Opps, aku hampir tertipu!Pelakon yang memegang watak sebagai Ayatul Husna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih tuh rupa-rupanya bukan Tika Putri!!! Bukan apa, aku mulai meminati Artis Indon yang bernama Tika Putri nie semasa Sinetron Air Mata Cinta dan dia memegang watak sebagai Rindu. Memang cute giler Tika Putri nie.
Nak dijadikan cerita, akhirnya aku dapat juga tengok filem Ketika Cinta Bertasbih tuh setelah sekian lama (sekian lama? a'a larh...filem nie telah ditayang pada tahun 2009...dan setelah 2 tahun akhirnya aku dapat tengok juga). Mati-matian aku ingatkan pelakon yang memegang watak sebagai Ayatul Husna tuh adalah Tika Putri. Tapi, ternyata bukan! Tapi siapa? Haa...tuh larh Meyda Sefira. Aku dah search tentang Meyda Sefira nie dan tengok gambar-gambar dia, memang! memang! memang mirip dengan Tika Putri! Tapi Tika Putri nie seksi sikit. Sedangkan Meyda Sefira memang pakai jilbab! So? So? So aku pun mula meminati Meyda Sefira juga.
-Mirip Tak?-
-Mirip Kan?-
Aku nak komen sikit filem Ketika Cinta Bertasbih nie (Amboii, macam pengkritik pula ). Bagi aku filem Ketika Cinta Bertasbih nie memang best larh. Kenapa? Yalah, tengok tajuk jer kita dah tahu yang jalan cerita nie berunsurkan keislaman kan. Kalau korang dah tengok filem nie, mesti korang perasaan artis-artisnya sentiasa bertudung contoh macam watak Ayatul Husna dan Anna yang mana dalam rumah pun pakai tudung juga. Nie melambangkan yang mereka memang bertudung. Tak macam filem Ayat-ayat Cinta, watak Aisyah tuh, dalam rumah dia buka tudung. So, bak kata orang indon nggak pas gitu. So, aku berharap selepas ini pengarah-pangarah filem Malaysia yang ingin membuat filem yang berunsurkan keislaman molek larh mencari pelakon yang betul-betul bertudung. Kerana melalui filem, bukan sahaja boleh meraih keuntungan malah boleh sekali berdakwah menerusi filem-filem keislaman tersebut dan menjadi ikutan para penonton yang menonton. INSYAALLAH...
0 Komen Terbaik:
Post a Comment