TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya 2010/1431H - Sedih

0 Komen Terbaik

Salam semua, ketika nie jam dilaptop aku menunjukkan jam 2.31 Am iaitu masuk dah raya yang ke-2 tapi aku masih tak bule tido lagi nie...cez aku rasa ada sesuatu yang berat dalam jiwa aku yang rasanya tak tertanggung... Apa-apa pon thx buat anda yang sudi membaca post aku nie... dan Selamat hari Raya buat semua...maaf zahir & Batin...

Raya tahun nie adalah raya yang sangat menyedihkan sangat buat aku dan keluarga kerana raya tahun nie tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Raya tahun nie kami sekeluarga beraya tanpa Arwah nenek aku...yang telah kembali ke Rahmatullah iaitu ke sisi Tuhan yang ESA...pada tanggal 20 Feb 2010... Hanya ALLAH saja yang mengetahui rasa getaran jiwa ini tika takbir bergema di malam takbir semalam... biar wajah tampak biasa di mana bibir ini masih mampu mengukir senyuman dan masih bule tertawa namun jauh disudut hati aku menangisi mengenang arwah nenek aku... Selesai sembahyang hari raya, kami sekeluarga pon pergi menziarahi kuburan arwah... Sungguh, hari nie larh merupakan hari yang pertama dan bersejarah dalam hidup aku menhayunkan langkah kaki menuju ke tanah perkuburan...terasa sebak dalam hati ku..ingin aku menangis namun aku tetap bertahan untuk tidak menunjukkan yang aku nie 'cenggeng' cez aku selaku kakak haruslah menunjukkan sifat yang teguh kepada adik-adik ku...tetapi, adakalanya kita perlu menangis bagi mengurangkan rasa sedih di dalam hati... 'Ya ALLAH...rahmatilah roh arwah nenek ku...smoga nenek aku ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dikalangan orang yang KAU Sayangi.AMIN.

Bukan itu saja, adik aku juga tak dapat pulang beraya tahun ini cez ketinggalan flight! dan kakak aku juga tak dapat pulang kerana ada masalah...ya..masalah keluarga...yang tiada penghujungnya...alangkah sedihnya... Aku mohon agar ditabahkan lagi hati disaat ini... Ya ALLAH...aku memohon kepada MU berilah kami petunjuk yang terbaik untuk kami YA ALLAH...AMIN!...

SELAMAT HARI RAYA...

Friday, September 3, 2010

Sinetron Cinta dan Anugerah

0 Komen Terbaik

Ha, ada sesiapa di sini yang tengok sinetron nie tak? Sinetron nie bukanlah sinetron terbaru di Indonesia tapi boleh dikatakan masih baru di Malaysia kerana seingat aku sinetron nie mula ditayangkan di TV9 sekitar bulan Jun atau Julai kalau tak silap aku... Sinetron nie aku berani kategorikan antara salah satu sinetron terbaik yang pernah aku tengok (sebenarnya belum habis tengok lagi pon..hehe) cez jalan ceritanya yang penuh dengan konflik, dendam yang tak henti-henti, kasih sayang sesama saudara, perasaan tulus yang sentiasa mengingati tuhan...semua elemen-elemen penting semuanya ada di dalam sinetron nie. So, wajar dong kalau aku mengatakannya senitron terbaik... disamping para pelakon yang ganteng dan cantik-cantik belaka gitu... (Opps, cakap indon nie...) Sinetron nie masih lagi ditayangkan di TV9...So, korang kalau nak tengok jangan lupa saksikan setiap isnin-jumaat, Jam 5.30 petang dan hanya di TV9...

Photobucket


Nak tahu sinopsisnya? Baca jer kat bawah nie:-

Nabila (Nabila Syakieb) seorang gadis cantik dan baik hati. Dia tingggal bersama kedua adiknya iaitu Aira (Yasmine Wildblood) yang cantik, periang, tapi ceroboh) dan Mini (Wilda Hamid) merupakan seorang yang pintar dan alim.

Beban hidup Nabila semakin berat setelah ayah dan ibunya meninggal dunia kerana tjatuh dari tangga. Bukan itu saja, Harris (Adipura) yang mencintai Nabila berhasrat mengambil rumah peninggalan ayahnya itu. Dgn kekayaannya tuh, Harris berjaya mendapatkan rumah tersebut dan Nabila serta Aira dan Mini terpaksa keluar dari rumah tersebut. Namun, sebelum keluar daripada rumah tuh, Arwah bapa nabila ada meninggalkan surat yg menyatakan bahawa kalau terjadi apa-apa kepada mereka bertiga mereka boleh meminta tolong denga Reza (Ashraf Sinclair), seorang pengusaha kaya.

Kakak Reza dan juga Chintya yg juga tinggal di rumah Reza tidak menyukai akan kehadiran Nabila dan adik-adiknya. Kemudian, Avian (Miller) iaitu orang kepercayaan Reza telah jatuh cinta dgn Aira. Tidak hanya Avian, Reza juga turut terpesona dgn kecantikan Aira. Tetapi dalam diam Nabila menyukai Reza... Setelah tuh, datang pula Gio (Giovanni L) pula telah jatuh cinta dgn Nabila. Nabila akhirnya cuba utk mencintaii Gio setelah Reza dan Aira berkahwin. Setelah pelbagai cara Gio lakukan utk mendapatkan hati Nabila, Mereka pun berpacaran... Selanjutnya? Tengoklah sendiri...hehe...

Wednesday, September 1, 2010

Lagu Baru - Stacy AF6

0 Komen Terbaik

Haa, nie dia lagu terbaru S.T.A.C.Y Af6...agak barulah juga...hehe...Lagi Baru dari lagu "Kisah Kita" tue. Dan lagu nie memang best giler... aku suka dengar lagu nie... Korang suka tak lagu nie? Kalau suka... Download aje.. khikhikhi... "DOWNLOAD"

Lirik Lagu "Jahat"

Aku sudah serik bercinta,
Kerna asyik berakhir dengan kecewa,
Tapi sejak hadirnya dia,
Semua sistem kawalan kini terdedah.

Kepala kata jangan gelojoh,
Hati pula kata pergi,
Banarkah cinta itu buta,
Kerna tak nampak apa selain dia,

C/O
Aku aku,
Bagaikan terkena mentera,
Dari manakah kau datang menyerang,
Diriku diriku,
Yang disangka kebal,
Oh jahatnya kamu.
Engkau engkau,
Penyebab diriku terigau-igau,
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu,
Ku mahu ku mahu denganmu selalu,
Oh Jahatnya kamu
Jahatnya kamu.

Apa agaknya sudah jadi,
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi,
Walaupun belum bersedia,
Tapi hatiku mendesak dan menggesa...

Ulang C/O 2 Kali

Jahatnya Kamu
Jahatnya Kamu

12 Ciri-ciri Sahabat

0 Komen Terbaik

Kenali sahabat/kawan korang. Kalau dia ada 12 ciri-ciri kat bawah nie..ha dia larh kawan korang yang paling besttt...
12 Ciri-ciri Sahabat yang harus pada sahabat kita:-

1. Jika kita berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungim kita.
2. Jika kita perlukan pertolongan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan kita tuh.
3. Jika kita perlukan pertolongan dari segi kewangan dan sebagainya dia akan membantu kita.
4. Jika kita hulurkan sesuatu kebaikan kepadanta, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat bantuan daripada kita, dia akan menhargai kebaikan kita tue.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik akan diri kita, dia akan sedaya upaya menutupinya agar orang lain tidak tahu. (means keburukan kita, menjaga aib)
7. Jika kita minta bantuan daripada dia, dia akan segera mengusahakanya.
8. Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesulitan kita.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri kita (palis-palis), dia akan sedikit sebanyak meringankan kesusahan kita.
10.Jika kita menanyakan sesuatu kepada dia, diaa tidak keberatan untuk menjawabnya.
11.Jika kita merancangkan sesuatu, dia senang hati membantu kita.
12.Jika kita berdua berselisihan faham (dengan kawan kita tuh), dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan kita tuh.
Haaa...itu barulah kawan namanya...

Meskipun begitu, kitalah yang seharusnya menjadi individu yang memiliki ciri-ciri di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah..
Related Posts with Thumbnails