TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Tuesday, January 4, 2011

Ambulung = Ambuyat?


Tahu tak apa tuh ambulung? Hurm...kalau ambuyat pula, tahu? Erm...aku rasa kalau orang Sabah mesti tahu apa tuh ambuyat, kan? Mungkin ramai juga orang Sabah yang tak tahu apa itu ambuyat, tapi mungkin kalau dah tengok mesti tahu punya...hehe... Tapi, aku rasa...orang semenanjung pun ada yang tahu apa itu ambuyat, betul tak? Mungkin kat sana panggil lain kot. Ya ke?


Ambuyat juga dikenali sebagai ambulung oleh sesetengah kaum Brunei di Sandakan, Sabah. Ambuyat merupakan sajian makanan yang menyelerakan dan juga merupakan sajian utama bagi kaum Brunei selepas nasi. Bagaimanapun, makanan nie juga tidak asing bagi masyarakat Melayu, Bajau, Kadazan, Dusun, dan Murut yang turut gemar memakan ambuyat...

Cara penyediaan ambuyat nie senang saja. Cuma perlu tepung sagu dan juga kuah untuk dicecah yang mana disediakan mengikut citarasa masing-masing. Tepung sagu tadi digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang.

Tepung sagu digaul bersama air panas yg mendidih

Makan ambuyat nie tidak memerlukan sudu tetapi memerlukan kayu sepit. Unik kan? hehe. Penggunaan kayu sepit nie membolehkan ambuyat tadi dipusing dan terbelit pada kayu sepit tadi. Kelazatan ambuyat nie bergantung kepada kelazatan kuah yang disediakan. Menariknya ambuyat nie, ambuyat tidak perlu dikunyah macam nasi malahan terus ditelan begitu saja... Cubalah... ;D


2 Komen Terbaik:

kambing una said... [Reply]

Tepung sagu biasa pun boleh kan?

kambing una said... [Reply]

Tepung sagu biasa pun boleh kan?

Related Posts with Thumbnails