Anda baru selesai format laptop atau Komputer anda? So, tentunya anda perlukan Microsoft Office untuk buat kerja dengan menggunakan Microsft Word, Excel, Power Point dan macam-macam lagi. Senang jer, anda boleh download kat sini... Anda hanya perlu klik "Download" kat bawah nie...
Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...
Tuesday, May 4, 2010
Free Software
Anda baru selesai format laptop atau Komputer anda? So, tentunya anda perlukan Microsoft Office untuk buat kerja dengan menggunakan Microsft Word, Excel, Power Point dan macam-macam lagi. Senang jer, anda boleh download kat sini... Anda hanya perlu klik "Download" kat bawah nie...
Monday, May 3, 2010
Konsert ke-7 Menyaksikan Shahir TERSINGKIR
Update Terkini: 2 Mei 2010 :- Debaran yang ke-7 menyaksikan Shahir merupakan peserta yang tersingkirrrrrr... Tak Sangka! Tolonglah...semua orang nak Shahir kekal kat Akademi hingga ke Final... Jom AFUNDI MASUK untuk SHAHIR!!! Lagipun Kurang peserta untuk melangkah ke Final iaitu at least 5 orang... Kalau korang tengok comments dekat channel 109..rata-rata semua nak Shahir kekal!!!!
Walau bagaimanapun jom ikuti posting yang telah disediakan oleh Razif Rosdi di Portal Murai.com.my:-
Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7 malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagai pelajar terbawah carta fakulti. Malah, Norman mengakui terkilan dengan keputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya serta layak ke peringkat akhir AF8.
"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua, Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studio bertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry Abd Halim.
"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muzik single ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahir untuk bergelar penyanyi," ujar Norman.
Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui pada sidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalan buat dirinya.
"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar. Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah, Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ke tahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.
Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8 iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaran juara AF8.
Tetapi kalau dihitung-hitung bilangan pelajar yang kekal kini adalah seramai 6 orang dan terdapat 2 minggu lagi sebelum final. Adakah Final AF8 kali ini hanay menampilkan 4 orang finalis sahaja ataupun mungki ke ada AFUNDI MASUK? Tak tahu larh... Harap-harap ada AFUNDI MASUK dan diharapkan SHAHIR MASUK kembali....
Sunday, May 2, 2010
ADIRA AF8 the BEST!
Dalam ramai-ramai pelajar AF8 kali nie korang minat siapa erk? Korang rasa lah siapa yang akan jadi JUARA kali nie? Lelaki atau Perempuan? Aku pasti korang pun mesti minat salah sorang dari mereka kan? Bagi aku...5 orang pelajar kegemaran aku ialah Adira, Shahir, Farina, Iwan dan Daus. Tapi aku lebihhh minat sangattt kat Adira! Suara dia beb fuhh lamak memang Power giler! Aku rasa dia lah pelajar perempuan yang hebat! Kenapa? Cez Adlin selalu Puji dia tau. Haha... aku minat dia bukan sebab dia tue orang negeri aku tapi adalah kerana bakat yang dia ada dan pakej dia tue... So, Mana peminat-peminat Adira nie? Jom ramai-ramai kita bagi komen yang membina untuk dia seterusnya jom kita AFUNDI ADIRA. Go ADIRA...Go ADIRA!!!
I wish Adira dapat masuk Final. Harap dia maintain n Sustain her performances! Aku tau Ko Boleh Bah Adira...hehehe...
Cara Vote: Taip AFUNDI10 ADIRA dan send ke 32999.
Mari Kenali ADIRA AF8...
NAMA: Siti Adira Suhaimi
NAMA PANGGILAN: Adira
TARIKH LAHIR: 19 September 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Ranau, Sabah
UMUR: 19 tahun
BANGSA: Kadazan/Dusun
AGAMA: Islam
TINGGI: 152 cm
BERAT: 48 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM
ADIK BERADIK: 8 orang (anak bongsu)
HOBI: Dengar radio, makan, tidur & berangan
GAMBARAN PERIBADI: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang
Tugasan yang diberikan kepada Adira:-
1) Konsert 1 - Bertama Dikalbu
2) Konsert 2 - Ku Percaya Ada Cinta
3) Konsert 3 - Kini
4) Konsert 4 - Biarlah
5) Konsert 5 - Sri Mersing
6) Konsert 6 - My All
7) Konsert 7 - Ayat-ayat Cinta
8) Konsert 8 - Kitalah Bintang
Selain ADIRA...aku minat Shahir juga. Sedap suara dia. Jantannn gtu...(kata Adlin). Kalau korang baca comments kat You Tube Shahir telah di gosipkan dengan Adira... Kalau ditengok-tengok Padan juga Shahir dengan Adira kan? Sama cantik...sama Handsome. Memang padan giler!!! Hehehe... Jom Layan sikit Profail Shahir nie...
NAMA: Ahmad Shahir Zawawi
NAMA PANGGILAN: Shahir
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh, Perak
UMUR: 21 tahun
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
TINGGI: 168 sm
BERAT: 65 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar Pusat Asasi, UIA
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma (Kejuruteraan)
ADIK BERADIK: 5 orang (anak pertama)
HOBI: Merancang masa depan
Antara Tugasan yang telah diberikan kepada Shahir:-
1) Konsert 1 - Khatimah Cinta
2) Konsert 2 - Jangan Nakal
3) Konsert 3 - Derita Cinta
4) Konsert 4 - Always Be My Baby
5) Konsert 5 - Anggapanmu
6) Konsert 6 - Kau yang SATU
7) Konsert 7 - Tiara
Akademi Fantasia 8 - 2010
DEMAM AKEDEMI FANTASIA KEMBALI?
Dalam ramai-ramai pelajar kali nie, korang minat siapa? Siapa yang korang rasa akan masuk Final? dan siapa korang rasa akan jadi Juara AF8 kali nie? Lelaki atau Perempuan???
Berikut senarai nama pelajar AF8 :-
1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
2. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah
3. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)







