Tengok tajuk entri nie, penuh dengan kata-kata Kecewa! Kecewa? Ya, itu larh yang aku rasa sekarang!!! Hampir 2 bulan lebih aku tunggu, dan last-last kecewa juga akhirnya. Kecewa kenapa? Hurm, awal bulan Nov tahun lalu aku ada pergi interview KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), dan aku sangat yakin aku boleh dapat jawatan S27 tuh. Kenapa aku boleh yakin? Hehe, cez parents aku ada link kat KEMAS tuh. Tapi, hari nie keputusan dia, iaitu dapat atau tidak. 2 orang kawan aku (kenal time interview hari tuh) dapat KEMAS tuh. Hurm, apa lah...KERAS betul rezeki aku nie. Aku pun tak tahu mahu kata apa lagi...kerana disaat nie aku lagi kecewa. Tapi, macam biasalah...kecewa macamana pun...aku susah mahu menangis. Mungkin hati aku nie sama Keras dengan Rezeki aku yang tak kunjung tiba.
Aku tak menangis. Cuma rasa down sikit. Aku mula mencari kelemahan org lain yang mana senang-senang jer dapat kerja. Aku mula mempertikaikan amalan org lain yang tak seberapa yang mana orang tersebut juga senang-senang dapat kerja. Sekali lagi aku merasakan yang hidup nie tak bermakna lagii... Putus Asa? Ya, itulah aku sekarang...orang yang putus asa... iman ku yang setebal sehelai rambut kini makin rapuh dan rapuh. Nie ka dugaan ku? Nie ka cubaan bagi ku? Ya Allah, bimbinglah Hamba MU ini Ya Allah...jangan biarkan Syaitan menguasi aku disaat aku lemah ketika ini...
Dengar tak lagu nie? sayu kan? sesayu hati aku saat nie...=(
2 Komen Terbaik:
Sesungguhnya Sabar itu sebahagian drp iman..insyaALLAH, rezeki ada dimana2..Allah nda suka umatnya berputus asa sebelum mencuba.Cuba lagi..InsyaALLAH..Tentu rezeki mu ada..cuma cepat tau lambat ja..AMIN..:)
Takpe. Cuba lagi. Maybe rezeki Rose di tempat lain yang lebih baik. Siapa tahu kan ?
Post a Comment