Hari nie hari Jumaat. Tak sangka, cup cup dah hari jumaat pula. Kalau kat sini, kaum adam baru saja selesai menunaikan solat Jumaat. Hurm... sebut pasal kaum adam nie, aku nak kongsi sikit tentang SMS yang aku dapat pada tiap-tiap "Malam Jumaat"....
Haa, korang jangan suspen pula...aku bukannya nak cerita tentang "Hantu"..hehe, yalah, kot-kot sebut malam jumaat nie mesti kita akan berpikir pasal hantu. Yaka? Hehe...korang aku saja yang mungkin berpikiran begitu kot...hehe...
Takde larh, kawan aku nie aku kira baru kenal waktu kerja banci tahun lalu & kerja kontrak dengan Perangkaan. Dia rajin hantar SMS yang pada mulanya aku rasa macam bosan pula asyik-asyik dapat message yang sama. Tak gitu? ;D, Then, finally aku suka pula...yalah, bagi aku message dia tuh merupakan Peringatan kepada aku...alah macam nasihat seorang sahabat kepada temannya gitu...waaahhh... ;D
SMS dia ringkas jer. Nak tahu? Baca kat bawah:-
"Temanku, Basihi Wajahmu yang ayu itu dengan air Sembahyang dan jangan basihi wajahmu yang ayu itu dengan airmata yang tidak bererti dan sia-sia. Bacalah surah Yassin di malam yang penuh keberkatan untuk mendapat Keredhaan-Nya..."
Thanxx to Mohd Fadly
0 Komen Terbaik:
Post a Comment