab "Aku tak mahu apa-apalah jin, kau bagi saja aku semua jenis arak di dunia nie". Jin menjawab "Baiklah, sila masuk ke dalam gua itu". Gua tuh pun tertutup.

Jin beralih pandangan kepada Robert dan bertanya "Kamu pula mahu apa?". Jajir menjawab "Aku mahu kau bagi aku semua perempuan di dunia nie". Jin menjawab "Baiklah".

"Dan kamu pula mahu apa?" dan Anteng menjawab "Tak payah susah-susahlah jin, aku hanya nak kau bagi aku semua jenis rokok di dunia nie" Jin berkata "Perkara senang tuh, baiklah silakan masuk ke dalam gua itu".

1 Tahun Kemudian

Jin membuka pintu gua si Kosum. Lalu Kosum keluar dengan badannya yang besar dan merah-merah (ala, macam cerita Hulk tuh).

Jin membuka pula pintu gua si Robert. Kemudia Robert keluar dengan badan yang berbeza iaitu terlalu kurus dan kedua kakinya menggeletar.

Last sekali, jin tuh buka pintu gua si Anteng. Belum habis pintu gua tuh terbuka, si Ateng nie keluar meluru dan marah-marah dengan si jin. kata si Ateng "Apa larh kau nie jin! Kau bagi aku rokok banyak! Tapi mancis tiada!!!"

-Uiks, patutlah si Ateng marah betul dengan jin tuh. Yalah, bayangkan 1 tahun dia dalam gua ingatkan dia boleh merokok sepuas-puasnya tapi rupanya...mancis takde!!! Rugilah setahun yang berlalu...


    
p/s: nasib jin tuh ingat & tak mungkir janji...kalau tak, tak tahu larh sampai bila mereka di dalam gua tuh

2 Komen Terbaik:

.fadzmie.met. said... [Reply]

aiyaa. kalau saya jd si ateng tu, sudah saya cucuk tu perut jin laju-laju. paling gantung oh bg rokok teda mancis. hahaha.

Rose Khoo said... [Reply]

hihi...macamana juga? si ateng minta rokok jer, mancis x. khikhikhi...=)

Related Posts with Thumbnails