Entry nie sengaja aku buat kerana dua hari lagi orang-orang di dunia nie akan menyambut satu hari yang begitu special (bagi segelintir) di mana hari tuh dianggap kemuncak kasih bagi orang-orang yang tengah hangat bercinta. Bukan saja muda mudi yang merayakannya, bahkan mereka yang dah tua pun alias selingkuh pon turut merayakannya. Hish hish hish... Ada apa dengan hari kekasih nie? Bagi aku hari kekasih nie wajib disambut oleh mereka yang non muslim kerana ianya tidak bertentangan dengan agama mereka. Hari nie mungkin hari bersejarah bagi mereka yang non muslim so thats why dorang celebrate. Tapi kita yang muslim nie? Tak de sebab kita nak sambut kerana takde kena mengena dengan kita mahupun agama kita. Minta maaf kepada mereka yang non muslim kalau ada yang terasa. Takde niat nak menyinggung. Entry nie hanya dikarang khas kepada mereka yang muslim saja dan sekadar ingin ingat mengingati sesama muslim kerana itu memang tanggungjawab para muslim dan muslimah.
Ada comment yang aku baca di satu blog yang memaparkan berkaitan dengan hari kekasih nie. Di mana comment tersebut berbunyi "ya la 2…apa yg pling pnting,,hari kekasih ne adlah hari istmewa bt psngan2 couple kt luar sna..xde kna-mngena pn ngan hari mymbut kjtuhan islam knon…jgn la brfkiran smpit tul…heyyy..". Menghairankan, ada juga orang muslim yang boleh kata macam tuh? Berfikiran sempit? Sebenarnya dia yang sempit! Banyak lagi hari yang boleh kita jadikan hari kekasih. Bahkn kalau betul-betul berkasih, hari-hari pun boleh jadi kekasih jugalah! Tapi pastikan dengan cara yang betullah kang tak pasal-pasal kena tangkap pula oleh Jais bukan polis. Kang baik-baik boleh kahwin secara berbayar jadi tak berbayar pula. Kahwin Free. Nauzubillah, semoga dijauhkanlah kita daripada perkara-perkara yang dapat mendatangkan aib nie.
Lagi pun, JAKIM telah mengeluarkan fatwa berkaitan hari kekasih nie. Iaitu berbunyi "Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut".
Untuk maklumat lanjut berkaitan fatwa ini sila pergi ke Portal Rasmi e-Fatwa. Atau pon klik sini dan sini.
1 Komen Terbaik:
http://memangkhilafku.blogspot.com/2011/02/haram-menyambut-hari-kekasih.html
Post a Comment